Subscribe News Feed Subscribe Comments

SORI SYAITAN..HARI NI AKU MENANG!

Apakah kat tubuh badan ini yg menjadi hak milik kita

Rambut??

adakah stiap hari kita menetapkan berapa inci kepanjangannya bertambah..nak straight atau sedikit circle di penghujungnya..atau tarikh yg sesuai untuk rambut bertukar kaler putih(uban)

jawapannya sudah tentu tidak..sebab kita x boleh control

Ini menunjukkn sesuatu yang x boleh dkontrol ini bukanlah milik kita

Apa yg milik kita?

Ya.. hak memilih

Contoh..seandainya suatu detik ketika sedang studi tiba2 kita terasa nk main game..rasanya kita dah cukup besar untuk kita tau akan ada 2 consequence

A-letak target untuk main game sekadar 15 minit..bila melepasi 15 minit,terasa masa sangat sekejap..ya tambah lagi 5 minit...5 minit kemudian,baik,malam masih muda..apakata aku main sejam dua..kemudian malam nih x payah tido

kemudian bila terasa puas main..kita stop..dan semangat tuk studi juga akan hilang dgn sendirinya a.k.a MALAS

maka ...ahh tido la..esok masih ada

atau

B-NO,NO DAN NO...TIDAK BOLEH..pengorbanan meninggalkan ibu ayah jauh.. terlalu besar untuk aku bazirkan masa aku tuk main game..sedangkan mereka saban waktu merindukan aku,mendoakan aku...

Lalu,keluar sebentar ke bilik kawan(10 minit)..kemudian kembali meneruskan tanggungjawab..dan IA semakin bersemangat


Pilihla yg mana satu..nk trus hidup begini..hari2 menabung tompok hitam atau kita nk pastikan hati kita sentiasa bersih

Nk jadi org biasa atau luar biasa

nak terus bangun atau tidak

nak terus dgr kata syaitan atau

LAWAN!

sesungguhnya orang Mukmin itu apabila berbuat dosa akan ada di dalam hatinya bintik hitam, seandainya ia bertaubat, maka akan hilang bintik hitamnya; dan apabila ia menambah nescaya akan bertambah (bintik hitam tersebut), sehingga akan menutup hatinya” (QS Al-Muthafiffin [83]: 14)

Ya..mmg payah..nk lawan nafsu

Sbnrnya x pyh lawan pun...ALLAH bukannya zalim..lepas diberi tiba2 nk suruh kita buang

Tapi ALLAH suruh kita control

Dan nikmat kejayaan mgkontrol diri itu teramatlah besar...satu kejayaan yg terbesar..biar la bende tu bkn effect dunia pun..tapi yg penting kita dah melepasi satu tahap..berjaya tewaskan syaitan kali nih..YES!

Kita sentiasa ada 2 pilihan –NAK ke XNAK..ya biarpun kadangkala ada 5/6 pilihan spt ketika mjawab soklan mde(objektif)

Dan org yg tau memilih..slalunya kita katakn sbb hatinya boleh menapis


Ya itulah iman kita...kejayaan kita memilih yg baik tergantung pada iman kita hari nih

Samada semakin baik dari smalam..tau bagaimana

Namun jika diperhatikan,ada satu persoalan yg perlu kita selesaikan terlebih dahulu..

Iaitu LANGKAH PERTAMA

Sepertimana dalam karangan..introduction la bahagian yg paling payah sekali

Begitu juga dalam proses untuk kita meninggalkan perkara2 mungkar

Langkah pertama sangat sukar

Dan MUSUH utama LANGKAH PERTAMA ini adalah PENUNDAAAN

IMAM ALI pernah berkata:

"saat" itu hanya ada tiga, iaitu (yang) berlalu dan tak dapat diharapkan lagi, maka jadikanlah ia sebagai pelajaran; (yang) kini pasti adanya, jadikanlah ia peluang; dan yang akan datang, tapi ingatlah, boleh jadi ia akan menjadi milik orang lain. Pegang yang pasti, jangan diperdaya oleh esok, dan jangan pula menghadirkan keresahan esok ke hari ini. Kerana, yang demikian itu hanya akan menambah beban diri

Memang Benar sekali bila Islam melarang menunda tugas saat ini ke "sebentar lagi", juga amal ini ke "esok". Sebab, kita tidak tahu apa yang ada di balik "sebentar", "esok", atau "nanti" itu.

Maka bersegeralah..bila terdetik untuk melakukan amal kebaikan@meninggalkan amal kejahatan

Bimbang ALLAH tarik semula rasa nak buat

Bimbang kesempatan itu tidak berulang

Dan bimbang sekiranya tiada lagi hari esok


1 comments:

pak cik ojeg said...

Assalamualaikum..
best2..
betul2 kena lawan!!

jihad~
:)

salam mujahadah utk smua..
rindu kamu semua!

 
TNB