Subscribe News Feed Subscribe Comments

bagaimana mengingat nama di pertemuan pertama?

assalamualaikum wbt.

semoga semua berada di bawah naunganNya setiap hari. rasanya cekodok pisang dah lama sangat tak terupdate. (perasan tak lagu dah tukar?)hehh

straight to the point, saya, karipap dengan sukacitanya nak share sesuatu tentang 'mengingat nama' sebagai seorang dai'e, mengingat nama itu adalah sangat penting dalam di awal untuk approach mad'u kan. macam karipap, karipap sangatlah lemah dalam mengingat nama. short term memory. jadi di sini ada beberapa tips nak ingat nama. lagipun, ingat nama akan mengeratkan silaturrahim dan buat kita terasa dekat kan?

Rasulullah saw. bersabda,
"Termasuk sifat angkuh adalah seseorang yang masuk ke dalam rumah temannya, lalu
disuguhkan kepadanya makanan, ia tidak mahu memakannya; dan seorang laki-laki
yang bersama-sama dengan laki-laki lain dalam perjalanan, tetapi ia tidak
menanyakan namanya dan nama orang tuanya." (HR. Ad-Dailami)

haih, apalah karipap ni kan. okay2 kembali kepada pointnya.

pertama: tanamkan perasaan ingin dan mahu menghafal nama orang lain. kira yang paling utamanya niat kan?

kedua: ketika berkenalan, cepat-cepat ingat nama. kalau susah, cuba sebutkan namanya setiap kali kita berbual dengannya. sebagai contoh berbual tentang kucing.

A: karipap ada bela kucing ke?

karipap: haah. kucing siam. tapi beli dekat kuantan.

A: oh, dah berapa lama karipap bela kucing ni? saya suka kucing tapi saya asma.

karipap: dah 5 tahun dah. ada yang dah mati. 3 ekor iaitu..bla bla..

A: wah, karipap....karipap bla bla...karipap bla bla...karipap

lama-lama si A terhafallah nama karipap.

ketiga: nama biasanya terdiri daripada 3 iaitu nama sendiri, nama orang tua, dan nama keluarga. tapi kalau tambah nama keluarga lebih baik sebab ramai orang punya nama yang sama. jadi, sebutkan nama keluarga sekali supaya senang ingat. bagi karipap, nama sendiri sudah memadai. biasanya, orang lebih suka kalau kita tahu namanya sendiri. mungkin terasa lebih dekat dan dihargai. ini bagi karipaplah.

keempat: ketika berkenalan dengan nama yang baru. cuba ingat orang yang punya nama yang sama dan kita kenal sebelumnya supaya mudah menghafal. contohnya

karipap ada sepupu nama donat. nama sama dengan orang yang baru karipap kenal. bila terjumpa donat saja.. "oh ya la namanya sama dengan sepupu karipap iaitu donat." maka terhafallah nama donat.

kelima: cuba ingat sifat fizikalnya, seperti memakai cermin mata, berjanggut, bentuk mata atau dimana tempat berkenalan. jadi senanglah ingat. si A itu bercermin mata, mata kecil dan pernah jumpa dan berkenalan ketika iftar di masjid ibnu sina. eceyh..detail betul

keenam: tulis nama-nama orang yang kita dah berkenalan banyak-banyak kali, cuba sebutkan namanya setiap kali bertemu, dan cuba contact balik sepeti SMS atau surat atau mail kalau mereka tinggal jauh. intro, ada nama. ini macam impak besar juga seperti kita betul-betul mahu berkawan dengannya.

ketujuh: ketika bertemu kembali, cuba ingat semula tempat pertemuan kali pertama. ini insyaALLAH dapat memantapkan lagi ingatan kita kepada namanya

kelapan: hafal nama dan mengenali seseorang buat kita tanpa sengaja berkenalan dengan kenalan-kenalannya juga, jadi kita akan ada beberaa nama untuk diingat. berusahalah untuk ingat semua nama itu. macam common friend.

Allahua'lam.. renung-renungkan selamat beramal! ^____^

sumber: at thariq ilal qulub

6 comments:

duha said...

buku abas As sisi memang bes

jom aplikasikan :)

Abu Khalid said...

Saya ni asik lupa nama orang... Kalau ikhwah sedaurah atau sekatibah... Mungkin sebab ramai sangat-sangat-sangat kenalan, tak teringat semua, walau dah jumpa 2 3 kali...
Hinggakan semua orang dah maklum perkara ni...

Tapi kalu junior-junior, mmg akan ingat, sampi pernah ada junior tak putus-putus contact saya kerna saya ingat nama ayah dan datuknya sekali walaupun baru berjumpa sekali, mggunakan metod yang diajar abas asisi

kesimpulan: berniatlah

Syukran for the reminder

cactus biru said...

assalamualaikum..
best2.nnti nk cube la..

p/s: lagu baru tu best la..
^_^

jiwa kental said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

hye cik karipap..
sye pn da bce buku ni..ade sr yg rekemen ke sya..mmg besh..byk pengalamn mcm mne nk mengingt nama seseorang dan betapa terharunya seseorang bila kter dpt ingt nama dia..

sebenanya sangt penting kter mengingt nama org..cube bygkan orang panggil kter dengn perkataan,`weh`,`eh`,`woi`,`ermm..awk..`..
kter sti xsuke kan??

so,apa kata kter mulakan dengn mengingt nama orang dulu b4 org ingt nama kter..hehe..

p/s=nama penuh cik karipap sape??karipap sardin??ke karipap kentang??ahaks..

p/s 2 = org sokmo sebut nama saya tak lengkap dlm erti kata mesti ade tertinggal tengah2 nama tu,ade yg trus sebut nama yang tengah je..adehh..tensi gak

p/s 3 =pengajarannya,jgn letak nama anak panjang2 nanti..haha

*cheesecake

karipap said...

cheesecake: haha nama saya karipap je. ringkas. tak lah susah sangat org nak sebut or panggil.

betulla kite mulakan dgn ingat nama org, baru org ingat nama kite. bila org rs mcm "eh, dia ingat nama aku, siapa ye nama die" cantu la rasenye.klu kite pun kan. org tu igt nama kite tp kite xtau pun nama die. mcm xbest kan?

haha tQ cheesecake atas perkongsian.. :) :)

 
TNB