bukan kita yang memilih takdir
takdirlah yang memilih kita
bagaimanapun, takdir bagaikan angin
bagi seorang pemanah
kita selalu harus mencuba
untuk membidik dan menyesatkannya
di saat yang paling tepat
takdirlah yang memilih kita
bagaimanapun, takdir bagaikan angin
bagi seorang pemanah
kita selalu harus mencuba
untuk membidik dan menyesatkannya
di saat yang paling tepat
-salahuddin al ayyubi-
assalamualaikum pemilik hati sekelian. sudah lama saya nak kongsikan satu kisah tentang seorang sultan yang berusia 23 tahun ketika mentadbir sebuah pasukan perang yang hebat.
satu per tiga malam sebelum serbuan bersejarah. kiranya sebelum satu perang penting bagi pasukan islam. satu taklukan iaitu obsesi pasukan islam sejak 7 abad lamanya. sultan minta semua pasukannya berdiri.
sultan: saudara-saudaraku di jalan Allah. amanah yang dipikul ke bahu kita ini hanya yang terbaik layak untuk dapatkannya. 700 tahun Rasulullah telah menggerakkan para mujahid tangguh, tapi Allah masih belum mengizinkan mereka memenuhinya. Aku katakan kepada kalian sekarang, yang pernah tinggalkan solat fardhu sejak baligh, silakan duduk.
sunyi. tak siapa yang bergerak
sultan: yang pernah tinggalkan puasa ramadhan, sila duduk!
sekali lagi, tiada sape pun yang bergerak.
sultan: yang pernah mengkhatamkan al-Quran melebihi sebulan. sila duduk!
kali ini, ada beberapa orang perlahan berlutut dengan berlinang air mata.
sultan: yang pernah kehilangan hafalan Al-Qurannya, sila duduk!
kali ini lebih banyak menangis sedih. bimbang tak terikut menjadi pasukan untuk misi yang agung ini. mereka pun duduk.
sultan: yang pernah tinggalkan solat malam sebelum balighnya, siala duduk!
tinggal sedikit yang masih berdiri, dengan wajah yang sangat tegang, dada berdegup kencang, dan tubuh menggeletar.
sultan: yang pernah meninggalkan puasa ayyaamul Bidh, sila duduk!
kali ini semua terduduk lemas. hanya seorang yang masih berdiri. dia, sultan sendiri. namanya, sultan muhammad al fatih. dan obsesi 7 abad itu adalah konstantinpel.
ingat tak kisah ini? hebatkan pejuang islam time ini yang boleh takluki konstantinopel yang lama sangat nak di takluki. tapi seorang sultan muda yang memimpin satu pasukan islam ketika itu berjaya. baru berusia 23 tahun. tengoklah cara baginda saring askar yang nak keluar berperang.
ciri-cirinya bukan orang yang beratnya bawah 80 kg je boleh kelua berperang. atau lilitan perut 31 je boleh ikut perang. tapi sejauh mana amal ibadahnya. kekuatan satu jiwa yang berani, terletak di mana? di hatinya yang meletakkan ALLAH sebagai matlamatnya.
bila baca kisah ini buat saya sangat tersentuh sebabnya, jauh benar diri dengan mereka. sebab itulah kisah-kisah pejuang islam yang dulu-dulu kalau baca, boleh bagi pedoman. terkenang di manakah kita ini?
zaman sekarang ini kiri dan kanan ada saja dugaan. itu belum nafsu lagi. dugaan dalam diri. kalau kita kuat insyaALLAH tak layan. sekali tergelincir, bukan mudah nak berdiri semula.
ya Allah ampunilah kami. mari cek mutabaah ibadah!
*ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah*
4 comments:
Allahuakbar!!!!!(3x)
sesungguhnya islam itu agama yang hebat
jadi mmg seharusnya orang2 yg berada dlmnya adalah org yg hebat2..
(kerdil sungguh rasanya diri ini)
kisah yg amat best..
menyebabkan kita terasa begitu kerdil berbanding mereka, tetapi juga membakar smgt utk perbaiki diri iA..
Sultan Al-Fatih memang tokoh yg amat2 sy segani!!
bila difikirkan kembali,umat islam dan pimpinan islam dahulu mmg amat jauh berbeza dgn sekarang..
penyakit Al-Wahn (cinta dunia n takut mati) betul2 menguasai manusia skrg..
dekatkan diri kite balik pada Ar-Rahman..hanya dia yang dapat melindungi dan menyelamatkan kita..
p/s:di mana dicari pejuang sperti bala tentera Al-fatih?
p/s2: Cik SB,pakai satu ID je tak buleh ka?? sat gi die komen pkai ID lain pulok..adoi laa~ saje je nk wat konpius ek..
salam..
thniah kpd karipap ats post yg sgt mnyentuh jiwa+mginsafkn=best!
mode:muhasabah diri~
smg kita semua dberi kkuatan n semangat spt mereka..ameen~
p/s: kpd karipap, gudluck utk prtndingan blog..
kami sntiasa support kamu!=)
erk..terima kasih kepada yang menyokong.
cemana tau saya masuk pertandingan ni? kan identiti di rahsiakan...OMG! OMG!!
Post a Comment