Subscribe News Feed Subscribe Comments

Ghibah

just sebagai peringatan~

Berdasarkan dalil-dalil berkenaan Ghibah, para ulama dan sebahagian besar mereka bersepakat bahawa secara umumnya mengumpat(Ghibah) adalah haram .


Ghibah dibolehkan untuk tujuan yang sah mengikut syari’at, di mana ada permasalahan yang tidak dapat diselesaikan kecuali hanya dengan melakukan ghibah tersebut. Ini adalah berdasarkan kepada perbuatan Rasulullah yang membenarkan dan tidak melarang Ghibah pada keadaan tertentu seperti yang disebutkan dalam dalil-dalil di bawah. Terdapat enam situasi yang membolehkan Ghibah dilakukan:

1. Mengadukan kezhaliman (at-tazhallum).

Boleh bagi orang yang dizalimi untuk mengadukan kezaliman yang menimpa dirinya kepada penguasa, qadhi, atau yang memiliki kekuasaan hukuman ataupun pihak yang berwajib lainnya. Ia dapat menuntut keadilan ditegakkan, misalnya dengan mengatakan Si Fulan telah melakukan kezaliman terhadapku dengan cara seperti ini dan itu

2. Permintaan bagi membantu mencegah kemungkaran dan mengembalikan pelaku maksiat ke jalan yang benar (al isti’ânah ‘ala taghyîril munkar wa raddal ‘âshi ila ash shawâb).

Seseorang itu boleh menceritakan kepada orang yang boleh diharapkan untuk mencegah kemungkaran dengan cara menerangkan si Fulan telah melakukan itu atau ini dan sekaligus menyelamatkan fulan tersebut dari kemaksiatan dan kemungkaran. Dengan kata lain, maksud penceritaan itu mesti menuju kepada terhapusnya suatu kemungkaran. Jika pengaduan itu tidak bertujuan untuk mencegah kemungkaran, maka hukumnya adalah haram.

3. Permintaan fatwa (al istiftâ`).

Misalnya, seseorang mengatakan kepada seorang mufti (pemberi fatwa), ayahku (atau saudaraku atau suamiku atau fulan) telah menzalimi aku dengan cara begini. Lalu apa yang harus aku lakukan padanya?; Bagaimana cara agar aku terlepas darinya, mendapatkan hakku, dan terlindung dari kezaliman itu? Atau apa sahaja pertanyaan yang seperti itu. Maka hukumnya boleh jika diperlukan. Tetapi lebih tepat dan lebih afdal jika ia mengatakan, bagaimana pendapat anda tentang orang atau seseorang, atau seorang suami yang telah melakukan hal seperti ini? Oleh itu, ia akan dapat memperoleh jawapan tanpa perlu menceritakan perinciannya iaitu tanpa perlu menyebut siapa orangnya dan sebagainya. Meskipun demikian, tetap dibolehkan untuk melakukan perincian (at ta’yîn).

4. Mengingatkan kaum muslimin agar sentiasa berwaspada terhadap suatu keburukan dan menasihati mereka (tahdzîrul muslimîn min asy syarr wa nashîhatuhum)..

Terdapat beberapa situasi antaranya adalah:-

~ menceritakan keburukan sifat orang yang memang perlu disebutkan keburukannya (
jarhul majrûhîn) iaitu dari kalangan para perawi hadis dan saksi-saksi (di pengadilan, dsbnya)

~ meminta pandangan atau pendapat (
musyawarah) tentang seseorang calon suami/isteri yang bakal di nikahi (mushâharah), kerjasama, memutuskan kerjasama, mua’amalat dan lain sebagainya, atau tentang hubungan kejiranan.

~ jika seseorang melihat orang lain yang belajar agama pada orang yang berbuat bidaah atau orang fasik dengan niat untuk mendapatkan ilmu dari pelaku bidaah dan orang fasik tersebut, lalu dengan itu dikhuatiri ia akan mendapat kemudaratan, maka ia mesti menasihatinya dan memberikan penjelasan mengenai keadaan sebenarnya.

5. Seseorang yang memperlihatkan secara terang-terangan (al- mujâhir) kefasiqan atau perilaku bidaahnya

Memperlihatkan perbuatan minum arak, merampas barangan, mengambil ufti( memberi wang, emas dan sebagainya kepada yang berkuasa), pengumpulan harta secara zalim, memimpin dengan sistem yang batil iaitu selain dari sistem Islam dan sebagainya. Maka ini boleh untuk disebutkan kerana perbuatan itu dilakukan secara terang-terangan (mujâharah). Namun bergitu, hal-hal lain yang merupakan aib yang disembunyikan tidak boleh untuk diceritakan melainkan tujuannya adalah seperti yang telah disebutkan sebelum ini.

6. Panggilan nama atau gelaran(at-ta’rîf).

Jika seseorang itu telah dikenali dengan nama
laqab (panggilan atau gelaran) seperti al-A’masy (Si Mata Rabun) atau al-A’raj (Si Tempang), atau al- Ashamm (Si Pekak), al-A’maa (Si Buta), al-Ahwal (Si Juling), dan sebagainya maka mereka boleh digelar dengan panggilan tersebut namun diharamkan untuk menyebut kekurangannya yang lain. Akan tetapi adalah lebih baik sekiranya gelaran-gelaran ini tidak di gunakan untuk memanggil seseorang dan dihindari dari di gunakan.

so..kesimpulannye, kalau tade sebab takperlu laa kita isi masa lapang kita dengan mengumpat/ghibah ni..sebab orang-orang yang suke mengumpat ni sangat dicela..

bole refer surah Al-Humazah
dan salah satu hadis Nabi,

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata: “Tahukah kalian apa itu ghibah?”, Mereka menjawab: “Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu.” Beliau bersabda: “Yaitu engkau menceritakan tentang saudaramu yang membuatnya tidak suka.” Lalu ditanyakan kepada beliau: “Lalu bagaimana apabila pada diri saudara saya itu kenyataannya sebagaimana yang saya ungkapkan?” Maka beliau bersabda: “Apabila cerita yang engkau katakan itu sesuai dengan kenyataan maka engkau telah meng-ghibahinya. Dan apabila ternyata tidak sesuai dengan kenyataan dirinya maka engkau telah berdusta atas namanya.” (HR. Muslim)


"sampaikanlah walau sepotong ayat"

p/s:waaaaaaaaaa~ dah hari isnin!!

7 comments:

awanz said...

thniah duha! post yg mnarik..=)
sama2 kte muhasabah diri~

kdg2, mngumpat ni slalu dikaitkn dgn perempuan,.jom sama2 kte tukar mentaliti ni dgn mulakn dgn diri kte dulu..
skdr pandangan~

p/s: nk minta maaf sgt2 pd semua org,kwn2, kalau de m'umpat scr sengaja @ tidak sengaja,
saya minta AMPUN byk2..
(brusaha mnjadi hamba yg lebih baik, insyaAllah~)

Balqis Riza said...

salam..
nk tyn boleh??
mcm mana nk tegor org yg suke ngumpat??
kalau kite ckp, die akan kata "normal la manusia suke ckp bnde yg tak suke..tipu aa kalau kate tak suke ngumpat"..

humm~
hope leh tlg~

duha said...

wlksmlm..
time kasih atas pertanyaan..akan cube jawab..n pd yang lain boleh tolong tambah2..

first skali, mmg susah nak menegur orang..tak kirelah tentang apa sekalipun..tapi, Alhamdulillah kita ade kesedaran yang kite PERLU menegur..

erm..ok, back to soalan..
ni hanyalah pendapat..

cane nk tegur..
first2, kite kene bia die sedar yang mengumpat nih mmg tak dibenarkan..sampai dalam quran Allah letak satu surah khusus tentang mengumpat..

dan dalam tu Allah mulakan dengan "wailul likulli humazatil lumazah"
di mana "wailu" tu bermaksud celaka
dan "humazatil lumazah" tu pengumpat dan pencela..

memang betul, manusia ni tak lepas dari mempunyai prasangka buruk/ lintasan hati..tapi tak bermakna kita perlu terus n terus mengumpat..

mmg tak dinafikan, duha sndr pun kalau nampak 'something' yg mencurigekan akan ada lintasan dalam hati yg berpandangan buruk (su'uzon/prasangka buruk)..sedangkan su'uzon pun patut dielakkan, apetah lagi mengumpat(menyatakan dengan mulut)..tapi kalau ade lintasan ni, cepat2 laa istighfar kan..

"normal la manusia suke ckp bnde yg tak suke..tipu aa kalau kate tak suke ngumpat"..

kita mungkin akan TERmengumpat sbb da TERbiase bergossip..tapi bukan bermakna kita SUKA mengumpat..kene ubah kebiasaan yg membinasakan..

andai kata kita SUKA mengumpat sekalipun,dalam surah Al-Baqarah ayat 216, ade part of ayat tu bermaksud tak sume benda yang kita suka (cthnye bergossip) tu baik utk kita..

kalau kita dah jelaskan kat dia tentang keburukan mengumpat, tapi dia still teguh pendirian tak nak berhenti..kita tunjukkan dengan contoh akhlak kite je..

kalau cakap banyak2 kang die ngamok+tensen pulak kan..n mungkin menyebabkan die jauh dari kita, so tunjuk dengan perbuatan je..

bila die start nk mengumpat, kita pergi dr situ..atau buat2 tak dga..(kalau nk extreme sket bace terjemahan surah Al-Humazah kuat2 atau tutup telinga patu nyanyi lallalalla~..haha..hanya iklan sampingan..jgn buat..kang ade yg kne sepuk :p )

erm..nnt die akan tau yg kita tak suke..dan mungkin bole buat die berfikir..mungkin akan ambil masa lame utk ubah satu kebiasaan ni..tapi yg penting satu hari nnt, iA die akan sedar..

kalau rasa mampu, sebelum beredar dr tempat kejadian cakap dulu "eh, tak elok laa ngumpat" patu br pegi :D

tapi kita pun kne sentiasa perbaiki diri agar kita jugak tak tergolong dalam mereka yg dicela oleh Allah..insyaAllah~

harap2 dapat membantu :)

p/s: peringatan untuk diri sendiri!

p/s2:perbincangan dibuka pada semua~

karipap said...

kalau saya..

mcm kdg2 tu kan kite pun xsdr kite terngumpat. so akan jauhkan diri atau ckp cani "ehh ni kire ngumpat eh?" pastu klu die cm ckp "xpela kite ckp mnde betul pe"..cpt2 la kite kate "tuka topik tuka topik. astaghfirullah.." mcm nada santai2 je ah..nnti xpasal die kate kite ni cm ustazah la ape la..

pastu ckp kat die "klu aku terngumpat..ko pun tego a" bg die igt yg kite bukan nk tunjuk baik..saling igt mengingatkan..

kan ke klu kite ulang2 bnde yg Allah larang akn gelapkan hati. pastu jgn la bia hati tu dh biasa buat akn mematikan hati tu. nauzubillah..

mmgla manusia biasa terngumpat. tp elakkan lah kalu dah Allah kate xbleh..siap kutuk ckp celaka lagi..maka elakkan lah..kite ni siapa lah..hanya mkhluk yg dr tanah yg dipijak2 lagi..kenapala nk pertikaikan manusia itu mmg suke ngumpat maka kena la ngumpat walaupun Allah larang..astaghfirullah


p/s: tegurlah saya klu saya terngumpat..bergosip ke ape ke..eheh~

Balqis Riza said...

salam..
terima kasih..
i'll do whatever i can..
tp kalau dorg ni dh hati gelap sgt n suke sgt mengumpat, i'll just walk away..

personally, tak suke perangai mengumpat ni..rase cm sgt buruk..
sumtimes i wonder why we must be so hypocrite..why cant we be the honest fren..say what u dont like n tegor elok2..why must 'dpn baik blkg mengata smpai terjuih-juih mulut'..cm cite anak mami..
but my uztad ckp, kalau suke org berfikiran cm sy, akan aman la dunia..takde umpat mengumpat..haha~

humm..takpe la..mybe org2 yg suke ngumpat ni, aggp dorg bguz sgt smpai org lain layak jd bahan umpatan..tp yg pelik, bile die diumpat, tahu pulak nk terasa..pelikkan??

nway duha, thx again..=)

cactus biru said...

huhu..
saya insaf..
rase kena kt diri sendiri!
wawawawa

duha said...

welkam..same2 baiki diri :) saya pun kadang terngumpat..adoi~ tu la..mulut bising sgt '-__-

ya Allah,ampuni dosa kami..

thanks jgak atas soalan tu.. n komen2 lainnye..sbb mengingatkan diri kita jugak :)

 
TNB