"sakit hati aku weyh.ada ke patut potong line tym aku dah dok terpacak kt dpn atm tu!"
"nape dia tuduh aku curik pensel dia?? geram tol! sabar je laaaaaa!"
seringkali apabila amarah menguasai, kita jadi hilang pertimbangan. kekadang rasional yang menggunung bisa lerai tanpa tahanan. apa sahaja yang terbuku seakan-akan mahu dihamburkan.hati yang rasa disakiti mahu membalas panahan pedihnya. memuaskan nafsu yang seolah-olah membara tak terbendung gamaknya.
fikiran dalam keadaan kurang sedar lantas memacu pelbagai carutan yang tidak enak didengar. tidak cukup dengan itu ghibah juga akan jadi perkara utama diuar-uarkan. andai tidak dibendung dengan baik boleh mengundang pertengkaran yang entah akan bila redanya.
begitu mudah manusia dirasuk, dicucuk tak berhenti andai perkiraan sudah lama ditinggalkan. kerana pabila sakitnya hati..
situasi di atas sebagai contoh. lagi contoh apabila ada yang menyakiti hati membuta tuli menyalahkan atas sesuatu yang tidak sepatutnya.sakitnya hati kala itu hanya Allah sajalah yang tahu. tapi pernah tak terfikir, betapa kita membenci, tindakan itu tidak sedikit pun mendatangkan apa2 manfaat? ketahuilah hidup ini terlalu singkat untuk membenci.....
sama juga apabila ditimpa musibah.tidak jauh bezanya dengan sakit hati.tika musibah melanda adakalanya kita hanyut entah ke mana. segala2nya umpama hilang andai diri tidak betah menangani. Dia menurunkan musibah supaya kita lebih matang meniti hari-hari. melihat sejauh mana kerasional dalam menghadapi sesuatu perkara. seringkali, bila ditimpa musibah
"oh my god, i hv a big problem!"
tangani dengan cara terbaik. boleh je cakap,
"hey problem, i hv a BIG god!"
dan tersenyumlah..kerana senyum itu pemudah, penawar kala gundah, penyejuk jiwa yang lagi gulana.dan selepas itu, hati beransur tenang, mula fikiran memainkan peranan daripada bertindak membabi buta. akan sedar di manakah priority kita yakni Allah. masalah yang pada mulanya terasa sangat besar beransur-ansur mengerdil.
apabila disakiti, tersenyumlah. besarkan hati sebaik mungkin. terima segalanya dengan redha kerana semakin dipaut rasa sakit hati itu, luka itu akan tersingkap jelas dan makin dalam. senyum itu penawar. saat tersenyum hari-hari yang gelap sedikit sebanyak bertukar menjadi cerah. agar yg terbaik bisa kembali digarap. yang memandangnya juga akan terasa sejuk.menyenangkan hati sesiapa yang melihatnya. dapat pahala kan kat situ?? =)
jom kita telusuri sirah junjungan besar kita Nabi Muhammad saw.
Muhammad saw telah meluluhkan hati sesiapa sahaja melalui senyuman. baginda menumbuhkan harapan dengan senyuman. baginda mampu melenturkan hati yang keras dengan senyuman. bahkan baginda mensunnahkan umatnya untuk menghiasi diri dengan akhlak mulia ini.
“Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” At Tirmidzi dalam sahihnya.
Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata,
“Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindar dariku. Dan baginda tidak melihatku kecuali baginda pasti tersenyum kepadaku.”
Suatu ketika Muhammad saw didatangi seorang Arab Badui, dengan serta merta ia berlaku kasar dengan menarik selendang Muhammad, sehingga leher baginda membekas merah. Orang Badui itu bersuara keras,
“Wahai Muhammad, perintahkan sahabatmu memberikan harta dari Baitul Maal! Muhammad saw. menoleh kepadanya seraya tersenyum. Kemudian baginda menyuruh sahabatnya memberi harta dari baitul maal kepadanya.”
baginda tersenyum dari bibir yang lembut, mulia dan suci sehingga detik2 terakhir kehidupan baginda. nah, kat ctu kita boleh lihat betapa tingginya akhlak Rasulullah yang kita cintai ini. contoh teladan yang baginda tunjukkan terlalu banyak sehingga part senyuman juga tidak ketinggalan. baginda tersenyum saat menghadapi masalah bukan langsung meratapi apa yang terjadi.
ketahuilah sahabat-sahabat tatkala ujian datang melanda, tatkala rasa sakitnya hati menjelma tiba, kita mampu punyai kekuatan yang lahir dari sesuatu yang sangat mudah dan manis yakni senyuman. pabila dirundung duka jangan terus2an mencembrutkan muka kerana itu sungguh tidak comel dan sungguh tidak enak dipandang! senyum kan sedekah, jangan kedekut kok. sungguh itu ciri2 orang yang keras hati deh..
senyuman itu bisa mempengaruhi persekitaran kita juga. so, rajin2 lah senyum ye, bahagiakan diri sendiri, gembirakan orang lain dan senangnya dapat pahala sedekah.kan3.. =))
senyum seindah suria yang membawa cahaya
senyumlah dari hati duniamu berseri
senyum umpama titian dalam kehidupan
kau tersenyum, ku tersenyum
kemesraan menguntum
senyum, kepada semua
senyumanmu amatlah berharga
senyum,
membahagiakan
dengan senyuman terjalinlah ikatan..
senyum itu ibadah, maka tersenyumlah.. hiasi hari2 mu dengan senyuman.
ia sederhana, tapi dahsyat luar biasa
ia mudah, tapi sangat berharga
senyumlah sahabat2ku
bahagikanlah keajaiban hidup sesama kita..
p/s: jangan terlebih senyum sendiri2, itu bahaya! nnti ada yang tersalah tafsir..hehe
p/s2: jom wat peraduan senyum paling manis! sapa menang kite hadiahkan senyuman..=)
p/s3: tuluslah dalam senyumanmu... p/s4: jangan wat2 senyum kambing ye..eheh
7 comments:
(^____________^)
takyah wat peraduan..saya dah tau saya pasti menang (cakap tanpa nada bongkak) alalalal~ hahaha..
erm..senyum itu ubat!
^__^
ini senyuman paling comel!
bole menang~
hak3
=))
ketika marah..rasanya lebih mudah untuk melemparkan sekilo batu dari melemparkan senyuman
mmg satu reaksi yg normal lagi bukan luar biasa..kalo kita marah tika disakiti
common thing...sume org buat
namun..sudah terlampau lama rasanya kita menjadi org yg biasa
why not,kita try..latih diri
selagi esok masih ada(teringat kat allahyarham ammar-semoga ALLAH tempatkannya dikalangan org2 yg Beriman)
senyumlah
semoga kita diberi nikmat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
salam,
Tuah suka ni,
mmg ssh mula2 tp klu dah bese xde hal,
yg sshnya bkn nk senyum or nk maafkn org tu,
tp n lupakan terus peristiwa tu,
forgive n forget perlu seirama baru hidup akan lebih aman n tenteram,
tp forgive sng tp forget is asa hard as rocky mountain...
trust me...
p/s: Tuah pnah dituduh curi pemadam masa skolah dulu oleh bdk yg Tuah paling benci kat skolah dulu, tp dah lupakn cuma tetiba teringat balik masa baca post ni, jht juga post ni, luka lama berdarah kembali
Al-Tuah-
waalaikumussalam,
betul tu. memang bukan senang meupakan kesalahan yang orang dah lakukan pada kita. sebab tu kita perlu beringat jangan sesekali melukakan hati orang lain kerana walaupun orang tersebut mungkin dah memaafkan kita, tapi luka di hati siapa yang tahu.
sukar melupakan kisah yang menggores hati.
p/s: mungkin post ini hanya membuka ruangan untuk muhasabah diri kita, tidak berniat untuk membuka luka lama. harap kita semua mendapat manfaat dari post ini.wallahua'lam
Post a Comment