Subscribe News Feed Subscribe Comments

Showing posts with label sotoAyam. Show all posts
Showing posts with label sotoAyam. Show all posts

tahun baru semangat baru!

Bismillah..

tahun baru menjelang kembali.peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w bersama-sama para sahabat berlegar-legar di kepala. tak terbayang besar jenis pengorbanan, meninggalkan keluarga tercinta, kampung halaman, harta dan wang. mereka taat kala perintah Allah mengunjung tiba. mereka patuh kala kehidupan semakin mencengkam. mereka yakin akan benarnya jalan yang mereka tuju. sebenar-benarnya mereka beriman dengan Allah yang satu serta RasulNya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sejarah tidak pernah mengecewakan. sebab dan akibat pasti menjadi pengajaran berharga bagi masa hadapan. orang yang rugi tidak akan mengenal makna sejarah. ada alasan yang dicipta. ada rawan yang terasa.ada sejarah yang cukup pahit dikenang.ada kenangan yang memelitkan mata. tak lupa juga yang sangat manis bila ditafsirkan kembali. sejauh mana penghayatan tergantung kepada individu masing-masing. bila mana kita melihat sejarah dengan mata hati...

"sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang akan menguatkan hati"
~Imam Abu Al-Qasim Al-Junaid~

......................................................

setahun berlalu
sejarah berlalu
imbasan berlalu
sedar tak sedar
titian jalan semalam telah lama meninggalkan
rungkaian demi rungkaian telah banyak mengajarkan
pengalaman mematangkan
mengajar mencari erti makna hidup sebenar

dan hari ini
kita berganjak ke helaian baru
lembaran baru
buku baru
hati ini tertanya-tanya
akan bagaimanakah hari yang mendatang?
akan ada apakah yang bakal menerjah
corak apa lagi yang akan dilakar
warna apa lagi yang akan dilukis
ceritera-ceritera apakah yang akan dinukilkan?

pemergian semalam melambaikan kedatangan hari ini
kesyukuran berlabuh kerana masih diberikan ruang
tetap diberikan peluang
masih kembali bernafas
menghirup udara segar di bumi bertuah
untuk terus melebarkan sayap dalam dunia dakwahnya
untuk tetap melangkah pada jalanNYa
menyambung nafas-nafas orang terdahulu dalam fikrah perjuangan

selamanya perjuangan ini tak akan selesai
selagi darah mengalir pantas di setiap pembuluhnya
selagi nyawa masih belum ditakak kematian
selagi jiwa di atas panji-panji nan satu
selagi kekuatan perjuangan Rasulullah jadi sandaran
sesekali tidak kami berhenti
sesekali tidak langkah ini berpaling ke arah yang lain
sesekali tidak hati ini mati
sesekali tidak
kerana pasti
janjiNya tidak pernah mungkiri
di kampung akhirat hati terbeli

pada jalan ini
diri cukup sedar
betapa banyak pengorbanan diperlukan
betapa jalan ini tidak mudah
betapa perjuangan ini tidak akan pernah sunyi
liku-liku dugaan akan membadai datang
alamatnya tak terlihatkan
deruannya tak terdengarkan
sekali melanggar tak terjangkakan
tapi
diri ini tidak akan gundah
diri ini tidak akan pernah lemah
diri ini akan selamanya gagah
kerana pasti
sebenar-benarnya yakin akan janjiNya
segores luka di jalan Allah
kan menjadi saksi pengorbanan.....

wahai pejuang-pejuang tersayang
teruslah melanglang di jalan cinta para pejuang
menebarkan kebajikan mematikan kejahilan
setiap titis peluh dan darah
takkan sirna di telan masa
setiap keringat takkan kering semata dek usia
setiap tumpahnya darah takkan hilang tanpa bekas
biarlah lelah biarlah payah
kerana
syahid di jalan Allah
adalah cita-cita yang tertinggi

duhai nurani
teruslah menyucikan diri
perdengarlah suara hati
biar jasad mati
jangan biar mati hati
biar cintaNya jadi penyeri
kasih pada RasulNya jadi inspirasi

kita hanya istimewa
andai jalanNya yang dituju
jalan seorang Muhammad
yang menuntun ke syurga
insyaAllah..



semangat yuk! :)


uhuh,terlalu lama menyepi kat sini. sempena tahun baru nak bagi ucapanlah kiranya. ^_^
teman-teman, sahabat-sahabat, kawan-kawan (semuanya sama), teruskan perjuangan.
haaaaa, nak tanye.apa azam tahun baru ni??? sama-samalah kita perbaharui niat dan matlamat dan tujuan hidup sempena tahun baru ni ye..moga segalanya dipermudahkan. moga lembaran baru ini akan menyinar indah, akan memberi cahaya baru dalam kehidupan. pengalaman semalam adalah guru yang terbaik. jadi jangan lupa tu!

bersyukurlah atas apa yang kita ada sekarang. esok tak pernah menjanjikan kesenangan berpanjangan.

dear u,,you are never alone, just reach into your heart and Allah is always there.. :)

p/s:terasa terlalu sedikit sumbangan diri pada agamaNya kalau nak dibandingkan dengan nikmat iman dan islam yang telah dianugerahkan..huhu

p/s2:tahun baru semangat pun kena baru! ayuh bersemangat! ^_^

senyumlah walaupun hatimu disakiti..

"ah, benci aa ngn dia! nk kutuk org depan2 la! apa kes kutuk belakang2!!!"

"sakit hati aku weyh.ada ke patut potong line tym aku dah dok terpacak kt dpn atm tu!"

"nape dia tuduh aku curik pensel dia?? geram tol! sabar je laaaaaa!"


seringkali apabila amarah menguasai, kita jadi hilang pertimbangan. kekadang rasional yang menggunung bisa lerai tanpa tahanan. apa sahaja yang terbuku seakan-akan mahu dihamburkan.hati yang rasa disakiti mahu membalas panahan pedihnya.
memuaskan nafsu yang seolah-olah membara tak terbendung gamaknya.

fikiran dalam keadaan kurang sedar lantas memacu pelbagai carutan yang tidak enak didengar. tidak cukup dengan itu ghibah juga akan jadi perkara utama diuar-uarkan. andai tidak dibendung dengan baik boleh mengundang pertengkaran yang entah akan bila redanya.


begitu mudah manusia dirasuk, dicucuk tak berhenti andai perkiraan sudah lama ditinggalkan. kerana pabila sakitnya hati..


situasi di atas sebagai contoh. lagi contoh apabila ada yang menyakiti hati membuta tuli menyalahkan atas sesuatu yang tidak sepatutnya.sakitnya hati kala itu hanya Allah sajalah yang tahu. tapi pernah tak terfikir, betapa kita membenci, tindakan itu tidak sedikit pun mendatangkan apa2 manfaat? ketahuilah hidup ini terlalu singkat untuk membenci.....


sama juga apabila ditimpa musibah.tidak jauh bezanya dengan sakit hati.tika musibah melanda adakalanya kita hanyut entah ke mana. segala2nya umpama hilang andai diri tidak betah menangani. Dia menurunkan musibah supaya kita lebih matang meniti hari-hari. melihat sejauh mana kerasional dalam menghadapi sesuatu perkara. seringkali, bila ditimpa musibah


"oh my god, i hv a big problem!"


tangani dengan cara terbaik. boleh je cakap,

"hey problem, i hv a BIG god!"

dan tersenyumlah..kerana senyum itu pemudah, penawar kala gundah, penyejuk jiwa yang lagi gulana.dan selepas itu, hati beransur tenang, mula fikiran memainkan peranan daripada bertindak membabi buta. akan sedar di manakah priority kita yakni Allah. masalah yang pada mulanya terasa sangat besar beransur-ansur mengerdil.


=))

apabila disakiti, tersenyumlah. besarkan hati sebaik mungkin. terima segalanya dengan redha kerana semakin dipaut rasa sakit hati itu, luka itu akan tersingkap jelas dan makin dalam. senyum itu penawar. saat tersenyum hari-hari yang gelap sedikit sebanyak bertukar menjadi cerah. agar yg terbaik bisa kembali digarap. yang memandangnya juga akan terasa sejuk.menyenangkan hati sesiapa yang melihatnya. dapat pahala kan kat situ?? =)


jom kita telusuri sirah junjungan besar kita Nabi Muhammad saw.


Muhammad saw telah meluluhkan hati sesiapa sahaja melalui senyuman. baginda menumbuhkan harapan dengan senyuman. baginda mampu melenturkan hati yang keras dengan senyuman. bahkan baginda mensunnahkan umatnya untuk menghiasi diri dengan akhlak mulia ini.

“Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” At Tirmidzi dalam sahihnya.

Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata,
“Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindar dariku. Dan baginda tidak melihatku kecuali baginda pasti tersenyum kepadaku.”


Suatu ketika Muhammad saw didatangi seorang Arab Badui, dengan serta merta ia berlaku kasar dengan menarik selendang Muhammad, sehingga leher baginda membekas merah. Orang Badui itu bersuara keras,


“Wahai Muhammad, perintahkan sahabatmu memberikan harta dari Baitul Maal! Muhammad saw. menoleh kepadanya seraya tersenyum. Kemudian baginda menyuruh sahabatnya memberi harta dari baitul maal kepadanya.”


baginda tersenyum dari bibir yang lembut, mulia dan suci sehingga detik2 terakhir kehidupan baginda. nah, kat ctu kita boleh lihat betapa tingginya akhlak Rasulullah yang kita cintai ini.
contoh teladan yang baginda tunjukkan terlalu banyak sehingga part senyuman juga tidak ketinggalan. baginda tersenyum saat menghadapi masalah bukan langsung meratapi apa yang terjadi.

ketahuilah sahabat-sahabat tatkala ujian datang melanda, tatkala rasa sakitnya hati menjelma tiba, kita mampu punyai kekuatan yang lahir dari sesuatu yang sangat mudah dan manis yakni senyuman. pabila dirundung duka jangan terus2an mencembrutkan muka kerana itu sungguh tidak comel dan sungguh tidak enak dipandang! senyum kan sedekah, jangan kedekut kok.
sungguh itu ciri2 orang yang keras hati deh..

senyuman itu bisa mempengaruhi persekitaran kita juga. so, rajin2 lah senyum ye, bahagiakan diri sendiri, gembirakan orang lain dan senangnya dapat pahala sedekah.kan3..
=))

senyum seindah suria yang membawa cahaya

senyumlah dari hati duniamu berseri

senyum umpama titian dalam kehidupan

kau tersenyum, ku tersenyum

kemesraan menguntum

senyum,
kepada semua
senyumanmu amatlah berharga

senyum,
membahagiakan

dengan senyuman terjalinlah ikatan..

senyum itu ibadah, maka tersenyumlah..
hiasi hari2 mu dengan senyuman.
ia sederhana, tapi dahsyat luar biasa

ia mudah, tapi sangat berharga

senyumlah sahabat2ku

bahagikanlah keajaiban hidup sesama kita..


p/s: jangan terlebih senyum sendiri2, itu bahaya! nnti ada yang tersalah tafsir..hehe


p/s2: jom wat peraduan senyum paling manis! sapa menang kite hadiahkan senyuman..=)


p/s3: tuluslah dalam senyumanmu...
p/s4: jangan wat2 senyum kambing ye..eheh
 
TNB