Subscribe News Feed Subscribe Comments

Pengajaran daripada Raja..

Pada zaman dahulu ada seorang raja yang pada suatu ketika meletakkan sebongkah batu besar di tengah-tangah sebatang jalan. Kemudian raja itu bersembunyi untuk melihat apakah ada orang yang mengalihkan batu besar yang menghalang sebahagian jalan itu.

Beberapa saudagar terkaya dan bangsawan kerajaan raja itu, ketika melalui jalan itu dan berhadapan dengan batu besar lantas membelokkan langkah, agar dapat melalui jalan itu. Ramai juga merungut dan dengan lantang mengecam raja kerana tidak prihatin dengan rakyat dengan memastikan jalan yg dilalui itu sempurna tanpa halangan sebegitu. Tetapi tak seorangpun berbuat sesuatu untuk menyingkirkan atau mengalihkan batu besar itu.

Kemudian kelihatan seorang petani, membawa sayur-sayuran dan buah-buahan. Ketika langkahnya terhambat sesampainya di perintang jalan itu, ia meletakkan bebanannya lalu berusaha menggolekkan batu besar itu ke tepi jalan. Dengan susah payah, ia akhirnya dapat mengalihkan batu itu.

Ketika petani itu hendak mengangkat semula sayur-sayuran dan buah-buahan bawaannya tadi, dilihatnya ada sebuah dompet tergeletak di tengah jalan, di bawah batu besar tadi berada. Dompet itu berisi wang emas yang banyak serta sepucuk surat dari raja yang menyatakan bahwa wang emas itu diperuntukkan bagi orang yang mengalihkan batu besar itu dari tengah jalan.Dengan kejadian itu si petani mengerti dan menerima suatu pengajaran yang takkan pernah dimengerti oleh ramai orang:

"Setiap rintangan merupakan peluang untuk memperbaiki keadaan"



p/s:tetiba hati ni asyik nak post citer motivasi je~ x tau nape.. o_0
jom! sama2 muhasabah diri.. (^_^)

2 comments:

duha said...

thanks awanz! rasa bermotivasi hari ni! hehe

jom berbuat kebaikan :)

A.W.A.N.Z said...

wlcome, dear~
bgus2, truskn rasa motivasi itu!
jom2..=)

 
TNB