Subscribe News Feed Subscribe Comments

heal the world

Michael Jackson {MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.


Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.


“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.


Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.


Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.


Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.


Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.


Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.


Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia.


Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.


Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.


Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.


Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.


“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.


Pelik kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?


Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.


Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

sumber:panji islam dari timur

p/s-tidak pasti sejauh mana kebenaran ttg kisah ini..namun apa yg perlu ditekankan di sini adalah tntg kewujudan pihak2 yg sntiasa cuba untuk mnjatuhkan islam

p/s 2-untuk pengetahuan heal the world adalah lagu yg dinyanyikan oleh MJ

tahun baru semangat baru!

Bismillah..

tahun baru menjelang kembali.peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w bersama-sama para sahabat berlegar-legar di kepala. tak terbayang besar jenis pengorbanan, meninggalkan keluarga tercinta, kampung halaman, harta dan wang. mereka taat kala perintah Allah mengunjung tiba. mereka patuh kala kehidupan semakin mencengkam. mereka yakin akan benarnya jalan yang mereka tuju. sebenar-benarnya mereka beriman dengan Allah yang satu serta RasulNya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sejarah tidak pernah mengecewakan. sebab dan akibat pasti menjadi pengajaran berharga bagi masa hadapan. orang yang rugi tidak akan mengenal makna sejarah. ada alasan yang dicipta. ada rawan yang terasa.ada sejarah yang cukup pahit dikenang.ada kenangan yang memelitkan mata. tak lupa juga yang sangat manis bila ditafsirkan kembali. sejauh mana penghayatan tergantung kepada individu masing-masing. bila mana kita melihat sejarah dengan mata hati...

"sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang akan menguatkan hati"
~Imam Abu Al-Qasim Al-Junaid~

......................................................

setahun berlalu
sejarah berlalu
imbasan berlalu
sedar tak sedar
titian jalan semalam telah lama meninggalkan
rungkaian demi rungkaian telah banyak mengajarkan
pengalaman mematangkan
mengajar mencari erti makna hidup sebenar

dan hari ini
kita berganjak ke helaian baru
lembaran baru
buku baru
hati ini tertanya-tanya
akan bagaimanakah hari yang mendatang?
akan ada apakah yang bakal menerjah
corak apa lagi yang akan dilakar
warna apa lagi yang akan dilukis
ceritera-ceritera apakah yang akan dinukilkan?

pemergian semalam melambaikan kedatangan hari ini
kesyukuran berlabuh kerana masih diberikan ruang
tetap diberikan peluang
masih kembali bernafas
menghirup udara segar di bumi bertuah
untuk terus melebarkan sayap dalam dunia dakwahnya
untuk tetap melangkah pada jalanNYa
menyambung nafas-nafas orang terdahulu dalam fikrah perjuangan

selamanya perjuangan ini tak akan selesai
selagi darah mengalir pantas di setiap pembuluhnya
selagi nyawa masih belum ditakak kematian
selagi jiwa di atas panji-panji nan satu
selagi kekuatan perjuangan Rasulullah jadi sandaran
sesekali tidak kami berhenti
sesekali tidak langkah ini berpaling ke arah yang lain
sesekali tidak hati ini mati
sesekali tidak
kerana pasti
janjiNya tidak pernah mungkiri
di kampung akhirat hati terbeli

pada jalan ini
diri cukup sedar
betapa banyak pengorbanan diperlukan
betapa jalan ini tidak mudah
betapa perjuangan ini tidak akan pernah sunyi
liku-liku dugaan akan membadai datang
alamatnya tak terlihatkan
deruannya tak terdengarkan
sekali melanggar tak terjangkakan
tapi
diri ini tidak akan gundah
diri ini tidak akan pernah lemah
diri ini akan selamanya gagah
kerana pasti
sebenar-benarnya yakin akan janjiNya
segores luka di jalan Allah
kan menjadi saksi pengorbanan.....

wahai pejuang-pejuang tersayang
teruslah melanglang di jalan cinta para pejuang
menebarkan kebajikan mematikan kejahilan
setiap titis peluh dan darah
takkan sirna di telan masa
setiap keringat takkan kering semata dek usia
setiap tumpahnya darah takkan hilang tanpa bekas
biarlah lelah biarlah payah
kerana
syahid di jalan Allah
adalah cita-cita yang tertinggi

duhai nurani
teruslah menyucikan diri
perdengarlah suara hati
biar jasad mati
jangan biar mati hati
biar cintaNya jadi penyeri
kasih pada RasulNya jadi inspirasi

kita hanya istimewa
andai jalanNya yang dituju
jalan seorang Muhammad
yang menuntun ke syurga
insyaAllah..



semangat yuk! :)


uhuh,terlalu lama menyepi kat sini. sempena tahun baru nak bagi ucapanlah kiranya. ^_^
teman-teman, sahabat-sahabat, kawan-kawan (semuanya sama), teruskan perjuangan.
haaaaa, nak tanye.apa azam tahun baru ni??? sama-samalah kita perbaharui niat dan matlamat dan tujuan hidup sempena tahun baru ni ye..moga segalanya dipermudahkan. moga lembaran baru ini akan menyinar indah, akan memberi cahaya baru dalam kehidupan. pengalaman semalam adalah guru yang terbaik. jadi jangan lupa tu!

bersyukurlah atas apa yang kita ada sekarang. esok tak pernah menjanjikan kesenangan berpanjangan.

dear u,,you are never alone, just reach into your heart and Allah is always there.. :)

p/s:terasa terlalu sedikit sumbangan diri pada agamaNya kalau nak dibandingkan dengan nikmat iman dan islam yang telah dianugerahkan..huhu

p/s2:tahun baru semangat pun kena baru! ayuh bersemangat! ^_^

hak-hak ukhwah


assalamualaikum... apa khabar iman semua orang? sihat tak?

perasan tak sekarang dah masuk bulan 12!! dah nak penghujung tahun 2009. dah nak dekat awal muharam!!! (tetiba excited) pejam celik pejam celik dah setahun. terasa masa sangat laju je berjalan. apa pun. teringat kata-kata pujangga yang agak feymes juga.

masa itu ibarat pedang, bila kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotongmu.

apa lagi, jangan bagi masa potong kita!!! cekodok pisang senyap sunyi je. nak ucap selamat hari raya aidiladha pun dah terlambat rasanya. semua geng kat sini punya berbagai-bagai urusan sampai tak ter catch up.

tapi sebenarnya saya bukan nak cakap pasal masa. saya nak cakap pasal lain. selama ini, kitorang jarang jumpa selalu. sebab tuntutan dunia yang menekan-nekan. tapi bila jumpa rasa macam tiba-tiba kasih sayang macam timbul. macam rindu je.

kalau nak jumpa pun melalui usrah online je kadang-kadang. nak jumpa, jadual terlalu menekan. tak sempat. tapi apa pun, saya sayangkan semua sahabat-sahabat saya di sini. bila dengar suara masa conference pun dah terasa rindu pula. pelik rasanya sebab baru kenal. tapi perasaan macam pernah jadi kawan baik masa darjah tiga dulu.

pertama sekali dalam berukhwah saya baru tahu tentang ukhwah ini ada haknya.

bersikap lemah lembut dengan sahabat-sahabat. adalah seorang ustazah dalam satu daurah karipap pernah pergi. dia kata camni

lemah lembut dalam ukhwah fllah bukan kerana keturunan dan kehebatannya, tapi kerana iman yang memenuhi jiwa dan akidah salimah yang menghiasi qabunnya

teringat hadith yang berbunyi

tidak beriman seseorang itu melainkan dia menyayangi sahabatnya seperti menyayangi dirinya sendiri

ahha dan lagi satu

“Orang-orang beriman itu Ikhwah (adik beradik), maka baikilah hubungan diantara kamu dan bertaqwakan kepada Allah …”

dia ada beberapa bahagian

1) hak terhadap harta

penuhi keperluan lebih dari keperluan sendiri. maksudnya dia tak berkira pun harta dia kalau beri kepada sahabat atau saudaranya
"seseorang mengatakan mengatakan jika kamu meminta wang dari saudaramu, lantas ditanya untuk apa, ini bererti hak persudaraannya telah hilang"

uish2 kadang-kadang tu bukan nak tahu sangat, tapi curious je. (err?)

tapi itulah. tinggi kan darjat kasih sayang dalam berukhwah. beri separuh harta pun tak kisah. macam sahabat-sahabat zaman rasulullah dulu.

2)haknya terhadap dirimu

hak ini kalau tahap yang paling rendah, kalau ada masa lapang, dia tolong sahabat dia. kalau tahap paling tinggi; dia akan utamakan keselamatan sahabat dari diri sendiri.

3)hak terhadap lidahmu

*bersikap diam terhadap aibnya
*cakap something yang disukainya tapi tak tipu. macam contoh, nampak something yang baik terhadap dirinya. puji supaya dia lebih istiqamah.
*doakan. doakannya baik semasa hidup atau mati sebab doa adalah tanda kecintaan dan keakraban.

tapi bila tak jumpa hati still ada bond. apa pun, doakan mereka supaya sentiasa kuat

apabila seorang mendoakan saudaranya dari jauh, malaikat akan berkata kepadanya: untukmu seperti itu pula" [HR muslim]

marilah kita mendoakan sahabat-sahabat kita. jauh mahupun dekat.

4)hak saudara terhadap hatimu

hanya dengan 2 perkataan iaitu

*kemaafan
sebelum apa-apa, set in mind yang sahabat kita ni bukan maksum.
*kesetiaan
kesetiaan pada waktu saudara kita melakukan hak-hak yang mesti ditunaikannya kepada kita.

nampaknya, karipap kena minta diri dulu. assalamualaikum!!

kita juga manusia

"Suatu bangsa tidak akan maju, sebelum ada di antara bangsa itu segolongan yg suka berkorban untuk kepentingan bangsanya"


Sekarang kita memasuki zaman di mana banyak orang menyedari perlunya menghadapkan diri kepada Allah. Banyak dai'e yang lahir bak cendawan di musim hujan. Oleh kerana itu, mereka memerlukan orang yang mampu menunjukkan berbagai kesalahan mereka dan mengingatkan mereka dari penyimpangan. Petunjuk inilah yang akan menghindarkan mereka dari penyimpangan hingga mereka dapat memberikan pencerahan kepada masyarakat (objek dakwah).


Hari ini masalah dai'e lebih kompleks. Para dai'e menjalankan dakwahnya dengan pelbagai cara. Pertanyaan yang diajukan kepada mereka lebih rumit dan memerlukan metode pendekatan. Hal ini membuatkan para dai'e menghabiskan malam mereka dengan berfikir dan belajar lebih giat kerana mereka harus serius menjalankan dakwah.


Kita membutuhkan para dai'e yang mampu berbicara dengan jelas dan tidak menyebarkan keraguan. Kita membutuhkan para dai'e yang mampu berbahas pelbagai masalah dengan teliti dan mendalam, bukan mereka yang hanya mampu menyampaikan materi dakwah dengan ilmu yang tidak memadai. Kita membutuhkan para dai'e yang mampu menemukan substansi dari segala sesuatu, tidak hanya terpaku pada aspek parsial. Mereka harus mampu memperbaiki pelbagai perilaku keliru. Mereka harus mampu membentuk kemampuan masyarakat berbuat baik. Yang diperlukan bukan hanya para dai'e yang pandai berwacana.,..


Sumber: Dai'e juga manusia (Muhammad Abduh)
 
TNB