Subscribe News Feed Subscribe Comments

kita diserang..

tau tak apa itu ghazwatul fikri?
kalau ditranslatekan kepada bahasa ibunda,
ia bermaksud serangan pemikiran..

apakah itu??
hurm~

sedar tak sedar..
kita sebenarnya sudah lama
dan masih lagi diserang oleh musuh-musuh islam..

malah,
sekarang serangan mereka bertambah kuat..
sehingga islam kini berada di lembah yang amat hina..
jauh dari puncak tertinggi seperti ketika di zaman khulafa' dahulu..

umat islam sekarang disogok dan disuap dengan pelbagai hiburan..
yang amat melalaikan..

tak kiralah dalam apa jua bentuk sekalipun,

termasuklah
wanita..
di mana iklan sekarang menggunakan wanita sebagai bahan tayangan..

games..

sehingga manusia sekarang sanggup main game sampai pukul 2 3 pagi..
tinggalkan tanggungjawab dakwah..
tanggungjawab sebagai seorang suami..
tanggungjawab sebagai seorang anak..
tanggungjawab sebagai seorang MUSLIM!

filem dan apa jua bahan tontonan..
yang pastinya mempunyai isi yang kurang bermanfaat..
yang selalunya akan menyelitkan unsur seksual..
yang secara directnya akan menjatuhkan
moral,akhlak,iman dan merosakkan otak dan minda generasi tua dan muda..

inilah contoh-contoh ghazwatul fikri
atau serangan pemikiran yang sedar tak sedar..
sudah lama melanda umat islam..

namun kebanyakkan dari kita..
masih mahu memilih hiburan itu..
untuk memuaskan nafsu duniawi yang bakal merosakkan diri kita sendiri..

tidakkah pelik manusia yang memilih untuk diserang?
ya..
sangat pelik..

namun mungkin kita tak sedar akan kesannya..
kerana tidak nampak secara fizikal..
namun dalam diam..
iman dan hati kita sedang merana..
kering dan bakal mati jika ia terus menerus diserang..
dengan perkara sebegini..





Disini, ingin saya kongsi perkara-perkara penting dalam strategi musuh Islam untuk menjayakan Ghazwatul fikri mereka.

1. Tasykik
iaitu menimbulkan keraguan dalam jiwa kaum muslimin terhadap agamanya.

bukankah sekarang ni..
memang umat islam sendiri ragu-ragu dengan agama mereka?
malu dengan agama sendiri..
sedangkan islam telah dimuliakan
dan dijadikan satu-satunya agama
yang diterima di sisi Allah SWT..

tidak yakinkah kita dengan Al-Quran?
dimana disebut di dalamnya..

"sesungguhnya agama di sisi Allah adalah agama islam"

2. Tasywih,
iaitu pengaburan.

Caranya dengan memberi gambaran salah tentang Islam
untuk mengaburkan kaum muslimin tentang Islam sebenar.

ya..
umat islam sekarang pun tidak faham dengan agama mereka sendiri..
tidak mau mengambil tahu tentang agama mereka..

"hukum hudud?? oh tak nak lah..kejam"

adakah yang berkata-kata itu tahu tentang agama islam yang sebenarnya?
tahukah dia bagaimana hukum hudud itu dijalankan?

saya confirm..TIDAK!
oleh sebab itulah dia mampu berkata sedemikian..

tapi itulah realiti umat islam sekarang..
jauh dari agama sendiri..
lebih rela menggadaikan agama demi kesenangan dunia..

islam hanya pada nama..
islam hanya pada keturunan..
naudzubillah~

3. Tadzwiib
iaitu pelarutan

mencampuradukkan antara pemikiran dan budaya Islam
dengan pemikiran dan budaya Jahiliyah (kufur)

ini juga boleh membuatkan manusia confuse..
adakah ia datang dari islam?

sedangkan islam itu sepatutnya jauh dari nilai-nilai keji..

namun umat islam sendiri yang mengangkat..
dan mangagungkan budaya-budaya jahiliyah ini..


4. Taghrib
atau pembaratan (westernisasi)

mendorong kaum muslimin untuk menyenangi
dan menerima pemikiran, kebudayaan, gaya hidup
dan apa saja yang datang dari Barat.

sedangkan kita tahu..
kebanyakkan yang datang dari sana..
tidak selari dengan islam..

saya tidak katakan bahawa semua yang datang dari barat,
harus ditolak..

tidak..malah..
ada juga yang harus kita contohi tentang mereka..

namun..
apabila mereka (barat) sudah terlalu diagung-agungkan..
sehingga apa yang mereka lakukan..
dianggap betul..
dan dijadikan sebagai pedoman atau gaya hidup..

kebaratan yang harus ditolak disini adalah seperti
gaya hidup..
mengagungkan para artis yang jauh dari peraturan islam..
pergaulan bebas..
hedonisme yang melampau..
dan sebagainya..

ini yang harus kita jauhi..

sedarlah rakan-rakan..
serangan pemikiran ini hanya akan berterusan dengan keizinan kita sendiri..
kalau kita berhenti dari memanjakan diri kita..
dan memilih utk cuba kembali mengikut jalan Allah..
serangan ini takkan bertahan lama..

namun semua itu perlukan pengorbanan yang besar..

syurga yang mahal..
takkan begitu mudah dicapai..
tanpa pengorbanan..bukan?

mengubah minda masyarakat kita..
yang sudah lama ditanam dengan sekularisme
dan hedonisme tidak mudah..

bagai pokok yang sudah berakar tunjang menyelam ke dasar bumi..
ingin kita cabut akarnya..

susah bukan?

namun tidak mustahil..

dengan usaha dan doa..
serta tawakal padaNYA..
pasti akan ada jalan..

tapi bermula pada diri kita sendiri..

it all depends on you!



just satu perkongsian di pagi hari..
moga bermanfaat~


yuk! jadi mereka yang asing..
kerana orang kebanyakan itu selalunya membawa ke arah kerosakan~

2 comments:

Cekodok Pisang said...

well knapa asyik barat je salah,
timur pon ada salah juga,
kenapa dan kenapa?
saya bukan pro barat tapi rasanya serangan pemikiran ni bukan ada keburukan shj tapi ada kebaikannya juga...
kita boleh counter balik,
apa macam?
kita buat serangan psikologi dekat depa,
tapi macamne saya tak tahu pula,haha

duha said...

ye..betul tu..setiap perkara ada kebaikan kalau kita nak pk positive..

tapi keburukannya lebih..jd perlu diatasi segera..

jom kita serang depa balik..
tapi first n foremost..
kita kena pakai baju pelindung dlu biar pemikiran kita dan rakan tak diserang n kalau yg dah kne serang tu akan segera pulih..

baru boleh bina angkatan tentera yang hebat mantap dan kuat!

 
TNB