Sayup suara tangisan Hussien dari kamar sebelah mematikan tumpuan gadis itu. Satu keluhan kecil dilepaskan. Usai menghabiskan bacaan ayat suci al-Quran, Zahra melipat mukena putih-hijau yang baru digunakan tadi. Kemas lipatannya. Dia melihat jarum jam yang elok terletak di sudut meja kecil itu. Sudah jam 4 pagi! Suara tangisan Hussien, adik bongsunya semakin perlahan. Laju derap kakinya mengatur langkah ke kamar sang adik.
Daun pintu yang sedikit terbuka ditolak perlahan. Lampu bilik dinyalakan. Anak matanya tertancap pada satu tubuh kecil yang terduduk lemah di atas kerusi kayu di pojok kamar itu. Perlahan-lahan dia menyusun langkah ke arah tubuh kecil itu. Mata anak kecil itu bengkak. Sisa air mata masih berbaki di kolam matanya. Jelas, anak kecil itu baru lepas menangis.
“Hussien..”dipanggil adiknya lembut.
Belum sempat Zahra bertanya, anak kecil itu seraya memeluk erat sang kakak.
“Kak, tadi Hussien mimpi jumpa ayah dengan ibu. Hussien rindu.. Hussien nak jumpa ibu dengan ayah. Dalam mimpi tu, ayah dan ibu senyum, mereka pandang lama wajah Hussien. Tiba-tiba mereka pergi tinggalkan Hussien.”
Kata-kata Hussien menambahkan sayu di hati Zahra. Kolam matanya mulai bergenang. Namun, dikuatkan hati menahan air mata yang hampir menitis. Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan anak kecil yang baru menginjak usia 7 tahun.
“Hussien, itu tandanya, ibu dan ayah juga rindu pada kamu, tapi mereka dah pergi jauh. Pergi mereka, pergi yang tak akan kembali. Allah lebih sayangkan mereka. Tapi walaupun mereka tidak ada di hadapan kita, ibu dan ayah tetap hidup di hati kita. Selagi kita tak lupakan mereka, selagi hayat masih ada, selagi itu, mereka ada di hati kita. Hussien budak baik kan? Hussien sayang mereka kan?” kata-kata Zahra membuatkan sang adik mengangguk laju.
“Kalau begitu, jangan lupa sedekahkan al-Fatihah untuk mereka, bacakan ayat-ayat suci al-Quran untuk mereka. Bukan sahaja untuk ibu dan ayah, sedekahkan juga untuk semua umat Islam yang telah kembali menemui Allah. Doakan semoga mereka semua dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.”
Nasihat Zahra disambut baik. Anggukan kepala Hussien dan senyuman manis yang terukir di wajahnya menghilangkan duka yang menyelubungi anak kecil itu.
“Hussien takkan lupakan nasihat kakak. Hussien akan selalu ingat ayah dan ibu. Ustaz Imran pun pernah cakap, anak yang baik itu adalah anak yang selalu mendoakan kesejahteraan ibu bapanya,” petah Hussien menyusun kata.
Zahra tersenyum. Dalam hati kecilnya, dia bersyukur dikurniakan adik yang cerdas pemikiran dan mendengar kata.
“Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah! Engkau telah mengurniakan sebuah keluarga yang bahagia kepadaku. Ya Rahman, ikhlaskanlah hati kami dalam menerima ujian-Mu. Aku redha Ya Allah. Malah, aku sangat bersyukur kerana Engkau telah mengurniakan ibu bapa yang baik untuk kami. Sungguh, mereka hanyalah pinjaman yang Engkau berikan kepada kami adik beradik. Ku mohon pada-Mu Ya Salam, tempatkanlah mereka bersama orang yang beriman. Amiin..” hati kecil gadis itu tidak putus-putus mengucapkan syukur dan mendoakan kesejahteraan ibu bapa yang telah pergi menghadap Ilahi.
************************************
Seawal jam 7 pagi, rumah itu kembali sepi. Riuh rendah suara kanak-kanak yang sering memecah keheningan pagi itu hilang bersama perginya mereka meninggalkan rumah itu. Pandangan mata gadis itu masih di jalan, melihat adik-adiknya keluar berjuang- menuntut ilmu untuk bekalan dunia akhirat. Setelah bayangan mereka lenyap di pandangannya, baru gadis itu masuk semula ke rumah dan mula mengemas meja makan. Sarapan yang masih berbaki disusun elok di atas meja. Alas meja berwarna hijau muda itu dirapikan kedudukannya. Dapur dan ruang tamu dikemas. Kain baju yang kotor segera dicuci. Setelah berpuas hati dengan kondisi rumah itu, dicapainya tudung dan topi besar di balik pintu dapur. Langkah kaki dihayun ke arah belakang rumah. Satu senyuman manis terukir di bibir gadis itu. Hatinya berbunga riang melihat hasil usahanya setelah hampir dua minggu berbudi pada tanah. Sayuran yang ditanam mula membuahkan hasil. Hanya menunggu masa untuk dituai. Diperiksa tanamannya satu persatu. Mana-mana parasit yang memusnahkan sayurannya dibuang. Tanaman yang sudah masak sempurna dituai. Batas yang kosong diisi dengan benih baru. Sebentar lagi sayuran itu akan dibeli oleh Pak Mail, peruncit kampung itu. Zahra mempercepatkan kerjanya. Setelah selesai membersihkan sayuran itu, terdengar bunyi hon dari motor merah yang baru tiba di laman rumahnya.
“Assalamualaikum,” kedengaran suara salam diberikan.
Seorang lelaki lingkungan 50-an turun dari motor merahnya.
“Zahra, Pak Mail datang nak ambil sayuran yang kamu janjikan kelmarin,” lelaki tua itu menuturkan bicara.
“Waalaikumsalam. Semua sayuran tu ada di dalam bakul ni Pak Mail,”
Seraya bakul besar coklat muda itu bertukar tangan.
“Nah, wangnya, bagus sayuran ni. Minggu depan Pak Mail akan ke sini untuk beli sayuran kamu lagi,” seraya lelaki tua itu menghulurkan empat keping not RM50.
Riak wajah terkejut jelas terpamer dari wajah polos anak itu. Baginya, wang itu terlalu banyak dibandingkan dengan sayuran yang diberikan kepada lelaki tua itu
“tapi Pak Mail..,” belum sempat Zahra menghabiskan kata, peruncit tua itu mencelah,
“Zahra, ambillah wang yang tak seberapa ni. Arwah ayah kamu dulu banyak membantu Pak Mail. Arwah yang banyak mendorong dan membantu Pak Mail sewaktu Pak Mail hidup susah dulu. Sekarang, giliran Pak Mail pula bantu kamu adik-beradik. Pak Mail harap sangat kamu terima wang ni. Lagi pula, sayuran yang kamu tanam bagus dan segar. Memang patut kamu terima wang ni,” pujuk lelaki tua itu.
Kata-kata Pak Mail menyebabkan Zahra berbelah bagi. Dengan berat hati, kepingan not RM50 itu bertukar tangan.
Bahang hangat matahari sudah mula terasa. Manik-manik keringat yang mula membasahi dahi dikeringkan. Setelah selesai bertani, langkah kakinya dihalakan ke dalam rumah. Usai membersihkan diri, segera dia ke dapur menyiapkan makan tengah hari sebelum adik-adiknya pulang dari sekolah. Ikan sungai pemberian Ustazah Kauthar pagi tadi digoreng. Kailan ikan masin kesukaan adik-adiknya siap terhidang di atas meja. Lima ekor ikan goreng lengkap dengan sambal kicap melengkapkan hidangan tengah hari. Sambal tumis ikan bilis yang merupakan menu wajib disusun elok di atas meja kayu itu.
Selesai mengemas, Zahra teringat surat yang diterima kelmarin. Diambil surat itu dari kamarnya. Dibelek-belek dan dibaca berulang kali.
“Ya Allah! Bantulah hamba-Mu dalam membuat keputusan. Jangan Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri. Sungguh Ya Karim, aku redha dengan takdir yang Engkau tetapkan. Hanya Engkau yang tahu apa yang terbaik untuk kami. Ya Rahim, tunjukkanlah kami jalan yang lurus dan kurniakanlah kami petunjuk dan hidayah-Mu. Amiin..” bisik hati kecilnya. Zahra nekad. Keputusannya sudah bulat. Mungkin bukan rezekinya untuk menyambung pelajaran buat masa sekarang. Surat tawaran melanjutkan pengajian di Jordan dipandang sepi. Satu ketika dahulu, dia sering mengimpikan untuk melanjutkan pengajian di sana. Namun, tawaran yang diterima terpaksa ditolak. Dilipat kembali surat itu dan disisip kemas di dalam fail biru. Solat istikharah dan doa yang dipanjatkan kepada Ilahi menambahkan lagi keyakinannya. Mungkin ini pengorbanan yang perlu dilakukan demi sebuah ukhwah yang terjalin atas nama persaudaraan.
Kebajikan adik-adiknya yang lebih utama. Hadi bakal menghadapi SPM, Hambali pula pasti resah memikirkan persediaan sebelum menduduki PMR hujung tahun ini. Hakim juga pasti memerlukan perhatian dari sang kakak untuk memandunya menghadapi UPSR. Manakala, si bongsu, Hussien juga tidak boleh diabaikan. Anak kecil itu harus dididik dan dipandu hidupnya supaya membesar menjadi seorang pembela agama.
“Ya Allah, sungguh berat tanggungjawab yang aku pikul sekarang ini. Bantulah hamba-Mu yang sangat lemah ini dalam menghadapi ujian dan cabaran sepanjang perjalananku sebagai khalifah di bumi-Mu. Hanya pada-Mu tempat aku mengadu. Sungguh, Ya Allah, akan aku laksanakan tanggungjawab ini sebaiknya. Berikanlah Hamba kekuatan,” doa demi doa dipanjatkan memohon kekuatan dalam menghadapi dugaan hidup.
‘Doa itu senjata orang mukmin.’ Kata-kata Ustazah Kauthar masih segar di ingatannya. Kata-kata itu juga menguatkan lagi pengharapannya kepada Allah, pemilik seluruh alam.

Fikirannya menerawang pada peristiwa dua minggu lalu. Peristiwa yang menyebabkan Hakim dan Hussien menjadi yatim piatu. Peristiwa yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. Petang Jumaat itu, dia dikejutkan dengan berita kemalangan yang meragut nyawa kedua orang tuanya. Sebuah kebetulan, kejadian itu berlaku sebelum sempat mereka meraikan ulang tahun kelahiran adiknya, Hadi yang ke-17. Ayah dan ibunya dalam perjalanan dari sekolah tempat mereka mengajar untuk pulang ke rumah. Hari itu, ayah dan ibunya pulang lewat gara-gara kelas tambahan percuma yang diwujudkan oleh arwah bapanya. Arwah ibu bersama-sama dengan Ustazah Kauthar dan Ustaz Imran juga turut sama mencurahkan ilmu kepada anak didik mereka melalui kelas tambahan itu. Lebih memilukan hati, arwah ibu dan ayahnya tidak sempat memberikan sendiri hadiah yang sudah sediakan untuk putera sulung mereka. Hadiah yang masih terletak elok di dalam plastik masih sempurna keadaannya. Hadi yang pilu menerimanya terus memeluk erat hadiah terakhir itu.
Zahra masih ingat tika mana Ustazah Kauthar memanggil mereka adik-beradik untuk menatap dua jasad yang tidak bernyawa itu untuk terakhir kali. Hadi yang dahulu mencium wajah kedua-dua jasad itu menahan sebak. Hambali pula, seperti tidak mahu melepaskan dakapannya kepada kedua-dua arwah ibu bapanya. Hassan dan Hussien, lama sekali mencium pipi kedua jasad. Zahra yang terakhir mendakap mereka. Dia cuba menahan air matanya. Dengan lafaz Bismillah, dipeluk dan dicium insan yang tidak bernyawa itu.
Ketukan pintu rumah diiringi dengan suara orang memberi salam mengejutkan Zahra dari lamunan yang panjang. Seraya pintu dibuka dan salam disambut. Hadi, Hambali, Hakim dan Hussien terpacul di depan pintu dengan wajah yang masam mencuka. Seolah-olah dilanda masalah yang maha berat. Senyuman kecil terukir di bibir Zahra, cuba mengembalikan keceriaan di wajah adik-adiknya. Namun, usahanya sia-sia. Terdengar keluhan kecil keluar dari mulut Hambali. Hadi pula diam seribu bahasa manakala Hakim dan Hussien masih dengan riak wajah mereka.
“Mahu ditegur atau tidak?” berulang kali persoalan itu menerjah mindanya, melihat
kondisi semua adiknya yang kelihatan tidak bersemangat.
Dibiarkan semua adiknya melayan emosi masing-masing. Usai makan dan solat zuhur, Hadi dan Hambali bersiap untuk kembali ke sekolah, menghadiri kelas tambahan percuma yang diadakan untuk calon-calon PMR dan SPM. Sesekali terdengar rungutan Hambali yang mengadu letih belajar. Adiknya yang satu ini bukanlah ulat buku seperti Hadi. Hambali yang merupakan atlet sekolah, lebih suka melakukan persediaan untuk ujian pada saat-saat akhir. Namun, berkat kesabaran sang kakak mendorong dan menasihati si adik, Hambali sudah mulai mahu mengikuti kelas tambahan itu. Hakim dan Hussien yang tertidur di ruang tamu dikejutkan. Diarah adik-adiknya untuk membersihkan diri dan bersiap-siap memakai uniform baju melayu putih yang siap digosok, lengkap dengan samping hitam dan songkok. Rutin hariannya tidak pernah berubah- menghantar Hakim dan Hussien ke sekolah agama yang terletak di kampung sebelah dengan motor biru arwah ayahnya. Sebelum ke sekolah, Zahra tidak pernah lupa menitipkan semangat kepada sang adik.
“Allah sayang pada orang yang bersungguh-sungguh berjuang dalam menuntut ilmu. Orang yang beramal dengan ilmunya dipandang mulia oleh Allah. Betulkan niat kalian menimba ilmu. InsyaAllah, mudah ilmu meresap masuk di hati kalian. Dengar cakap guru dan berbuat baik sesama teman,” Zahra sempat menitipkan kata-kata itu pada si adik. Doanya agar nasihat itu tetap tersemat di hati kecil mereka.
Zahra merebahkan diri di atas kasur empuk di kamarnya. Sesekali dia memicit-micit badannya yang lenguh setelah selesai mengemas rumah.Tanggungjawab yang baru dipikul dua minggu ini sudah cukup berat untuk ditanggung. Baru dia sedar, amanah mendidik dan membentuk saudara-saudaranya menjadi pembela Islam tidak mudah. Pasti banyak cabarannya. Namun, dia pantang berundur sebelum kalah. Hati kecilnya tetap tegar untuk meneruskan perjuangan ayah dan ibunya mencorak dan mendidik sang adik.
Bunyi cengkerik diselangi dengan sahutan burung memecahkan keheningan malam itu. Zahra tekun melihat Hambali mengerjakan soalan Matematik sambil pensel di tangannya laju menari di atas buku latihan itu. Hadi masih tekun membuat nota ringkas. Hakim dan Hussien pula sudah mula menguap. Tanda mengantuk sudah mula menguasai diri. Zahra menepuk pundak adik kecilnya itu dan memeriksa kerja rumah Hakim dan Hussien. Setelah berpuas hati, disuruh kedua anak kecil itu tidur di dalam kamar.
Langkah kaki gadis itu berjalan menghampiri Hadi. Persoalan petang tadi masih bermain di benaknya. Pelik memikirkan sikap Hadi yang dahulunya sangat peramah dan sentiasa gembira. Jarang adiknya itu mempamerkan riak wajah yang kelat.
“Macam mana dengan sekolah kamu tadi?” Zahra memulakan bicara.
Soalannya tidak dijawab oleh Hadi.
“Hadi ada masalah ke? Kenapa kakak tengok kamu selalu murung dan tak gembira sejak pulang dari sekolah tadi? Kalau ada masalah, luahkanlah. Mungkin kakak boleh tolong,”
Zahra cuba memujuk.
Hadi meraup muka. Satu keluhan kecil dilepaskan.
“Kenapa mereka benci keluarga kita? Apa salah kita pada mereka?” soalan yang dibalas dengan soalan. ‘Mereka’? siapa mereka?
“Salina dan Saad, anak Pak Mail yang selalu dengan motor merah tu,” Hadi menyambung kata bagai mengetahui persoalan yang bermain di fikiran kakaknya.
“Mereka cakap, kita sengaja menagih simpati orang kampung sejak ibu dan ayah pergi. Katanya, Ustazah Kauthar, Ustaz Imran, Pak Mail dan orang kampung yang selalu bantu kita, semuanya bodoh kerana membantu kita. Hadi tak kisah kalau mereka nak menghina Hadi, tapi janganlah libatkan keluarga dan menghina orang yang dah banyak berjasa pada kita. Hadi tak suka mereka!” kata-kata Hadi seolah-olah bagaikan satu tamparan hebat bagi dirinya. Salina dan Saad? Dia bagai tidak percaya yang sahabat baiknya sanggup menghina mereka. Esok dia harus menemui mereka. Harus! Dia harus mendengar penjelasan sahabatnya itu sebelum dia mengambil sebarang tindakan.
Sang suria masih malu menampakkan diri. Seperti biasa, Zahra akan ke kebun kecil di belakang rumah melihat tanamannya. Hatinya panas melihat seluruh tanamannya rosak. Diperiksa keadaan sekeliling kebun kecil itu. Terdapat kesan tapak kaki pada tanah di sekeliling kawasan itu. Telinganya mendengar suara orang ketawa kecil di belakang kebunnya. Disusun langkah kakinya ke arah suara itu. Rimbunan pohon yang memagari kebun itu menyukarnya untuk melihat insan itu dengan lebih jelas. Didekatkan dirinya pada rimbunan pohon itu. Salina? Saad? Dia bagai tidak percaya melihat teman-temannya yang bersembunyi di balik pohon itu. Kesan tanah jelas kelihatan di pakaian mereka. Namun, tiada riak terkejut di wajah mereka berdua.
Malah, tawa mereka semakin kuat. Mungkin sebagai tanda puas hati kerana merasa dendamnya terbalas. Salina akui bahawa dia sangat mencemburui Zahra. Gadis itu cantik, pintar dan disenangi orang kampung. Walaupun hidupnya lebih mewah dari Zahra, dia tidak pernah merasa cukup dengan apa nikmat yang diberikan. Hatinya lebih panas apabila dia mendapat tahu bapanya, Pak Mail membantu dan membeli sayuran daripada Zahra. Pagi itu, rencananya merosakkan tanaman bersama adiknya, Saad berjalan lancar. Di hadapan Zahra, mereka dengan gembira mengaku bahawa mereka yang merosakkan tanaman itu. Ingin sahaja Zahra menjerit. Melepaskan segala yang terbuku di dadanya. Namun, cepat-cepat dia beristigfar.
Sejak kejadian itu, pelbagai cara dilakukan oleh Salina untuk menghuru-harakan kehidupan Zahra. Teguran demi teguran diberikan kepada Salina. Namun, segala teguran itu tidak diambil pusing. Hanya kesabaran dari Allah yang menjadikan dirinya kuat untuk melangsungkan hidup. Pada adik-adiknya, dia sering menyematkan nasihat kepada mereka agar tidak ambil hati dengan pandangan masyarakat yang benci pada keluarganya. “Kebenaran pasti dapat menewaskan kebatilan”. Kata-kata yang pernah diungkapkan oleh arwah ibunya suatu ketika dahulu, disemat erat di lubuk hatinya.
**********************************

Hari ini, genap sepuluh tahun ayah dan ibunya pergi menghadap Ilahi. Alhamdulillah, sepanjang tempoh itu Zahra tidak lupa menitipkan doa untuk mereka. Riuh rendah suara Hussien menyakat Hambali. Hakim dan Hadi turut sama menceriakan suasana. Majlis konvokesyen di UPM sangat meriah. Tidak putus-putus ucapan tahniah yang diterima oleh Hambali. Menjadi pelajar terbaik dan kejayaan menggenggam segulung ijazah dalam bidang Sains Sukan menjadikan hari ini merupakan hari yang sangat bermakna untuknya. Namun, sayang, kejayaannya tidak dapat dikongsi bersama ibu dan ayah yang sangat dikasihi. Pak Mail, Ustazah Kauthar dan suaminya, Ustaz Imran turut sama meraikan kejayaan Hambali. Tanpa sedar, kolam mata Pak Mail mula bergenang. Cepat-cepat lelaki tua itu mengesat pipinya. Hatinya sebak mengenangkan nasib anaknya sendiri. Argghh! Mungkin ini ujian untuk dirinya. Pasti ada hikmah di balik ujian yang Allah berikan.
Ingatan lelaki tua itu serta merta terbang ke Pusat Rawatan Sakit Jiwa, Tanjung Rambutan. Rumah sakit yang menempatkan anak perempuannya, Salina. Tempoh 5 tahun berpisah dengan anaknya itu menerbitkan rasa rindu dalam diri peruncit tua itu. Wahai anak, apa khabar kamu di sana? Hari ini, seperti biasa ayah dan ummi tidak lupa menjenguk kamu. Walaupun kamu sudah lupakan kami, ingatan dan kenangan bersama kamu akan tetap tersimpan erat di hati ini.
Saad? Sudah lama dia tidak bertemu dengan anak bongsunya itu. Pusat pemulihan itu menjadi saksi permohonan ampun seoang anak kepada sang bapa. Akibat salah memilih teman, Saad terjerumus dalam lembah yang hina. Rasa keinsafan membekas di hatinya. Janji anak muda itu, dia tidak akan sekali-kali kembali kepad najis dadah lagi. Cukuplah dengan derita yang ditanggung selama ini. Dia tidak mahu mengecewakan bapanya lagi.
Zahra membiarkan Pak Mail melayan perasaan. Mungkin lelaki tua itu perlukan masa bersendirian. Hatinya tidak putus berdoa agar peruncit tua itu diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan-Nya.
“Alhamdulillah ya Allah! Terima kasih di atas kuniaan-Mu ini. Engkau telah memberikanku kesempatan melihat adik-adikku berjaya membina kehidupan mereka sendiri, melihat mereka membesar dan belajar berdikari di depan mataku. Ku mohon pada-Mu, Ya Rahman, jangan Engkau biarkan kami alpa dengan nikmat dunia. Hiasilah hidup kami dengan redha dan keberkatan dari-Mu.
Ya Rahim, selamatkanlah ibu dan ayah dari seksa kubur dan azab neraka. Berikanlah mereka kebahagiaan hidup di sana. Ya Karim, berilah kesembuhan kepada sahabatku, Salina dan berikanlah kesedaran kepada Saad. Tunjukkanlah mereka jalan yang Engkau redhai. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Amiin..” bisik hati kecil gadis itu.
Meniti usia 28 tahun, Zahra berjaya memahatkan namanya sebagai salah satu usahawan wanita yang berjaya. Perniagaan berasaskan pertanian dan penternakan yang diusahakan membuahkan hasil. Segala pengorbanan dan kesabarannya selama ini benar-benar berbaloi. Syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah. Hadi berjaya mengecapi impiannya menjadi jurutera kimia di sebuah syarikat swasta. Hakim pula membantunya menguruskan perniagaan keluarga. Manakala Hussien masih mengejar cita-cita untuk menjadi seorang ahli farmasi.
Benarlah janji Allah, setiap peristiwa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sesungguhnya, redha dan penggantungan harapan hanyalah pada Allah.
‘dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasul-Nya berikan kepada mereka sambil mereka berkata: Cukuplah Allah bagi kami, Dia dan Rasul-Nya akan berikan kepada kami kurnianya, sesungguhnya pada Allah kami menuju.’
(At-Taubah:59).
p/s:
kpd pembaca, maaf sgt sbb olahan & susunan ayat kurang menarik..wktu menulis ni, idea cam biskut, skejap ada,skejap xde..
*moral of da story---> 'berkorban demi cinta' (setuju??)
slmt mmbaca! =)
4 comments:
bes laaaaaaaa~
tahniah2!!
bole wat novel pasni..
patu publish!
hhehe
2 thumbs up!! nak biskut ^^
patutlah dapat tempat pertama tulis cerpen..tahniah awanz!
time kasih duha n kak yana sbb sudi baca & komen.,=)
pasni duha bole jd zahra, wt bisnes ternak kambing..hihi
nk biskut? sila2..tp sy nk puding dgn karipap bole? *peace*
semoga ALLAH mgurniakan Kebahagian spt yg dimiliki ZAHRA
best2..smoga bakat yg dianugerahkan ALLAH ini trus dipergunakan DLM medan mperkukuh kembali jiwa2 dan mperkuat barisan juang
Post a Comment