sesuatu yang menyedarkan dan me`refresh` kembali apa yang kita lakukan saban hari..
kali ini,saya nak berkongsi sedikit tentang satu perasaan yang saya yakin dialami oleh semua di kalangan kita iaitu sifat MARAH..ehem..
Marah menurut pandangan saya adalah luahan perasaan tidak senang dengan sesuatu keadaan dan meluahkannya nada yang tinggi (pitching lari la kiranya...) dan menyesali kemudiannya.
sebenarnya marah ni di ade 4 kategori :
Kategori A : Cepat marah dan cepat reda
kategori B : Cepat marah dan lambat reda
Kategori C : Lambat marah dan cepat reda
Kategori D :Lambat marah dan lambat reda.
Yang paling susah sekali kita nak dapat adalah yang kategori C.
so,anda yang mana satu??
Antaranya :
1)Kita akan buat orang sekeliling kita turut terluka.makan dalam wo...
2)Kalau nak taw,muka orang marah ni memg serius x comey..ada setengah orang muka merah menyala..ada yang muncung sampai boleh boleh sangkut baju.. dan ada juga yang bila pandang tu macam nak makan orang.
3)Kita sure akan menyesal lepas marah dan kita sendiri akan malu dengan diri kita sebab marah tak tentu pasal.
4)Nanti cepat tua..ahaks..
Kalau budak kecik marah pun dah x comey,apatah lagi kita yang dah `tua` nie..ahaksKalau anda duduk di tempat orang yang kena marah,apa yang akan anda rasa?
"Apahal nak marah-marah?Silap sikit je..Ingat bagus sangat la tu"
Tapi terkadang perasaan marah tu perlu ada jika ad orang yang melanggar hukum-hukum Allah dan menghina agama Islam.Namun,penyampaian kita perlu cara yang betul.
so..
kali ini saya ingin memberi sedikit tips cara untuk mengatasi perasaan marah..
check this out..mungkin boleh membantu anda..hehe..
1)Istighfar banyak2x.Sebab masa ni lah syaitan paling senang nak masuk.(plz jangn bagi syaitan menang lagi kali nie...)
2)Bila ade seseorang yang tiba-tiba mem`provoke` anda atau membuat anda marah,sabar..jangan melawan.sebaiknya jauhkan diri anda daripada orang tersebut.
3)Bile tiba-tiba ada orang tiba-tiba nak emo dengan anda,tarik nafas panjang2 dan lepas...(mungkin dia tengah ada masalah ataupun ade masalah hormonal imbalance @ ketidakstabilan hormon..biasa la tu..hee~)
4)Ambil wuduk.Marah itu api dan air adalah penawarnya.Jangan kita pula yang jadi minyaknya.
5)Jerit dan menangis la sepuasnya..(tapi tolong cari tempt yang sesuai ye.kang lain jadinya..)
6)Tulis segala perasaan marah anda dalam diari atau kalau tak de diari,coretkan kat mana2 kertas..bila da reda marah,tengok balik kertas tu..konfem malu..haha
7)Ade orang kata,kalau nak kurangkan terbitnya rasa marah,tengok muka bayi @ baby.Ye la,baby kan masih suci.insyaAllah hati akn mudah tenang.(if susah nak cari baby,tgk muka kawan korang yang baby face...errrkkk..)
8)Kalau time marah tu tengah berdiri,cuba duduk sekejap..relax jap..
so,itulah serba sikit tips yang boleh saya kongi..sesiapa yang nak tambah,dipersilakan.
Sebenarnya,yang menulis ni bukanlah seorang yang penyabar sangat tetapi sedang belajar untuk mengawal emosi juga.Semakin meningkat usia,kita perlu melakukan perubahan demi kepentingan bersama
Jika ada kawan2 anda yang suka marah2,tegurlah..
Tapi jika ada kawan anda yang jarang marah dan tiba2 marah,mesti ada sesuatu yang merunsingkan fikirannya..jadi,sabar je la..
Kita manusia memang tak sempurna.
Tapi kita kena berusaha untuk menjadi yang terbaik.
(HR Bukhari)
Renung2kan ya apa yang disampaikan..
Berapa ramai dah orang yang dah menjadi mangsa kemarahan kita..
Meminta maaf dan memaafkan adalah yang terbaik..
*Islam itu indah*
p/s = maaf kawan2 kalau saya pernah termarah anda.saya sayang anda.
p/s 2 = baru lepas abih exam.so.manfaatkan masa yang ada ya.
p/s 3 = saya akan cuba untuk senyum bila orang memarahi saya.Gambatte.huu~
p/s 4 = orang kata kalau marah cepat tua??betulke...huhu..







