Subscribe News Feed Subscribe Comments

obsesi 7 abad


bukan kita yang memilih takdir
takdirlah yang memilih kita
bagaimanapun, takdir bagaikan angin
bagi seorang pemanah
kita selalu harus mencuba
untuk membidik dan menyesatkannya
di saat yang paling tepat

-salahuddin al ayyubi-

assalamualaikum pemilik hati sekelian. sudah lama saya nak kongsikan satu kisah tentang seorang sultan yang berusia 23 tahun ketika mentadbir sebuah pasukan perang yang hebat.

satu per tiga malam sebelum serbuan bersejarah. kiranya sebelum satu perang penting bagi pasukan islam. satu taklukan iaitu obsesi pasukan islam sejak 7 abad lamanya. sultan minta semua pasukannya berdiri.

sultan: saudara-saudaraku di jalan Allah. amanah yang dipikul ke bahu kita ini hanya yang terbaik layak untuk dapatkannya. 700 tahun Rasulullah telah menggerakkan para mujahid tangguh, tapi Allah masih belum mengizinkan mereka memenuhinya. Aku katakan kepada kalian sekarang, yang pernah tinggalkan solat fardhu sejak baligh, silakan duduk.


sunyi. tak siapa yang bergerak

sultan: yang pernah tinggalkan puasa ramadhan, sila duduk!

sekali lagi, tiada sape pun yang bergerak.

sultan: yang pernah mengkhatamkan al-Quran melebihi sebulan. sila duduk!

kali ini, ada beberapa orang perlahan berlutut dengan berlinang air mata.

sultan: yang pernah kehilangan hafalan Al-Qurannya, sila duduk!


kali ini lebih banyak menangis sedih. bimbang tak terikut menjadi pasukan untuk misi yang agung ini. mereka pun duduk.

sultan: yang pernah tinggalkan solat malam sebelum balighnya, siala duduk!


tinggal sedikit yang masih berdiri, dengan wajah yang sangat tegang, dada berdegup kencang, dan tubuh menggeletar.

sultan: yang pernah meninggalkan puasa ayyaamul Bidh, sila duduk!


kali ini semua terduduk lemas. hanya seorang yang masih berdiri. dia, sultan sendiri. namanya, sultan muhammad al fatih. dan obsesi 7 abad itu adalah konstantinpel.

ingat tak kisah ini? hebatkan pejuang islam time ini yang boleh takluki konstantinopel yang lama sangat nak di takluki. tapi seorang sultan muda yang memimpin satu pasukan islam ketika itu berjaya. baru berusia 23 tahun. tengoklah cara baginda saring askar yang nak keluar berperang.

ciri-cirinya bukan orang yang beratnya bawah 80 kg je boleh kelua berperang. atau lilitan perut 31 je boleh ikut perang. tapi sejauh mana amal ibadahnya. kekuatan satu jiwa yang berani, terletak di mana? di hatinya yang meletakkan ALLAH sebagai matlamatnya.

bila baca kisah ini buat saya sangat tersentuh sebabnya, jauh benar diri dengan mereka. sebab itulah kisah-kisah pejuang islam yang dulu-dulu kalau baca, boleh bagi pedoman. terkenang di manakah kita ini?

zaman sekarang ini kiri dan kanan ada saja dugaan. itu belum nafsu lagi. dugaan dalam diri. kalau kita kuat insyaALLAH tak layan. sekali tergelincir, bukan mudah nak berdiri semula.

ya Allah ampunilah kami. mari cek mutabaah ibadah!

*ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah*

cantik x gambar???

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan
, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!:
Ada apa dengannya?
Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?
Muslimahku,
Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.
Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….
Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!
Gambar adalah bayangan realiti.
Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!
Penyelesaiannya
Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat.
Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.Ingat, wajah anda, anugerah Allah.
Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.
dipetik dari blog wewr iaitu ~Khabar Dari Urdun~ dalam entri bertajuk Muslimah & Gambar -
sungguh menikam jiwa rasanya...hehe
namun ada kebenarannya...
kadang2 rasa malu kalau muka terpampang lebih2 lagi kalau gambar tersesat masuk dlm sbrg slide/video yg ditayangkn didepan rakan2 berlainan jantinanya
dan
terlalu sukar rasanya untuk diri ini menerima tatkala melihat lelaki2 khusyuk melihat(gambar2 muslimah) sambil terkekeh2
mgkin pandangan ini lebih bersifat peribadi..
kekadang terfikir adakah diriku ini yg bersalah?terlalu kolot?yg jauh ditinggalkan arus pemodenan..
atau..
entahlah
mungkinkah pandangan kita berbeza???

Kisah Pak Belang, Pak Ya, Cik Tikus & Mr. Bee


Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Alkisah.. Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! ... bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja..Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar,kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang.Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi itu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali itu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan.

Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah....... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib.. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya.Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus.. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam.. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya. Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih...

Sedang hambaAllah tu berfikir macam mana nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu.. .. Bunyi lebah bawa madu.Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.

Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni.Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.

Kalau semua nak tahu ....

si Hamba Allah itu adalah kita semua.
Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.
2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat hamba Allah tu bergayut tadi adalah jangka hayat kita. kalau pendek talinya maka pendeklah umur kita dan kalau panjang talinya maka panjanglah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu...
Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. .
semoga kita tidak tergolong dalam golongan yg mudah melupakan PENCIPTA kita..
Ameen..
p/s: jom renungkan ayat dari surah Az-Zumar ni~ =)
Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami,
Kemudian apabila Kami berikan nikmat kepadanya, dia berkata,
''Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku.''
Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
(Az-Zumar:49)

malu-malu kucing

"eh, kau couple ek?" tanya zaza
"dengan budak mane ek?" sambungnya lagi..

"eh..mane ade..suke hati je..takdelah" jawab si zozo kelihatan cuba mengelak dan buat2 busy bace message kat handphone

"eleh..tanak ngaku la tuh..piii rah~" bebel zaza dalam hati

***************************************************************************************
mungkin situasi begini seringkali terjadi..
mereka yang tak malu bercouple..
tapi bila ditanya..tak nak mengaku!

kenapa?
malu?
pada siapa?
manusia?
sedangkan tuhan MAHA MENGETAHUI..
itu yang patut kita geruni..
bukannya manusia yang lemah dan tiada daya upaya..

teringat suatu kisah..
ketika saya dalam sebuah program anak yatim..
kami dibahagikan dalam beberapa kumpulan..
satu kumpulan terdiri dari kami(peserta) dan anak yatim itu sendiri..
kami diminta membuat halaqah(bulatan)

gambar hiasan-halaqah


ketika dalam sesi taaruf(pengenalan)..
kami diminta memberitahu
nama..
asal..
umur..

dan sebagai tambahan
STATUS!

dan ketika itu..ramai sungguh yang menafikan mereka mempunyai pasangan (pacar)
sedangkan sudah terang lagi bersuluh bahawa mereka ber'couple'..
mungkin malu pada adik2..


Alhamdulillah..
Allah masih belum mencabut rasa malu dari diri mereka..
dan moga Allah akan memelihara rasa tersebut dalam diri kita..
kerana pabila hilang malu atau ditarik sifat malu dari dir kita..
rosak binasalah iman kita..
terutamanya kaum wanita..


hayati kisah ini..

Suatu ketika, ada seseorang yang menjumpai Ibrahim bin Adham ra. Ia kemudian berkata sembari meminta nasehat kepadanya, “Wahai Abu Ishaq, aku ini gemar sekali berbuat maksiat. Aku ingin berhenti, tetapi sering tidak bisa. Karena itu, tolonglah aku. Berilah aku nasehat agar aku tidak bermaksiat lagi.”



Ibrahim bin Adham ra. menjawab, “Bagiku, tak masalah engkau gemar berbuat maksiat, asalkan engkau memenuhi dulu lima syarat.”


Heran campur bingung, lelaki itu bertanya, “Apa saja lima syarat itu, wahai Abu Ishaq, sehingga saya dapat bebas berbuat maksiat?”


“Syarat pertama,” kata Ibrahim bin Adham, “Jika engkau ingin bermaksiat kepada Allah, janganlah engkau makan dari rezeki-Nya.”


“Lalu, saya mau makan apa? Semua yang saya makan adalah rezeki dari Allah.”


“Kalau begitu, pantaskah engkau memakan rezeki dari Allah, sedangkan engkau suka melanggar perintah-Nya?” jawab Ibrahim.


“Baiklah. Apa syarat yang kedua?”


“Kalau engkau ingin bermaksiat kepada Allah, janganlah engkau tinggal di bumi-Nya.”


“Kalau bukan di bumi, aku harus tinggal di mana? Bumi dan langit ini semuanya milik Allah.”


“Kalau begitu, layakkah engkau makan dari rezeki Allah dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan engkau gemar menentang aturan-Nya?”


Orang itu terdiam. Namun, ia kemudian bertanya lagi, “Baiklah. Terus, apa syarat yang ketiga?”


“Jika engkau tetap makan dari rezeki Allah dan tetap tinggal di bumi milik-Nya, namun engkau pun tetap ingin bermaksiat kepada-Nya, silakan saja, asal engkau lakukan itu di tempat yang tidak dilihat oleh-Nya.”


“Wahai, Abu Ishaq,” kata lelaki itu, “Mana mungkin saya bersembunyi di tempat yang tidak dilihat-Nya, sementara Dia adalah Zat Yang Mahaawas?”


“Jika demikian, lalu mengapa engkau tetap bermaksiat kepada-Nya?” tegas Ibrahim lagi.


“Baiklah. Sekarang, apa syarat yang keempat?”


“Kalau Malaikat Maut datang menjemputmu, sedangkan engkau dalam keadaan bermaksiat kepada Allah, katakan saja kepadanya, ‘Nanti saja, jangan cabut nyawaku dulu. Beri dulu aku kesempatan untuk bertobat dan beramal shalih.’”


“Wahai Abu Ishaq, mana mungkin?”


“Kalau engkau sadar bahwa kematian tidak bisa ditunda, lalu mengapa engkau tetap tak mengindahkan perintah dan larangan-Nya?”


“Baiklah. Sekarang, apa syarat yang kelima.”


“Apakah engkau sudah tahu nasibmu nanti di akhirat; masuk surga atau masuk neraka?” tanya Ibrahim balik bertanya.


“Tentu saja saya tidak tahu.”


“Kalau engkau tidak tahu nasibmu nanti di akhirat, apakah masuk surga atau masuk neraka, hal itu seharusnya sudah cukup untuk menghentikan dirimu dari kegemaranmu berbuat maksiat kepada-Nya.”


Orang itu pun menangis. Ia kemudian berkata, “Wahai Abu Ishaq, cukup. Jangan Anda teruskan lagi. Mulai hari ini, aku akan bertobat dengan sebenar-benarnya kepada Allah. Aku berjanji, mulai hari ini aku tidak akan bermaksiat lagi.”


Demikianlah, sejak nasehat itu, lelaki itu berubah menjadi orang yang salih dan berusaha menjauhi segala kemaksiatan kepada Allah.


kepada rakan-rakan..
ingatlah..
bumi ini akan selamaNya menjadi milik tuhan yang MAHA ESA..
tak mungkin beralih tangan..
malulah padaNya ketika kita ingin bermaksiat..
kerana Dia juga yang akan mengadili kita di mahsyar nanti..
tiada tempat untuk bergantung melainkan padaNya..

sebagai peringatan juga bagi diri ini yang bergelar manusia~


kucing pun tau malu!
(malu2 kucing gitu~ hehe)

p/s:kalau da tau malu jangan laa wat..hehe..tape..cube decreasekan ye~ step by step..yang penting ada usaha!

cukuplah ALLAH bagiku..

Dengan namamu ya Allah yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang..
21 Mac 2008:
Maha Suci Engkau, Ya Allah dan segala puji bagi-Mu, Ya Mutakabbir- yang Maha Memiliki Kebesaran. Aku bersaksi tiada tuhan selain-Mu Ya Allah dan Muhammad S.A.W itu pesuruh Allah. Ya Muhaimin- yang Maha Memelihara, restui dan berkatilah junjungan mulia, Muhammad sebagai hamba, nabi dan rasul-Mu yang ummi. Berkatilah keluarga dan sahabat baginda. Sejahterakanlah baginda selama-lamanya. Sesungguhnya, Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia.
Alhamdulillah Ya Allah! Engkau masih memberikanku kesempatan hidup di bumi-Mu, memberikanku kekuatan dalam meniti perjalanan di persinggahan yang fana’ ini. Syukur pada-Mu Ya Rahim, yang memberikan nikmat islam dan iman sebagai panduan hidupku.
Ya Allah, apa khabar ibu, ayah, Khalid dan Umar di sana? Mudah-mudahan kalian semua ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.Amiinn.. Aku di sini tidak lupa menitipkan doa untuk kalian. Hanya satu harapanku, semoga kalian dicucuri rahmat-Nya.
Ya Rahman, jadikanlah hari ini lebih baik daripada semalam, agar aku bisa melaksanakan tanggungjawabku sebagai khalifah di bumi-Mu sebaiknya.
Amiinn..

Pena bertinta biru yang sedari tadi ligat menari berhenti mencoretkan kata. Catatan berwarna hijau-putih itu ditutup. Tercatat nama pemiliknya, ‘Muhammad Amin bin Abdul Razak’ betul-betul di hadapan kulit buku tersebut. Perlahan-lahan dia menyimpan catatan harian itu di dalam laci kecil berwarna coklat muda. Usai solat subuh, seperti biasa, dia tidak pernah lupa mencoretkan sesuatu di buku kecil pemberian arwah bapanya. Pena bermata halus pemberian sang ibu digenggam erat. Serta merta, memori bersama kedua-dua insan yang dicintai berlegar di fikiran.
“Allah lebih sayangkan kalian. Pergilah menghadap Tuhan-Mu dengan aman. Semoga kalian tenang di sana. Sungguh, Ya Allah, aku redha dengan ujian yang Engkau berikan kepada hamba. Hanya Engkau yang mengetahui apa yang terbaik untukku,” bisik hati kecilnya. Kedinginan subuh membawanya merenung dan memerhatikan ciptaan Ilahi. Masih segar di ingatan, kata-kata seorang ustaz di sekolahnya tentang sepotong ayat al-Quran yang mengajak manusia berfikir sambil menghayati kekuasaan Allah.

‘Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal.’ (Ali Imran:190).

Tasbih, tahmid, zikir tidak putus-putus membasahi bibir memuji Allah, tuhan pemilik sekalian alam. Terasa kerdil diri ini di hadapan-Mu, Ya Allah. Hari ini, 21 Mac 2008, genap sebulan dia menjadi penghuni katil nombor 25, Hospital Sultanah Aminah. Sesekali fikirannya melayang kepada tragedi sebulan yang lalu. Peristiwa yang memberikan trauma yang cukup dasyat pada dirinya. Namun peristiwa itu juga membuatkannya kuat melangsungkan hidup di bumi tuhan.

Kedinginan hembusan angin pagi mematikan lamunannya. Sesekali matanya meliar melihat keadaan sekeliling. Masih ramai penghuni wad itu yang dibuai mimpi. Kepalanya menoleh ke kanan, ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Anak matanya menyapa kelibat seorang lelaki yang sedang terduduk lemah di atas katil bersebelahannya.
Aneh. Seingatnya, katil itu tidak berpenghuni sejak dua minggu yang lalu.
Siapa pemuda itu? Apa yang berlaku kepadanya? Soalan demi soalan menerpa minda. Dari pengamatannya, lelaki itu baru ditempatkan di ruangan itu. Dari riak wajah, pemuda itu kelihatan bingung, seakan-akan baru terjaga daripada mimpi ngeri.
“Argghh! Aku di mana? Kenapa aku berada di sini?!” Jeritan pemuda itu menyebabkan beberapa orang jururawat yang bertugas bergegas ke arah pemuda tersebut dan berusaha menenangkannya. Sebahagian lagi memanggil doktor yang bertugas. Amin yang tidak mahu menambahkan kekacauan itu hanya memerhatikan situasi tersebut.
“Saudara sekarang berada di hospital. Malam semalam saudara mengalami kemalangan sewaktu saudara dalam perjalanan untuk pulang ke rumah,” terang salah seorang jururawat muda.
“Assalamualaikum.” Terdengar satu suara yang datang dari sosok seorang perempuan lewat 20-an dengan penampilan yang kemas lengkap dengan kot putihnya.
“Apa khabar?” tanya wanita itu. Beberapa orang jururawat berlalu dan meneruskan tugas mereka.
“Saya Doktor Fatimah, doktor yang bertanggungjawab merawat saudara,” ujar Doktor Fatimah sambil melemparkan senyuman.
“Apa yang terjadi pada saya? Mengapa saya tidak dapat mengingat kembali apa yang berlaku kepada saya semalam? Bagaimana keadaan saya?” bertalu-talu soalan yang dilemparkan oleh sang pemuda kepada doktor muda itu.

“Saya harap saudara dapat bertenang dengan apa yang akan saya sampaikan,” ujar Doktor Fatimah memulakan bicara.
“Saudara terlibat dalam satu kemalangan malam semalam dalam perjalanan pulang ke rumah, tetapi Alhamdulillah, saudara tidak mengalami kecederaan yang serius. Cuma, kami mendapati ada beberapa kesan lebam di badan saudara dan beberapa luka kecil di dahi. Berdasarkan laporan pihak polis, saudara telah dipukul oleh sekumpulan samseng sehingga menyebabkan saudara tidak sedarkan diri. Kebetulan ada beberapa orang pejalan kaki yang melihat kejadian itu, bergegas mencari bantuan dan menghubungi pihak polis. Kumpulan samseng itu akhirnya berjaya diberkas oleh pihak polis. Adik lelaki saudara, Zahir yang kebetulan berada di tempat kejadian menghantar saudara ke hospital. Malangnya, dalam perjalanan, kereta yang dipandu oleh Zahir dilanggar dari belakang oleh sebuah lori pasir, menyebabkan kereta tersebut hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan,” terang doktor berkaca mata itu panjang lebar.
“Zahir? Bagaimana keadaannya?” dengan perasaan ingin tahu yang menggunung, pemuda itu langsung mencelah.
“Zharif, bersabarlah. Tenangkan dirimu. Zahir masih lagi berada dalam keadaan koma akibat kemalangan itu. Terjadi pendarahan dalaman di kepalanya akibat daripada hentakan yang kuat semasa kemalangan itu berlaku, selain dia juga kehilangan banyak darah sewaktu di bawa ke sini. Kami di sini berusaha yang terbaik untuk menyelamatkannya, namun dengan kondisi Zahir yang sangat kritikal sewaktu dibawa ke sini menyebabkan harapan untuk dirinya pulih seperti sedia kala sangat nipis.” ujar Dr. Fatimah simpati.
Zharif, sang pemuda itu tidak dapat menyembunyikan kesedihannya apabila mengenangkan situasi yang dialami satu-satunya saudara kandung yang dia punya di dunia ini. Manik-manik jernih yang sedari tadi bertakung di kelopak matanya, perlahan-lahan jatuh membasahi wajahnya.
“Kuatkan semangatmu dan banyakkan berdoa kepada Allah. Kita sebagai hamba-Nya hanya mampu merancang, tetapi segala-galanya ditentukan Allah. Ikhlaskanlah hatimu dalam menerima ujian ini dan percayalah pasti ada hikmah yang tersembunyi di atas tiap-tiap ujian yang Allah berikan pada hamba-Nya. Jangan pernah lupa bahawa Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui rintihan hamba-Nya,” ujar Dr. Fatimah lagi.

Allah? Sudah sekian lama dia melupakan Sang Pencipta alam ini. Sudah lama juga dia melupakan ayat-ayat Allah iaitu mukjizat Nabi Muhammad S.A.W berupa kitab suci al-Quran yang dahulunya sering dihafal. Apa yang sering dilakukan hanyalah tegahan Allah. Solat? Puasa? Sering ditinggalkan. Pelbagai alasan yang diberi setiap kali diajak beribadah. Ibadah sunat? Jauh sekali.
“Saudara, menangislah jika itu bisa menenangkanmu. Luahkanlah segala yang terbuku di hatimu jika itu bisa mengembalikan keyakinanmu,” Satu suara mencelah.
“Kamu? Kamu siapa?”
“Saya Amin. Muhammad Amin. Saya penghuni katil di sebelah saudara,” ujar Amin selepas doktor itu berlalu. Salam perkenalan dihulur.
“Zharif,” balasnya sepatah.
Salam perkenalan disambut dengan hati yang terbuka walaupun hatinya masih duka atas kejadian yang menimpa saudara kandungnya.

Zharif tidak menafikan hakikat kebenaran nasihat yang diberikan oleh doktor muda dan teman barunya itu. Cuma, entah mengapa, dirinya seakan tidak mampu untuk menerima kenyataan bahawa adik kandungnya itu yang menerima akibat, gara-gara untuk menyelamatkan si abang.

Perlahan-lahan, memori semalam kembali bermain di benak fikirannya. Peristiwa yang hampir meragut nyawa sang adik.

Malam itu, 20 Mac merupakan ulang tahun adiknya, Zahir yang ke-20. Tanggal itu juga merupakan hari kedua dia menjejakkan kaki di bumi Malaysia setelah hampir lima tahun menimba ilmu di negeri matahari terbit. Malam itu mereka berdua menikmati makan malam di luar untuk meraikan ulang tahun adiknya. Sungguh, dia berasa kekok berhadapan dengan saudaranya sendiri. Mungkin jarangnya komunikasi antara mereka membuatkan dirinya berasa jauh dan ikatan ukhwah mereka tidak seerat dahulu. Sejak dia melanjutkan pelajaran di bumi sakura itu, masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Mungkin salah dirinya, yang terlalu ego apabila berhadapan dengan saudaranya sendiri. Dia mengakui bahawa sang adik sering mencari peluang untuk merapatkan kembali ikatan persaudaraan mereka, namun seribu satu alasan diberikan membuatkan si adik jauh hati. Mungkin juga dia dikelilingi oleh teman-teman yang sering melalaikannya dari mengingati mati dan mengutamakan akhirat. Kehidupannya yang jauh dari keluarga membuatkannya bebas untuk mencuba segalanya tanpa mengambil kira batasan agama.
Namun, syukur kerana dia berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang, sekalipun ada di antara teman-temannya yang kecundang gara-gara hanyut ditelan arus kemaksiatan. Ternyata Allah masih menyayangi dirinya.
Sedang asyik menikmati makan malam, tidak semena-mena dia mendapat mesej melalui khidmat pesanan ringkas yang memintanya supaya menunggu seorang teman lama yang sama-sama menuntut di universiti dahulu.
‘Zharif, tolong aku! jumpa di tempat biasa jam 9.30 pm. PENTING!
Antara HIDUP dan MATI..’
Isi pesanan itu dibacanya berulang kali. Hatinya sedikit curiga dengan kandungan pesanan itu. Sebelum keluar, dia memaklumkan tentang mesej yang diterimanya dan lokasi pertemuan itu kepada Zahir.

Hampir lima belas minit menunggu, penantiannya berakhir apabila teman lamanya datang dengan menghadiahkan sebuah pukulan di pundaknya. Tidak cukup dengan itu, badannya ditendang sesuka hati.
“Kau memang bodoh, Zharif! Macam mana engkau percaya dengan penipu macam aku?! Kau fikir, aku akan biarkan kau bahagia dengan apa yang kau miliki? Kalau aku kecundang, kau juga harus menerima nasib yang sama seperti aku!” jerkahan Mukhriz, teman sekuliah sewaktu menuntut di universiti, memecah suasana. Sesekali, jerkahannya diselangi dengan tawa puas kerana merasa dendamnya terbalas. Mukhriz, teman yang mengajaknya mencintai dunia. Mengenalkannya dengan hiburan yang keterlaluan. Mengajarnya menganiaya insan yang lemah. Mukhriz bangga dengan dirinya yang mampu menguasai pelbagai teknik seni mempertahankan diri. Dengan kelebihannya, dia mula menindas orang lain. Namun, kegagalan menamatkan pengajian dengan cemerlang membuatkan egonya tercabar. Hatinya lebih panas apabila Zharif berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang. Dalam kesamaran malam, dia dapat melihat beberapa orang yang tidak dikenalinya turut menyerangnya. Sebuah pukulan yang hinggap di kepala membuatkannya tidak sedarkan diri. Setelah dia sedar, dia mendapati dirinya berada di hospital dalam keadaan kepala yang berbalut.

“ Sesungguhnya, Allah suka pada orang-orang yang redha menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan-Nya, baik berupa nikmat atau musibah,” kata-kata Amin menghentikan lamunannya.
“Kamu bisa berkata-kata seperti itu kerana kamu tidak berada di tempatku. Bagaimana aku bisa redha menerima ketentuan-Nya dalam keadaan adikku seperti sekarang? Masyarakat hanya bisa melihat, tetapi yang merasa derita dan penyesalannya siapa? Aku!” bentak Zharif.
Amin tersenyum. Hatinya memanjatkan doa agar sahabatnya itu diberi kekuatan dan sabar menghadapi dugaan.
“Sahabatku,” Amin memulakan bicara.
“Pernahkah kamu berfikir, ujian apakah yang Allah turunkan kepada hamba-Nya yang lain? Kepadaku? Pernahkah kamu membayangkan betapa pedihnya hati ini melihat orang-orang yang kamu sayangi dijemput Ilahi di hadapan matamu sendiri? Itulah ujian Allah kepadaku. Aku telah kehilangan kedua orang tuaku dan kedua orang adik yang amat kusayang di hadapan mataku sendiri. Ternyata, Allah lebih menyayangi mereka. Mata ini menyaksikan bagaimana insan yang amat aku kasihi dibunuh di hadapanku. Penjenayah yang pada mulanya ingin merompak rumah kami bertindak kejam dengan menjadi pembunuh ibu, ayah, dan kedua-dua orang adikku, Khalid dan Umar. Nasibku baik apabila seorang jiran yang menyedari kejadian itu menghubungi pihak polis dan akhirnya penjenayah itu dapat diberkas. Aku masih lagi dapat mendengar bunyi tembakan yang meragut nyawa keluargaku. Tahukah kamu, betapa aku rindu pada mereka? Rindu untuk solat bersama, makan bersama, seperti dulu. Diri ini masih lagi dapat merasa hangatnya tangan ayah dan ibuku sewaktu kami bersalaman usai solat berjemaah. Telinga ini masih lagi terngiang-ngiang dengan suara gurauan adik-adikku,”
Amin cuba menahan kesedihan yang dirasai. Seraya, dia teringat pesanan ustaz Ahmad, guru agama yang sudah dianggap seperti bapanya sendiri. Pesanan yang meminta manusia sabar dan redha dalam menghadapi ujian Ilahi. Allah suka pada hamba-Nya yang sentiasa memuji Allah dalam keadaan susah mahupun senang.
Sungguh, dalam setiap kejadian itu, pasti terselit kebaikan yang tersirat.

“Memang tidak mudah untuk kita menerima ujian dengan hati yang ikhlas, namun, sekurang-kurangnya ingatlah, kita masih punya Allah, pemilik mutlak sekalian alam. ‘Cukuplah Allah bagiku’. Fikirkan dan hayatilah kata-kata ini dengan hati kecilmu. Manusia tidak akan dapat merasai apa itu kebahagiaan hakiki jika hidup berlandaskan nafsu. Isilah hatimu dengan mengingati Allah, mendekatkan diri kepada-Nya, dan sanggup berkorban menegakkan syiar Islam di muka bumi ini. Ramai manusia yang punya daya intelektual yang tinggi, punya kemampuan menafsir emosi orang lain, disenangi masyarakat sekeliling, harta yang melimpah dan dianugerahkan kelebihan yang tersendiri, namun masih lagi terasa ada sesuatu yang kosong di dalam hatinya. Mengapa? Kerana mereka tidak mempunyai kekuatan spiritual. Sebentuk kekuatan yang hanya diperoleh oleh insan yang mendambakan hidupnya untuk agama Allah. Juga untuk insan yang ikhlas dalam pencariannya tentang Allah, tujuan hidupnya, amanahnya sebagai khalifah dan hal-hal yang bersangkutan dengan agama.
Ingatlah, Allah berfirman di dalam al-Quran,
‘dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasul-Nya berikan kepada mereka sambil mereka berkata: Cukuplah Allah bagi kami, Dia dan Rasul-Nya akan berikan kepada kami kurnianya, sesungguhnya pada Allah kami menuju.’ (At-Taubah:59),” ujar Amin sambil menepuk pundak sahabatnya.

Zharif tersentak. Betapa temannya ini mengalami ujian yang lebih berat daripadanya, namun masih mampu kelihatan tenang walaupun luka dan trauma yang dialaminya masih berdarah.
“Ya, Allah! Ampunilah hambamu ini. Hamba akui ya Allah segala kejahilan hamba. Dosa-dosa hamba bagaikan buih-buih di lautan. Banyaknya tidak terkira. Berikanlah hamba petunjuk dan hidayah-Mu. Kuatkanlah hati dan semangat hamba dalam mengharungi liku-liku kehidupan dan ujian dari-Mu. Eratkanlah ikatan silaturrahim antara diriku dengan hamba-Mu yang lain, khususnya antara aku dengan adikku. Berikanlah kesembuhan kepadanya, ya Allah. Berilah hamba peluang untuk menebus kembali dosa-dosa yang telah hamba lakukan dan kesempatan merasai keindahan ukhwah yang terbina antara kami dua beradik. Sungguh terdapat kemanisan dalam segala ujian yang Engkau berikan kepada tiap hamba-Mu. Inilah kemanisan yang ku rasakan daripada ujian-Mu, nikmat Islam dan Iman. Dua nikmat yang suatu ketika dahulu pudar dalam kamus hidupku. Namun, inilah kebahagiaan yang kudambakan selama ini. Kebahagiaan yang datang pabila hidup bersulamkan al-Quran dan sunnah. Inilah kebahagiaan yang hakiki. Kekalkanlah nikmat ini ya Allah. Alhamdulillah..”
Ternyata, air mata keinsafan yang tidak berhenti mengalir dari kolam matanya menjadi saksi kesungguhan taubatnya. Dia tidak putus-putus memanjatkan doa supaya adiknya bisa kembali sedar dan mengharap agar masih ada lagi kesempatan untuknya berbaik semula dengan sang adik.

“ Zharif, saya punya khabar buatmu. Tentang Zahir,” Doktor Fatimah yang baru tiba dari melihat kondisi adiknya, tenang menuju ke arah Zharif.
“Apa yang berlaku?”
“Zahir menunjukkan perkembangan yang luar biasa apabila dia mula memberikan respons positif lebih awal daripada jangkaan. Alhamdulillah, berdasarkan pemeriksaan awal, kami dapati kondisinya semakin stabil. Mungkin semangatnya untuk terus hidup mengatasi penderitaan yang dialami. Mungkin juga berkat doa kamu sebagai abang yang terus mendoakan kesejahteraan adiknya membantunya untuk kembali pulih. Kes seperti ini sangat jarang saya temukan. Lazimnya, dengan kondisi yang sangat kritikal, pesakit hanya bisa bertahan dalam jangka waktu 24 jam. Bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan Allah,” kata-kata doktor muda itu mengusik hati kecilnya.
“Terima kasih Ya Allah atas nikmat yang Engkau kurniakan kepada hamba-Mu ini. Berikanlah kesembuhan sepenuhnya kepada Zahir. Ikhlaskanlah hati kami dalam usaha menegakkan syiar agama-Mu. Jadikanlah kami insan yang selalu redha dalam menerima ketentuan-Mu dengan memuji-Mu baik dalam keadaan susah mahupun senang. Cukuplah Allah bagiku. Aku tidak memerlukan tempat bersandar yang lebih baik dari-Mu. Tiada tempat menggantung harapan yang terbaik selain dari-Mu, Ya ‘Aziz- yang Maha Perkasa,” hatinya tidak putus-putus memanjatkan syukur.
“Bantu dan bimbinglah hamba-Mu agar tidak tergelincir dalam lembah kemaksiatan. Amiinn..”
Zharif tersenyum. Dia mahu memulakan lembaran baru dalam kamus hidupnya. Episod silam dijadikan pengajaran agar lebih-lebih berhati-hati dalam menempuh pancaroba dunia. Cukuplah Allah bagiku.
 
TNB