Subscribe News Feed Subscribe Comments

SORI SYAITAN..HARI NI AKU MENANG!

Apakah kat tubuh badan ini yg menjadi hak milik kita

Rambut??

adakah stiap hari kita menetapkan berapa inci kepanjangannya bertambah..nak straight atau sedikit circle di penghujungnya..atau tarikh yg sesuai untuk rambut bertukar kaler putih(uban)

jawapannya sudah tentu tidak..sebab kita x boleh control

Ini menunjukkn sesuatu yang x boleh dkontrol ini bukanlah milik kita

Apa yg milik kita?

Ya.. hak memilih

Contoh..seandainya suatu detik ketika sedang studi tiba2 kita terasa nk main game..rasanya kita dah cukup besar untuk kita tau akan ada 2 consequence

A-letak target untuk main game sekadar 15 minit..bila melepasi 15 minit,terasa masa sangat sekejap..ya tambah lagi 5 minit...5 minit kemudian,baik,malam masih muda..apakata aku main sejam dua..kemudian malam nih x payah tido

kemudian bila terasa puas main..kita stop..dan semangat tuk studi juga akan hilang dgn sendirinya a.k.a MALAS

maka ...ahh tido la..esok masih ada

atau

B-NO,NO DAN NO...TIDAK BOLEH..pengorbanan meninggalkan ibu ayah jauh.. terlalu besar untuk aku bazirkan masa aku tuk main game..sedangkan mereka saban waktu merindukan aku,mendoakan aku...

Lalu,keluar sebentar ke bilik kawan(10 minit)..kemudian kembali meneruskan tanggungjawab..dan IA semakin bersemangat


Pilihla yg mana satu..nk trus hidup begini..hari2 menabung tompok hitam atau kita nk pastikan hati kita sentiasa bersih

Nk jadi org biasa atau luar biasa

nak terus bangun atau tidak

nak terus dgr kata syaitan atau

LAWAN!

sesungguhnya orang Mukmin itu apabila berbuat dosa akan ada di dalam hatinya bintik hitam, seandainya ia bertaubat, maka akan hilang bintik hitamnya; dan apabila ia menambah nescaya akan bertambah (bintik hitam tersebut), sehingga akan menutup hatinya” (QS Al-Muthafiffin [83]: 14)

Ya..mmg payah..nk lawan nafsu

Sbnrnya x pyh lawan pun...ALLAH bukannya zalim..lepas diberi tiba2 nk suruh kita buang

Tapi ALLAH suruh kita control

Dan nikmat kejayaan mgkontrol diri itu teramatlah besar...satu kejayaan yg terbesar..biar la bende tu bkn effect dunia pun..tapi yg penting kita dah melepasi satu tahap..berjaya tewaskan syaitan kali nih..YES!

Kita sentiasa ada 2 pilihan –NAK ke XNAK..ya biarpun kadangkala ada 5/6 pilihan spt ketika mjawab soklan mde(objektif)

Dan org yg tau memilih..slalunya kita katakn sbb hatinya boleh menapis


Ya itulah iman kita...kejayaan kita memilih yg baik tergantung pada iman kita hari nih

Samada semakin baik dari smalam..tau bagaimana

Namun jika diperhatikan,ada satu persoalan yg perlu kita selesaikan terlebih dahulu..

Iaitu LANGKAH PERTAMA

Sepertimana dalam karangan..introduction la bahagian yg paling payah sekali

Begitu juga dalam proses untuk kita meninggalkan perkara2 mungkar

Langkah pertama sangat sukar

Dan MUSUH utama LANGKAH PERTAMA ini adalah PENUNDAAAN

IMAM ALI pernah berkata:

"saat" itu hanya ada tiga, iaitu (yang) berlalu dan tak dapat diharapkan lagi, maka jadikanlah ia sebagai pelajaran; (yang) kini pasti adanya, jadikanlah ia peluang; dan yang akan datang, tapi ingatlah, boleh jadi ia akan menjadi milik orang lain. Pegang yang pasti, jangan diperdaya oleh esok, dan jangan pula menghadirkan keresahan esok ke hari ini. Kerana, yang demikian itu hanya akan menambah beban diri

Memang Benar sekali bila Islam melarang menunda tugas saat ini ke "sebentar lagi", juga amal ini ke "esok". Sebab, kita tidak tahu apa yang ada di balik "sebentar", "esok", atau "nanti" itu.

Maka bersegeralah..bila terdetik untuk melakukan amal kebaikan@meninggalkan amal kejahatan

Bimbang ALLAH tarik semula rasa nak buat

Bimbang kesempatan itu tidak berulang

Dan bimbang sekiranya tiada lagi hari esok


Gurau2 manja je la..


Assalamualaikum..

Hati ini tergerak untuk berkongsi bersama..
Demi kepentingan bersama..buat kita yang bergelar muslimah..

Persoalan yang ingin dikongsi,`Bagaimana pergaulan kita dengan lelaki?`
Adakah soalan ini sudah biasa kedengaran..
Sebab sudah `biasa`,ingin saya ingatkan lagi tentang perkara ini..


Situasi 1
YM dengan seorang `kawan biasa` yg bergelar lelaki..
Mr X = Salam...sehat?


Miss S = Salam..sehat alhamdulillah..


Mr X=ni nk bgtaw,hujung minggu ade meeting kat tempt biasa pkul 5.jgn lupe bgtaw bdk2 yg lain ye.


Miss S = InsyaAllah..nanti sye smpaikan..


Mr X = Byk perkara nk bncang nie..eh,awk xbalik umah ke hjung minggu nie??awk kan
ank manja..hahaha...

Miss S = Sye ank manja?tlg skit..awk tu pn sme..bla..bla..haha..blaa..


Mr X =ye la..ank manja slalu mcm nie..bla..bla..sush la
nanti da kawen..bla..bla..
hmm..situasi di atas sering kali terjadi...mule2 ym perkara penting,lpas tu,grau2 skit,lepas tu ape pulak..



Situasi 2

Berjalan2 di superindo(xde tempat lain ke)..tibe2..

Salmah = weh..ko lagi,xde org lain ke lagi?alang2 dh jmpe,blanja ah ktorg mkn skali..hehe



Ali =lah..ko lagi..hehe..jdoh kot..eh,nape lak ak yg blanja makn,ko lah..ko ni pn,asyik shopping je keje..


bertegur-sape antra lelaki dan perempuan sambil gelak2..dah biasa jadi kat diri anda?? `alaaa..grau2 je la..rapatkan `ukhwah`,bkan ape2 pn.lagipun tu kwan dri kecik lagi`..



Situasi 3

SMS masuk..(ape2 ringtone mengikut suke anda)...


`Salam.kat mne?nk bagi borng nie.`(Naruto)



`salam.kat luar nie.erm,nanti la bgi.`(sakura)



`oo..patt la tadi nmpak rmai2 kuar..pkai bju lebh krng sme..g nasyid eh??haha`(naruto)



`eh,mne taw nie..hehe..sje la..`(sakura)


hmm...mase nie,dua2 dh mule senyum sorg2..knape tersenyum?terhibur?terleka kejap?


Tiga situasi yang saya gambarkan di atas sering jadi dalam kehidupan kita.Gurauan yang di sangkakan sekadar untuk meraptkan ukhwah antra lelaki dan perempuan..

Sedarkah kiter,apa yang kiter lakukan ini telah mengurangkan lagi BATAS atau LINE pergaulan antara kiter dengan dia? Sedarkah kiter,gurauan yg `biasa` ini menjadikan kita seorang muslimah yg sudah tiada malu dalam diri? Sedarkah kita,gurauan kiter ini kdg2 telah merosakkan organ terpenting dalam dri iaitu hati?

`Bila kamu tiada malu,berbuatlah sesuka hatimu` (HR Bukhari)

Hati bila dah biasa dengan gurauan seperti ini,makin menghakis rsa malu antara kita. Lama2,mule `suke` dengan perasaan ini..pas tu..mula jatuh cinta..ye cinta.. tak mustahil..sbab kita manusia lemah..yang sangat lemah..

Ingatlah wahai saudara2 ku,kita adalah wanita muslimah ciptaan Allah dri rusuk lelaki.Diri kita dicipta dengan penuh keindahan.Biarlah kita digelar sombong mahu pun kolot di hadapan lelaki,tetapi biarlah kita menjadi seorang yang solehah,penyayang,mesra dan sebagainya di hadapan suami kita.hanya untuk SUAMI kita.

Semua ini adalah ujian dunia buat kita semua.Jangan jadikan perkara `biasa` ini merubah perspeksi kaum Adam terhadap kita.Terlalu mudah di bawa bergurau,terlalu mudah mendedahkan suara(dengan gelak tawa)..Seindah hiasan adalah wanita solehah..

Ye..diri ini sentiasa lalai.Diri ini sentiasa perlu diingatkan..Bile lagi nk merubah? `tunggulah dapat hidayah`..`alaa..sabar la..amek masa la..` sampai bile nk tunggu?sampai malaikat maut menjemput?tepuk dada tanya iman.. Jangan terlalu memanjakan diri anda..


`Islam itu indah`......

p/s= 1st time post entry..but will not be the last..i promise..(hehehe)


p/s 2 =trsa diri ini sangat terbuka dalam pergaulan..so,mengingatkan diri dan sahabat2 yg lain juga..


p/s 3 = lagi 2 minggu nak balik..yehhaaaa...lalala~


p/s 4=smlam miss B ade bgtaw,kiter tiada hak ke ats dri kita sbab kiter milik Allah.Tapi Allah
beri kita hak untuk memilih..macam CINTA. ye,satu fitrah dri Allah..xkan Allah kejam sangat ciptakan CINTA lepas tu sruh hambaNya buang cinta itu?Allah bagi kter pilihan untuk mengawal cinta itu.so,choose
your own pathway..u decide it!u all kan dh besar n bijak2.


p/s 5=nama2 di atas tiada kaitan dengan yg hidup mah
upun mati..kalo situasi
di atas tu,sape2 trasa,take it positively..hehe..

gempar!!!

Dibunuh Kerana Bertudung, Mengapa Berita Ini Ditutup?


Thursday, July 09, 2009: Seorang wanita Muslim Mesir di bunuh di dalam mahkahmah Jerman, apa anda fikir?
Assalamualaikum.

Kisah menyanyat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab. Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.U.D.U.N.G. !!

Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.

Anda tau apa berlaku sesudah itu?

Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4bulan...tragis bukan?

However last Wednesday, Alex stabbed her 18 times to death in a German courtroom after the judges announced she won the case against him, and that he had to pay 2,800 Euros as a fine for his previous insults. Lagi di sini.

Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwa yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....

...akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwa. Nah... ini baru betul2 tragis.

Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya berkesudahan ditembak.

Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan.

Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya." Ya, ini logik pada pandangan mereka. Tapi sesekali tidak bagi kita.

Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Ermm.. logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.

Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapa perlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China. Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.

Di angkat dari:
http://artofthoughts.blogspot.com/2009/07/soerang-wanita-muslim-mesir-di-bunuh-di.html

p/s-ayuh semua pemuda pemudi islam..kita bangkit!sudah terlalu lama kita berdiam diri,terus membiarkan satu persatu saudara kita ditindas
ya..sudah sampai waktunya kita lakukan sesuatu.....

beza Tenang dan Senang?

Dalam abjad rumi, huruf S dan T berjiran. Tapi bila jadi perkataan senang dan tenang, bunyinya boleh membuat orang yang baru belajar Bahasa Melayu atau orang pekak "confuse". Sebenaranya pakar bahasa Melayu dan orang yang tak pekak pun selalu "confuse" tentang dua perkataan nie. Buktinya, ramai orang mencari senang untuk mendapat tenang tak kira tau cakap Melayu atau tak, tak kira telinga pekak atau peka, sedangkan senang bukan syarat tenang.....



Orang tinggal di banglo besar, kita kata dia orang senang- tapi tak semua orang di banglo besar hidupnya tenang. Sebab tu pasang alat penggera dan ada juga yang mengupah pak guard untuk mengawasi rumahnya. Bukan kerana senang tapi kerana tak tenang. Takut dan bimbang setiap masa kalau-kalau waktu kita masuk ikut pintu depan, pencuri dan penyamun masuk ikut pintu belakang.Buat dosa juga senang, tapi side-effectnya membuat hati jadi tak tenang, resah gelisah. Kerja mengata orang misalnya, boleh dibuat dengan senang. Gerakkan lidah, betulkan makhraj dan keluarkan bunyi dari mulut. Tapi lepas tu.... hati dilanda serba salah dan serba tak tenang.Yang payahnya, orang nak nampak tenang dengan senang.


Tenang tu berharga.... perkara berharga tidak akan dapat dimiliki dengan bersenang-senang. Nak kunyah agar-agar pun berpuluh-puluh otot yang perlu bekerja!Senang itu nampak di mata sedangkan tenang dirasai oleh hati. Banglo besar bolah dilihat dengan mata, kereta besar boleh dilihat dengan mata, wang banyak dan orang gaji yang ramai boleh dilihat dengan mata.... segala yang berbentuk lahir dapat dilihat dengan mata atau disentuh oleh pancaindera.


Tapi tenang hanya dapat dirasai oleh hati.Bila hati tenang, tempat yang sempit terasa lapang.... tapi bila hati resah, padang bola pun terasa menghimpit seperti lif yang penuh sesak.Tenang hanya dapat dimiliki dengan zikrullah mengingati Allah.


Bila sebut zikrullah, kita selalu bayangkan duduk ditikar sembahyang dan baca ayat zikir bejam-jam. Sebab itu kita merasa pelik kalau dikatakan zikrullah boleh buat hati tenang. Kerana ramai orang yang dah berzikir tapi tetap tak tenang. Di mana salah dan silapnya?Tenang itu dirasa oleh hati, oleh itu kalau zikrullah hanya disebut dimulut. hati tak akan terkesan.



Zikrullah dengan hati, memahaminya dan menghayati.... mengingati Allah alam setiap detik perjalanan hidup-itulah hakikat zikrullah. Kalau sekadar membaca " Alhamdulillah " beribu kali tapi hati tak ingat Allah itu dikatakan berzikir, maka silap tekaan kita. Sekadar baca ayat zikir, rasanya burung kakak tua pun boleh buat kalau dilatih tiap-tiap hari.


Hanya hati yang bergantung sepenuhnya dengan Allah dapat merasa nikmat tenang. Bagaimana boleh tenang kalau lidah menyebut "Alhamdulillah " tapi hati berkata " Tak patut Allah tak makbulkan doa aku".Bila ingat Allah ketika susah, Allah akan berikan ketenangan. Bila lupa Allah ketika senang, Allah cabut rasa tenang di hati. Bila ingat Allah diwaktu susah dan senang, hati tetap tenang.Lebih baik dapat tenang daripada senang.


Tapi kalau dapat dua-dua lagi OK!!!!WALLAHU'ALAM....=)



-->dipetik dari:
http://mkmm79.blogspot.com/search/label/Tazkirah
 
TNB