Subscribe News Feed Subscribe Comments

Showing posts with label puding custard. Show all posts
Showing posts with label puding custard. Show all posts

bila hati dirudung sedih

assalamualaikum wbt.

banyak betul habuk. nak lap-lap sikitlah habuk sawang segala. heh. segala yang ada di dunia ini adalah milik Allah. seeeeemuanya! termasuk ilham. ilham yang ada ini jika Allah nak bagi, macam air mengalir ia mengalir..jrusssshh... okay, untuk elakkan dari mengarut-karut. saya nak kongsi sesuatu di sini.

sejak kebelakangan ini. dalam beberapa minggu ini. banyak sangat perkara berlaku. bayi dibuang. bayi dibakar di tong sampah. bayi disepak terajang hingga mati. nau'zubillah. sedih sangat-sangat. manusia apabila dikuasai nafsu. boleh buat pelbagai lagi teruk dari itu

tapi...

siapa kita untuk menghakimi. hanya Allah. yang kita boleh buat. mendoakan mereka peroleh hidayah. teringat kisah umar al khatab yang ketika jahiliyahnya membunuh anak perempuannya. tapi setelah kembali kepada islam. dia adalah khalifah dan di antara sahabat yang hebat di samping rasulullah. siapa tahu. Allah yang memegang hati setiap manusia. makanya kita sebagai manusia biasa, tiada layaknya menjadi judgmental.

sedangkan Allah sendiri menghakimi hamba bila nyawa telah dicabut. siapalah manusia untuk menghakimi manusia lain ketika hayatnya ye tak?

makanya bila sedih-sedih cuba lihat dunia luar yang lebih teruk dari kita. itulah bila nampak dunia sendiri je. tak tengok luar kotak nampak diri sendiri lah dugaan yang paing teruk. buat malu je. T___T nak kongsi satu kata-kata

jika engkau mengahadapi dunia dengan jiwa lapang, engkau akan memperoleh banyak kegembiraan yang semakin lama semakin bertambah, semakin luas duka dunia yang makin mengecil dan menyempit. engkau harus tahu bahawa bila duniamu terasa sempit, sebenarnya jiwamu yang sempit bukan dunianya,

(ar rafi'i, wahyul qalam, 1/50)

hmmm.. buka minda dan hati, lihat dunia luar. semoga Allah tenangkan hati kita semua. nak sangat-sangat hati tenang. naaaaaaaaak sangat masuk syurga, sebab dekat syurga hati tenang je. takde sedih-sedih kan.

wallahua'lam

p/s: sebenarnya ingat nak kongsi pasal lain. lain pula yang ditulis. heh :) nantilah tulis lagi banyak2 insyaALLAH.

duduk

assalamualaikum wbt pemilik hati sekelian!

melihatkan cekodok pisang sudah semakin sepi, saya rasa sayu sedikit. semuanya sedang menghadapi peperangan besar sekarang ini iaitu exam. wah2... jia you semua!!!

tapi tak apa. sy nak berkongsi satu ayat. sebenarnya refresh satu ayat yang betul-betul beri kesan kepada sy sekarang. iaitu ayat ini:

Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak ikut berperang) yang tidak mempunyai 'uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar
(yaitu) beberapa derajat dari pada-Nya, ampunan serta rahmat. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

An-Nisa':95-96
sebenarnya, kita adalah apa yang kita fikirkan. kalau minset kita macam itu, kita akan jadi camtu.

kita takkan naik kalau tak paksa diri

masa sangat berguna untuk meningkatkan keimanan kita

bila jadi orang yang duduk, kita akan selesa duduk

buah kepada ilmu, amal. ilmu--> buat!

Allah melebihkan orang yang pergi berjihad daripada duduk. melalui ayat ini pun dapat kita lihat Allah tak kata pun Allah tak suka orang yang duduk dan sebagainya. tapi Allah gunakan ayat nasihat yang lembut sebegitu. struktur ayat pun dah cantik. ini kan pula isinya.

dalam kita sedang menghadapi apa jua cabaran. kita perlu ingat yang dakwah ini sentiasa berjalan walaupun kita sedang duduk. hmm...

tapi ingat yang adakah kita mahu berada di antara orang yang berada dalam kenaikan islam itu. sedang terfikir sebaik-baiknya. duduk itu bukan bererti kita duduk bergoyang kaki. duduk maksudnya kita berhenti dari menjalankan gerak dakwah.

apa jua cabaran yang kita hadapi, ingat yang Allah sentiasa ada. ingat ayat ini cukup buat kita lega sikit.

"Wahai orang2 yang beriman! jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." [muhammad:7]


yakin apa yang dibawa. belajar untuk dakwah.
*refresh semua*

analogi pen. cheesecake mungkin lebih tere tentang analogi ini :p

makanya, kita boleh! semua orang boleh kalau mindset kate boleh. makanya. jangan risau semua. (tetiba tulis dengan penuh perasaan)

apa pun, semoga thabat semua!
semoga Allah berkati masa kita semua.
jangan lupa doa.

salam sayang

hak-hak ukhwah


assalamualaikum... apa khabar iman semua orang? sihat tak?

perasan tak sekarang dah masuk bulan 12!! dah nak penghujung tahun 2009. dah nak dekat awal muharam!!! (tetiba excited) pejam celik pejam celik dah setahun. terasa masa sangat laju je berjalan. apa pun. teringat kata-kata pujangga yang agak feymes juga.

masa itu ibarat pedang, bila kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotongmu.

apa lagi, jangan bagi masa potong kita!!! cekodok pisang senyap sunyi je. nak ucap selamat hari raya aidiladha pun dah terlambat rasanya. semua geng kat sini punya berbagai-bagai urusan sampai tak ter catch up.

tapi sebenarnya saya bukan nak cakap pasal masa. saya nak cakap pasal lain. selama ini, kitorang jarang jumpa selalu. sebab tuntutan dunia yang menekan-nekan. tapi bila jumpa rasa macam tiba-tiba kasih sayang macam timbul. macam rindu je.

kalau nak jumpa pun melalui usrah online je kadang-kadang. nak jumpa, jadual terlalu menekan. tak sempat. tapi apa pun, saya sayangkan semua sahabat-sahabat saya di sini. bila dengar suara masa conference pun dah terasa rindu pula. pelik rasanya sebab baru kenal. tapi perasaan macam pernah jadi kawan baik masa darjah tiga dulu.

pertama sekali dalam berukhwah saya baru tahu tentang ukhwah ini ada haknya.

bersikap lemah lembut dengan sahabat-sahabat. adalah seorang ustazah dalam satu daurah karipap pernah pergi. dia kata camni

lemah lembut dalam ukhwah fllah bukan kerana keturunan dan kehebatannya, tapi kerana iman yang memenuhi jiwa dan akidah salimah yang menghiasi qabunnya

teringat hadith yang berbunyi

tidak beriman seseorang itu melainkan dia menyayangi sahabatnya seperti menyayangi dirinya sendiri

ahha dan lagi satu

“Orang-orang beriman itu Ikhwah (adik beradik), maka baikilah hubungan diantara kamu dan bertaqwakan kepada Allah …”

dia ada beberapa bahagian

1) hak terhadap harta

penuhi keperluan lebih dari keperluan sendiri. maksudnya dia tak berkira pun harta dia kalau beri kepada sahabat atau saudaranya
"seseorang mengatakan mengatakan jika kamu meminta wang dari saudaramu, lantas ditanya untuk apa, ini bererti hak persudaraannya telah hilang"

uish2 kadang-kadang tu bukan nak tahu sangat, tapi curious je. (err?)

tapi itulah. tinggi kan darjat kasih sayang dalam berukhwah. beri separuh harta pun tak kisah. macam sahabat-sahabat zaman rasulullah dulu.

2)haknya terhadap dirimu

hak ini kalau tahap yang paling rendah, kalau ada masa lapang, dia tolong sahabat dia. kalau tahap paling tinggi; dia akan utamakan keselamatan sahabat dari diri sendiri.

3)hak terhadap lidahmu

*bersikap diam terhadap aibnya
*cakap something yang disukainya tapi tak tipu. macam contoh, nampak something yang baik terhadap dirinya. puji supaya dia lebih istiqamah.
*doakan. doakannya baik semasa hidup atau mati sebab doa adalah tanda kecintaan dan keakraban.

tapi bila tak jumpa hati still ada bond. apa pun, doakan mereka supaya sentiasa kuat

apabila seorang mendoakan saudaranya dari jauh, malaikat akan berkata kepadanya: untukmu seperti itu pula" [HR muslim]

marilah kita mendoakan sahabat-sahabat kita. jauh mahupun dekat.

4)hak saudara terhadap hatimu

hanya dengan 2 perkataan iaitu

*kemaafan
sebelum apa-apa, set in mind yang sahabat kita ni bukan maksum.
*kesetiaan
kesetiaan pada waktu saudara kita melakukan hak-hak yang mesti ditunaikannya kepada kita.

nampaknya, karipap kena minta diri dulu. assalamualaikum!!

bagaimana mengingat nama di pertemuan pertama?

assalamualaikum wbt.

semoga semua berada di bawah naunganNya setiap hari. rasanya cekodok pisang dah lama sangat tak terupdate. (perasan tak lagu dah tukar?)hehh

straight to the point, saya, karipap dengan sukacitanya nak share sesuatu tentang 'mengingat nama' sebagai seorang dai'e, mengingat nama itu adalah sangat penting dalam di awal untuk approach mad'u kan. macam karipap, karipap sangatlah lemah dalam mengingat nama. short term memory. jadi di sini ada beberapa tips nak ingat nama. lagipun, ingat nama akan mengeratkan silaturrahim dan buat kita terasa dekat kan?

Rasulullah saw. bersabda,
"Termasuk sifat angkuh adalah seseorang yang masuk ke dalam rumah temannya, lalu
disuguhkan kepadanya makanan, ia tidak mahu memakannya; dan seorang laki-laki
yang bersama-sama dengan laki-laki lain dalam perjalanan, tetapi ia tidak
menanyakan namanya dan nama orang tuanya." (HR. Ad-Dailami)

haih, apalah karipap ni kan. okay2 kembali kepada pointnya.

pertama: tanamkan perasaan ingin dan mahu menghafal nama orang lain. kira yang paling utamanya niat kan?

kedua: ketika berkenalan, cepat-cepat ingat nama. kalau susah, cuba sebutkan namanya setiap kali kita berbual dengannya. sebagai contoh berbual tentang kucing.

A: karipap ada bela kucing ke?

karipap: haah. kucing siam. tapi beli dekat kuantan.

A: oh, dah berapa lama karipap bela kucing ni? saya suka kucing tapi saya asma.

karipap: dah 5 tahun dah. ada yang dah mati. 3 ekor iaitu..bla bla..

A: wah, karipap....karipap bla bla...karipap bla bla...karipap

lama-lama si A terhafallah nama karipap.

ketiga: nama biasanya terdiri daripada 3 iaitu nama sendiri, nama orang tua, dan nama keluarga. tapi kalau tambah nama keluarga lebih baik sebab ramai orang punya nama yang sama. jadi, sebutkan nama keluarga sekali supaya senang ingat. bagi karipap, nama sendiri sudah memadai. biasanya, orang lebih suka kalau kita tahu namanya sendiri. mungkin terasa lebih dekat dan dihargai. ini bagi karipaplah.

keempat: ketika berkenalan dengan nama yang baru. cuba ingat orang yang punya nama yang sama dan kita kenal sebelumnya supaya mudah menghafal. contohnya

karipap ada sepupu nama donat. nama sama dengan orang yang baru karipap kenal. bila terjumpa donat saja.. "oh ya la namanya sama dengan sepupu karipap iaitu donat." maka terhafallah nama donat.

kelima: cuba ingat sifat fizikalnya, seperti memakai cermin mata, berjanggut, bentuk mata atau dimana tempat berkenalan. jadi senanglah ingat. si A itu bercermin mata, mata kecil dan pernah jumpa dan berkenalan ketika iftar di masjid ibnu sina. eceyh..detail betul

keenam: tulis nama-nama orang yang kita dah berkenalan banyak-banyak kali, cuba sebutkan namanya setiap kali bertemu, dan cuba contact balik sepeti SMS atau surat atau mail kalau mereka tinggal jauh. intro, ada nama. ini macam impak besar juga seperti kita betul-betul mahu berkawan dengannya.

ketujuh: ketika bertemu kembali, cuba ingat semula tempat pertemuan kali pertama. ini insyaALLAH dapat memantapkan lagi ingatan kita kepada namanya

kelapan: hafal nama dan mengenali seseorang buat kita tanpa sengaja berkenalan dengan kenalan-kenalannya juga, jadi kita akan ada beberaa nama untuk diingat. berusahalah untuk ingat semua nama itu. macam common friend.

Allahua'lam.. renung-renungkan selamat beramal! ^____^

sumber: at thariq ilal qulub

40 hadith

40 Hadiths of Hazrat Muhammad (PBUH) 40 Hadiths of Hazrat Muhammad (PBUH) Abdul Rehman

sharing is caring! ^^
p/s: ini dapat dari email group.

ikatan

yang tengah tudung coklat itu imanDsoul :p
[klik untuk besarkan gambar]

adalah menjadi kesalahan
jika dalam ukhwah tak ada saling menasihati
hanya kerana kita bersangka baik kepada saudara

dan adalah kesalahan terbesar
jika kita enggan saling menasihati
hanya agar kita sendiri tetap
merasa nyaman berkawan kesalahan

subhanallah, di jalan cinta para pejuang
nasihat adalah ketulusan
kawan sejati bagi nurani
menjaga cinta dalam redhaNya

-salim a. fillah-

assalamualaikum

di sini saya ingin berkongsi sesuatu.

dari Abu Hurairah ra. Rasulullah saw. beliau bersabda,

ada seseorang yang mengunjungi saudaranya di luar kampung, lalu Allah mengutus Malaikat untuk mencegatnya di tengah jalan. Ketika orang itu datangMalaikat bertanya kepadanya, 'Hendak kemanakah anda?'

ia menjawab. 'saya ingin mengunjungi saudara saya di kampung itu'

malaikat bertanya lagi, 'apakah ada sesuatu nikmat dunia [hutang] yang ingin engkauu kembangkan?'

ia menjawab. 'Tidak, namun saya mencintainya kerana Allah'

malaikat berkata, 'sesungguhnya saya adalah utusan Allah [untuk menyampaikan berita] bahawa Allah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu keranaNya.'

[h.r. Muslim]


pernah terfikir yang kadang-kadang kita tidak menyenangi sahabat kita entah kenapa. terasa jauh, cepat tersentuh walaupun tiada apa pun yang berlaku. walaupun kawan kita itu tiada apa salahnya.

teringat sabda Rasulullah SAW

tidak beriman seseorang itu sehingga dia menyayangi saudaranya melebihi dirinya sendiri.


terpana. iman? betapa Rasulullah mementingkan ukhwah di antara sahabat. bersaudara.

setiap orang mempunyai ujian atau dugaan dalam hidup. setiap episod mempunyai kisah tersendiri. ada yang di uji dengan masalah kewangan, ada juga dengan masalah pelajaran, masalah kesihatan dan banyak lagi.

bagi seorang yang dikelilingi dan hidup dengan kawan-kawan bermasalah dengan hubungan antara sesama kawan. ada orang diuji dengan orang yang membencinya, tapi Allah boleh menguji seseorang dengan sahabat yang paling dia rapat. oh, bagi saya ini sangat menyedihkan. seorang yang rapat dengan kita tiba-tiba jauh. lebih-lebih lagi musim periksa. semua beremosi dan semua mudah tersentuh.

apa solusinya?

lihat pada diri
cari sebab dan rawatannya
lapangkan dada walau apa pun berlaku

HATI

dimana letaknya hati. iman.

tidak beriman seseorang itu sehingga dia menyayangi saudaranya melebihi dirinya sendiri.

saya sering melihat tulisan-tulisan di status dan di blog-blog tentang kemanisan ukhwah sesama muslim, ukhwah di jalan Allah. berukhwah kerana Allah. *tersenyum*

buat saya terfikir sejenak. hubungan satu ikatan itu setakat manakah keberkesanannya sekiranya ianya sekadar satu hala. maksudnya, adakah satu persahabatan itu terasa manisnya sekiranya satu pihak memberi kasih dan satu pihak hanya menerima?

tidak beriman seseorang itu sehingga dia menyayangi saudaranya melebihi dirinya sendiri.


lebih-lebih lagi satu ikatan persaudaraan yang bersama dalam berjuang di atas satu jalan yang sama. kata seorang naqibah, adab dan cara bercakap dengan sahabat seperjuangan sepatutnya lebih baik dan lebih lembut berbanding dengan kawan-kawan biasa. fuiyo~

saya juga sering tersilap. mungkin kerana karat jahiliyah itu belum cukup dibersihkan. cuba untuk berlembut 110%. dan selalu bimbang sekiranya diri menjadi fitnah dalam dakwah. bila jauh dari sahabat, terasa sangat diri sangat lemah.

satu kemanisan ukhwah itu dapat dirasa apabila kita bersama. solat bersama dan hati bergetar ketika solat berjemaah bersama. mendengar salah seorang sahabat mengimamkan dan berzikir bersama. dapat rasa diri semakin dekat dengan Allah apabila kita sebaris dan saling mendukung satu tanggungjawab bersama. kerana KITA adalah SATU.

ya Allah, kukuhkan lah ikatan kami. kekalkanlah rabithah ini hingga akhir hayat kami.

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayaMu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

kata abu saif "erti hidup pada memberi" dan siapakah yang dulu 'memberi' dalam satu ikatan hati?

p/s: sengaja ulang hadith untuk ingatkan diri banyak kali ketika menulis

p/s2: maaf susunan penulisan agak tunggang langgang kerana menulis di waktu berbeza dan bersambung-sambung mood pun berbeza. ^^

p/s3: saya sangat sayangkan sahabat-sahabat saya.

klik untuk besarkan gambar

obsesi 7 abad


bukan kita yang memilih takdir
takdirlah yang memilih kita
bagaimanapun, takdir bagaikan angin
bagi seorang pemanah
kita selalu harus mencuba
untuk membidik dan menyesatkannya
di saat yang paling tepat

-salahuddin al ayyubi-

assalamualaikum pemilik hati sekelian. sudah lama saya nak kongsikan satu kisah tentang seorang sultan yang berusia 23 tahun ketika mentadbir sebuah pasukan perang yang hebat.

satu per tiga malam sebelum serbuan bersejarah. kiranya sebelum satu perang penting bagi pasukan islam. satu taklukan iaitu obsesi pasukan islam sejak 7 abad lamanya. sultan minta semua pasukannya berdiri.

sultan: saudara-saudaraku di jalan Allah. amanah yang dipikul ke bahu kita ini hanya yang terbaik layak untuk dapatkannya. 700 tahun Rasulullah telah menggerakkan para mujahid tangguh, tapi Allah masih belum mengizinkan mereka memenuhinya. Aku katakan kepada kalian sekarang, yang pernah tinggalkan solat fardhu sejak baligh, silakan duduk.


sunyi. tak siapa yang bergerak

sultan: yang pernah tinggalkan puasa ramadhan, sila duduk!

sekali lagi, tiada sape pun yang bergerak.

sultan: yang pernah mengkhatamkan al-Quran melebihi sebulan. sila duduk!

kali ini, ada beberapa orang perlahan berlutut dengan berlinang air mata.

sultan: yang pernah kehilangan hafalan Al-Qurannya, sila duduk!


kali ini lebih banyak menangis sedih. bimbang tak terikut menjadi pasukan untuk misi yang agung ini. mereka pun duduk.

sultan: yang pernah tinggalkan solat malam sebelum balighnya, siala duduk!


tinggal sedikit yang masih berdiri, dengan wajah yang sangat tegang, dada berdegup kencang, dan tubuh menggeletar.

sultan: yang pernah meninggalkan puasa ayyaamul Bidh, sila duduk!


kali ini semua terduduk lemas. hanya seorang yang masih berdiri. dia, sultan sendiri. namanya, sultan muhammad al fatih. dan obsesi 7 abad itu adalah konstantinpel.

ingat tak kisah ini? hebatkan pejuang islam time ini yang boleh takluki konstantinopel yang lama sangat nak di takluki. tapi seorang sultan muda yang memimpin satu pasukan islam ketika itu berjaya. baru berusia 23 tahun. tengoklah cara baginda saring askar yang nak keluar berperang.

ciri-cirinya bukan orang yang beratnya bawah 80 kg je boleh kelua berperang. atau lilitan perut 31 je boleh ikut perang. tapi sejauh mana amal ibadahnya. kekuatan satu jiwa yang berani, terletak di mana? di hatinya yang meletakkan ALLAH sebagai matlamatnya.

bila baca kisah ini buat saya sangat tersentuh sebabnya, jauh benar diri dengan mereka. sebab itulah kisah-kisah pejuang islam yang dulu-dulu kalau baca, boleh bagi pedoman. terkenang di manakah kita ini?

zaman sekarang ini kiri dan kanan ada saja dugaan. itu belum nafsu lagi. dugaan dalam diri. kalau kita kuat insyaALLAH tak layan. sekali tergelincir, bukan mudah nak berdiri semula.

ya Allah ampunilah kami. mari cek mutabaah ibadah!

*ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah*

asma Allah

assalamualaikum!

hari ini karipap nak kongsi satu lagu dari sami yusuf. sebenarnya karipap dah pernah tengok dulu tapi tak perasan. semalam selepas seorang sahabat promote, baru teringat balik lagu ini. terasa comel pula. bukan orang yang nyanyi tu tau. lagu tu la yang comel :p.. ehem..perbetul kan niat di situ. hehe



kepada rakan-rakan dan sahabat handai yang nak menghadapi peperiksaan minggu depan. karipap ucapkan

ALL THE BEST!

ingat tau yang exam ini sebagai alat untuk kita capai matlamat. maka, perkukuhkan ilmu sihir! [hadith ghulam]

niat kita belajar untuk?

ALLAH SWT

selamat belajar!

karipap pun nak belajar juga ni.


apple tree



assalamualaikum wbt.

saja karipap nak berkongsi video ni. sangat-sangat menyentuh hati. selagi kita punya ibu dan bapa. appreaciatelah mereka.

sedih pulak tiba-tiba sebab karipap dah lama tak balik ke kampung halaman. bila di kejauhan ini baru lah nak hargai kasih sayang.hehe sifat semulajadi manusia. kadang-kadang tak hargai benda depan mata. tapi bila tiada depan mata baru teringat-ingat. ingatan untuk diri karipap juga :)

dan (ingatlah) ketika kami mengambil janji dari bani israel, "janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baik baiklah kepada kedua orang tua, kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin. dan bertutur katalah yang baik kepada manusia, laksanakan solat dan tunaikanlah zakat." tetapi kemudian kamu berpaling (mengingkari), kecuali sebahagian kecil dari kamu, dan kamu (masih menjadi) pembangkang. [2:83]

Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” [6:151]

p/s: maaflah entri pendek. sebab dah kena perli. kenalah update satu untuk cukup syarat. :)
 
TNB