Subscribe News Feed Subscribe Comments

janji.bercakap bila kali terakhir kita mengungkap janji?adakah janji itu kita tepati? tiba-tiba sahaja rasa mahu menulis tentang janji.Mungkin saya juga ada mengingkari janji,tidak menepati janji.di sini Dari hati yang tulus ikhlas saya mohon ampun maaf pada siapa sahaja,mungkin ada janji yang tak saya tepati,yang terlafaz tanpa saya sedari.eh ada ke orang janji tapi tak sedar?mestilah ada.ada janji dibuat untuk menyedapkan dan menyenangkan hati orang,pengakhirnya,janji tinggal janji.Malu bukan bila orang melabel kita"ala kamu cakap je,last2 mesti tak buat".hah,mesti segan malu geram sakit hati kan bila sudah terlabel. tapi salah sendiri juga sebab tak menepati janji.=)

Biarlah post ini jadi peringatan khususnya buat saya,moga ada manfaat buat kalian.Lagipun kalau ini dipendam dan ditakung,saya takut nanti jadi busuk,tak mengalir membawa penyakit pula.


ada apa dengan janji?

kita ambil contoh perkara yang rutin kita lakukan.semua yang muslim itu solat,sembahyang.Dan dalam solat itu sendiri kita berjanji..ada beberapa janji yang kita lafazkan ketika solat.siapa yang tau angkat tangan?hoh,ramai nak jawab.ambil seposen sorang eh,boleh beli cekelat.haha.


ada janji yang kita lafazkan di permulaan solat, dalam doa iftitah,


"Sesungguhnya solatku,hidupku,matiku hanya kerana Allah taala".

sudah ingat?mari kita lihat pula janji kedua.


"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain ALLAH dan Muhammad itu pesuruh Allah"


mungkin ada yang terlepas pandang,mungkin ada yang memandang dan buat-buat tidak perasan,mungkin ada yang memang tidak tahu,dan mungkin juga ada yang tak pernah ambil tahu.


lafaz-lafaz ini tidak hanya kita baca sebagai rukun untuk meng'sah'kan solat, kalau tidak untuk apa kita disuruh membacanya.kerana maksud di sebaliknya. di situ terletak janji kita kepada Dia.Allah yang Esa.


As-Saff [61:1-3]


"Apa yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah,dan Dialah Maha perkasa,Maha bijaksana. Wahai orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan.."


kalimah Lailahaillallah yang selalu meniti di bibir indah setiap makhluk,menetapkan satu ikrar dan sumpah kita terhadapNya. tiada Tuhan selain Allah swt. Muhasabah kembali,adakah setiap perlakuan,tindakan dan gerak kerja kita Lillahi Taala? kita tidur,makan,minum,belajar,bercakap..dalam apa saja adakah benar kita kembali merujuk kepadaNya?

kalau mahu diulas panjang tentang lillah itu sahaja,rasanya cukup panjang untuk dihuraikan.hebat bukan?satu perkataan sahaja tu,perlu beratus ayat untuk menjelaskan.ternyata kalam Allah itu sangat luas pengertiannya.Allahuakbar.


Al-A'raf [7:172]
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi anak cucu Adam keturunan mereka,Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka lalu berfirman; 'bukankah Aku ini Tuhanmu? mereka menjawab, 'Betul,Engkau Tuhan kami,kami bersaksi'. kami lakukan itu agar nanti di hari kiamat kamu tidak mengatakan, 'sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini".

dalam rahim,roh telah berjanji kepada Allah untuk mengEsakan Allah..Hanya dia yang satu,dan bila kita menyembah Allah dengan sebenar-benarnya,pastilah taat kita seperti orang yang bercinta.biar kita mencapai tahap mencintai Allah sehingga tanpa Allah,makan kita tak kenyang,tidur kita tak lena. dah namanya bercinta dan kalau kita kata cinta,berperilaku lah seperti cinta sesungguh-sungguhnya kan?


Dan bukankah mengingkari janji itu salah satu ciri-ciri orang munafik? ada tiga perkara ciri-ciri orang munafik yang patut kita elakkan.nauzubillah.



  1. amanah dikhianati


  2. dusta dalam berbicara


  3. janji diingkari

Saya ada terjumpa ini --> dalam bahasa hadis, janji disebut sebagai hutang.kerana itulah,janji harus dilunasi,dipenuhi. Bila kita berhutang wang contohnya,bukankah kita akan rasa malu dan segan kalau tidak melunaskan?Setiap hari terbayang-bayang,stick notes bertempek di mana-mana kalau ada saja hutang. Habis dilunaskan,lega dan lapang dada.


Malulah kalau kita sudah berjanji pada Allah,dari dalam rahim lagi kita sudah berjanji manis dengan Allah. Alih-alih,sudah dapat menghirup oksigenNya tiap-tiap hari,sudah dapat hidup dengan aman damai dan selesa, janji kita kepada Allah kemana? jangan lupa diri,jangan lupa asal kejadian, jangan lupa siapa kita yang kerdil, jangan lupa yang Allah itu yang menciptakan kita.



janji pada diri sendiri juga ada.Dan tidak kurang pentingnya.Contoh mudah saya ambil,apatah lagi kita semakin menghampiri musim exam. Sehari kita pasti merancang dan berjanji kepada diri sendiri dengan penuh semangat.."hari ini nak habiskan topic 1 2 3..nak baca anat patho,nak buat notes pasal ini itu ini.." cuba cek balik di penghujung hari,tertunaikah janji kita pada diri kita sendiri?amalkan meneati janji kepada diri sendiri,lebih mudahlah kita menepati janji kepada orang lain.
orang juga boleh sebut itu sebagai disiplin diri, tak kisahlah apa pun,yang penting kita sudah berjanji,dan kita harus tepati.
jangan biarkan kita terkenal dengan 'janji melayu'. saya kurang gemar kalau janji melayu itu disebut.macam melayu sajalah yang selalu tak menepati janji.kalau melayu tu ada darah jawa,cina,india, tak boleh ke sebut janji melayu jawa,janji melayu india?hah,melencong sudah.=)

jangan amalkan ini: adik menangis,kita pujuk-pujuk,kejap lagi kita gi kedai ye.sampai esok tak de pun nak gi kedai. kasihan adik.hehe.

setop dulu ya.moga bermanfaat.yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.=)

contoh teladan

Alhamdulillah pada jumaat,sabtu dan ahad lepas saya dan beberapa rakan telah berjaya mengadakan 'lawatan' sambil belajar :D

banyak yang kami pelajari sama ada dari perjalanan pergi,
semasa berada di lokasi kejadian
dan dalam perjalanan pulang..

seronok!

moga perjalanan dan program ini bukan sahaja menambah ilmu di kepala
malah menambah ukhuwwah kita :)

terlalu banyak yang ingin dikongsi..
tapi masa tak banyak utk type kat blog ni..
(nanti abah marah kalau tau main blog lame2 :p )

tapi salah satu perkara yang nak dikongsi adalah berkaitan dengan
QUDWAH sebelum DAKWAH

definisi Qudwah yang diberi adalah
apa-apa perkara/perbuatan yang diikuti dan kita biasa dengan perkara tersebut.
dalam erti kata lain contoh atau tauladan.

berkata Syed Qutb
"sesungguhnya Al-Quran yang ada pada umat islam ini
telah ada pada genggaman kita.
begitu juga hadith Rasulullah SAW"

namun sayangnya,
peribadi baik Rasulullah itu tidak ada di kalangan kita sekarang..

menjadi dai'e
atau lebih santai orang yang menyampaikan
adalah satu kemestian dan bukannya pilihan..

kita perlu ingat..
kita bukanlah menyampaikan ceramah semata-mata..
atau tazkirah dan kuliah subuh/maghrib sahaja..
tetapi menyampaikan apa-apa sahaja yang baik
dan insyaAllah yang akan menuju ke arah kebaikan..

ok, back to topic kita :D
QUDWAH..

apa yang perlu dijadikan teladan bagi seorang da'ie??

ada 5 teladan yang ingin dikongsikan..

1.Teladan dalam aqidah dan iman
aqidah dan iman adalah perkara paling penting
yang perlu dititikberatkan..

para da'ie perlu sepakat
aqidah dan iman hanya SATU..
tiada toleransi~

kalau dari segi ibadah dan fiqah,
mungkin ada beberapa pendapat berbeza..
itu dibolehkan..namun kalau bab kepercayaan dan ketauhidan,
maka islam hanya membawa satu ajaran sahaja
iaitu apa yang terkandung dalam rukun iman n islam..

kalau cara nak pakai tudung..
itu lantak kome la..
yang penting tutup aurat!
ok? :)

2. Tealadan dalam akhlak
menunjukkan akhlak yang baik
merupakan salah satu cara berdakwah yang sgt bagus!

well, rasanya semua pernah dengar kata-kata
"action speaks louder than words"

apa maksudnya?

perbuatan kita aka akhlak lebih memainkan peranan berbanding
apa yang kita katakan..

ada kisah rasulullah di mana baginda memerintahkan umatnya melakukan
ibadah menyembelih binatang ternak dan bercukur rambut
(kalau tak silap selepas haji)
namun umatnya tidak mengikut perintah tersebut..
namun apabila baginda sendiri yang melakukannya
(atas nasihat isteri baginda)
semua umat islam mengikut baginda lalu melakukan perkara yang sama..

ini menunjukkan perbuatan kita lebih memberi kesan
berbanding bercakap semata-mata..

3.Teladan dalam ilmu
-seorang da'ie adalah guru pada muridnya-

penyampai perlulah berilmu bukan?
kalau dia tidak berilmu bagaimana mahu memberi ilmu
pada orang lain??

sebab inilah islam amat menekankan
menuntut ilmu..

sehinggakan darjat orang yang berilmu adalah amat tinggi di sisi Allah..

dan wahyu pertama yang diturunkan pada Nabi Muhammad SAW juga adalah
arahan agar menuntut ilmu..

"seorang da'ie perlulah TAMAK kepada ilmu,
dekat dengan mata airnya (sumber ilmu)
menghormati ahlinya,
bersungguh dalam menuntutnya,
tak lelah/penat memikulnya"

apa sahaja peluang yang wujud,
rebutlah!

4.teladan dalam amall dan ibadah
menunjukkan contoh yang baik dalam menjaga ibadah
solat awal waktunya,
bukanlah melengah-lengahkannya..
menjaga adab-adab sesama manusia..
dan banyak lagi~


5. teladan dalam keluarga

terdapat satu kisah tentang Saidina Umar,
di mana anaknya telah melakukan kesalahan meminum arak
dan berzina..

lalu beliau menjatuhkan hukuman yang sepatutnya kepada anaknya
tanpa mengurangkan walau sedikit..

kerana bagi Umar, biarlah anaknya dihukum didunia dan berharap agar dosanya dihapuskan dan tidak disiksa di akhirat nanti..

tegas dan adil amatlah perlu dalam membina keluarga yang baik..
bergurau senda juga perlu kerana nanti tiada rasa mahabbah (kasih sayang)..
kerana Rasulullah sendiri adalah contoh terbaik terhadap keluarga, anak dan cucunya..
dan baginda sendiri sering bergurau senda sesama ahli keluarganya :)


p/s: manusia secara fitrahnya suka pada orang yang peramah..maka para da'ie sekalian, cubalah untuk menjadi seramah mungkin..dan pada mereka yang ternampak kesalahan para da'ie yang 'kurang' ramah ni, tegurla..jangan cakap2 belakang kerana itu takkan mengubah beliau :)

p/s2: khusyu' dalam ibadah yang penting bukan sahaja sewaktu beribadah tetapi juga kesan yang ditunjukkan selepas beribadah..contohnya, selepas solat, amalan dan perbuatan kita macm mana?? lebih baik, lebih buruk atau sama sahaja?

p/s3:percaya atau tidak..kita semua adalah da'ie!! menyampaikan walau satu ayat kebaikan menjadikan kita seorang da'ie (penyampai) :) jadi, teruskan usaha!! chaiyoooooooook!

p/s4:suruh org belajar time2 nak dekat exam ni pun menjadikan kita seorang penyeru kepda kebaikan..kan?? so yuk blajar~~

wayang


Dua tiga minggu yg lepas,telah diadakan satu iftar bertempat di bale 4(cam asrama) yg di organized oleh budak2 batch 08..program iftar ini kalo ader yg blum tahu.. adalah di mana kita berbuka puasa ramai2..biasanya dibuat hari khamis...(ala2 karangan laporan lak)

Biasanya kami akan makan berkumpulan atas daun pisang(sbb xde talam)..tapi hari tu sbb mcm2 hal yg berlaku..terpaksa makan dgn gaya nasi bungkus

Sebenarnya main agendanya adalah program lepas tu...iaitu tayangan

Tayangan ini diminta oleh senior utk dipertontonkan...sudah agak lama sebenarnya...dan iftar ni pun dah banyak kali ditunda

Pada awalnya pihak yg uruskan bahagian tayangan nk buat tayangan lain(xnk pasang crita nih..mgkin sbb rasa x sesuai kot)..tapi disaat2 akhir...Alhamdulillah filem WAYANG dpt jua ditayangkan

Cerita ni mengisahkan wayang kulit..dan dia punye language pun unik..menggunakan dialek kelate sbg bahasa perantaraan

Dari awal sampai habis ..memang yang dilihat kepincangan demi kepincangan..pengajaran yg baik yg boleh diambik pun rasanya..adalah sebijik dua(kalo yg leh dilihat secara direct)

Namun sbg seorang manusia yg dikurniakan akal..seharusnya kita perlu bijak ...kene pandai berfikir...fikir out the box...bukan hanya secara direct .

Begitu juga dalam berdakwah..x boleh hanya dgn satu hala jer...sempit,terlalu rigid dan sungguh membosankan

Asal nama jer program keagamaan...mesti nk buat ceramah agama(dan yg dtg pun muka2 sama)..bukannya salah..Cuma kadang2 kita perlu kreatif..sbb yg kita nk tarik nih dari pelbagai background..dan kita nak tarik seramai yg mgkin

Kalo dilihat spt apa yg dibuat oleh HASAN AL BANNA...bliau keluar berdakwah dekat kedai2 kopi..asal x pegi jer berdakwah kat masjid..msti org kat situ nk dgr,,kan?

Sebab buat apa kita nk berdakwah pada org yg sudah berpegang pada ajaran islam(baik)..sedangkan ramai lagi kat luar tu yg namanya islam tapi x kenal islam.

baik

wayang ini mengisahkan tentang pak awe yg begitu mempertahankan seni wayang kulit..mempunyai sorang isteri dan 3 orang anak yg dua daripadanya adalah anak angkat..dua anak angkatnya(melor dan..luper lak nama mamat nih) begitu meminati wayang kulit dan mereka dilatih utk main wayang kulit...manakala anak lelaki kandungnya(skolah agama)tidak berminat malah slalu meminta ibunya menasihati ayahnya berhenti main wayang kulit...watak antagonist dalam filem ini adalah sorg ustaz yg juga berhubungn darah ngn pak awe yg kerjanya selalu mnsabotaj..

utk ketahui kesudahan cerita ini....silalah anda menontonnya

Berbalik semula ngn wayang kulit

wayang kulit ini terkenal di area pantai timur..lebih spesifik lagi di negeri Kelantan darul naim..

selepas 1990..iaitu slepas beralih kuasa pemerintahan...kerajaan Kelantan telah mengharamkan terus permainan wayang kulit

ramai yg mempertikaikan memandangkn ini adalah warisan nenek moyang turun temurun

mengharamkannya bererti membunuh satu lagi seni warisan org melayu

bak peribahasa biar mati anak jangan mati adat

namun harus diingatkan wahai hamba2 ALLAH sekalian...

mana yg lebih utama

islam@adat

sekiranya kita singkap kembali sirah nabi junjugan kita..sekiranya adat nenek moyang itu yg lebih utama...mengapa baginda menghancurkan semua berhala2 di sekelilng kota mekah..itukan warisan sejak nenek moyang lagi..

kenapa???

Kerana

Ia bercanggah dgn islam

Cerita yg dimainkan dalam wayang kulit ini berkisarkan tentang kisah Ramayana mahabrata...cerita yg terkandung dalam kitab2 hindu..yg dicedok tanpa diubahsuai

Tambahan lagi biasanya seblum wayang kulit ini dimainkan,akan diadakan upacara pemujaan

Sememangnya asal2nya wayang kulit ini ....x salah dimainkan

Namun ia jadi haram setelah bercampur dgn unsur2 yg bertentangan dgn islam

Seperti sekawah gulai daging lembu,namun tiba2 dicampakkn seketul daging khinzir yg sebesar dadu

Daging lembu..meskipun halal dimakan...namun hnya kerana dging khinzir trsebut maka menjadikannya haram dimakan..

Walau sekecil manasekalipun,namun skiranya ia bercanggah dgn islam..maka haram lah hukumnya

Pengiat2 seni x usah memberontak...yg harus difikirkan sekarang bagaimana cara utk mengolah kembali seni wayang kulit..supaya ia dapat diterima dalam islam

Perlu lebih kreatif..bukan sekadar mencedok seratus peratus...malah diperhalusi agar sesuai ngan islam dan ciri2 ketimuran

Bukan kah lebih baik skiranya kisah sejarah kegemilangan tamadun islam yg diketengahkan..kita ada tamadun uthmaniah,abbasiyah ,umayyah..terlalu banyak

Begitu juga dgn para pendakwah..sesuatu harus difikirkan...dalam keadaan masyarakat yg terlalu suka berhibur..agak sukar rasanya sekiranya masih lagi menggunakan method2 lama

Perlu tingkatkan lagi kesedaran terhadap keadaan sekitar dan tingkatkan kefahaman kita terhadap berbagai teknik dan taktik masa kini

Kita tingkatkan lagi pengetahuan kita tentang peradaban dan budaya masa kini dan mempraktikkan peradaban dan kebudayaan/tradisi itu dgn tujuan utk menguji dan memilih

KERANA

Mana mungkin kita dapat tentukan sesuatu yg patut kita ambil dan sesuatu yg patut kita tinggalkan melainkan setelah kita kuasainya dgn pengetahuan dan pengalaman

Seharusnya kita tingkatkan pengetahuan kita tentang hakikat kehidupan manusia dan keperluannya yg hakiki yg sentiasa berubah2.

Kita tolak apa yg patut ditolak dari kebudayaan(tradisi) itu dan kita ambil apa yg patut kita ambil..

Masyarakat kita adalah masyarakat yg suka berhibur

Jadi mungkin kita boleh lakukan sesuatu dgn memanipulasikan hiburan itu sendiri...??


40 hadith

40 Hadiths of Hazrat Muhammad (PBUH) 40 Hadiths of Hazrat Muhammad (PBUH) Abdul Rehman

sharing is caring! ^^
p/s: ini dapat dari email group.

ikatan

yang tengah tudung coklat itu imanDsoul :p
[klik untuk besarkan gambar]

adalah menjadi kesalahan
jika dalam ukhwah tak ada saling menasihati
hanya kerana kita bersangka baik kepada saudara

dan adalah kesalahan terbesar
jika kita enggan saling menasihati
hanya agar kita sendiri tetap
merasa nyaman berkawan kesalahan

subhanallah, di jalan cinta para pejuang
nasihat adalah ketulusan
kawan sejati bagi nurani
menjaga cinta dalam redhaNya

-salim a. fillah-

assalamualaikum

di sini saya ingin berkongsi sesuatu.

dari Abu Hurairah ra. Rasulullah saw. beliau bersabda,

ada seseorang yang mengunjungi saudaranya di luar kampung, lalu Allah mengutus Malaikat untuk mencegatnya di tengah jalan. Ketika orang itu datangMalaikat bertanya kepadanya, 'Hendak kemanakah anda?'

ia menjawab. 'saya ingin mengunjungi saudara saya di kampung itu'

malaikat bertanya lagi, 'apakah ada sesuatu nikmat dunia [hutang] yang ingin engkauu kembangkan?'

ia menjawab. 'Tidak, namun saya mencintainya kerana Allah'

malaikat berkata, 'sesungguhnya saya adalah utusan Allah [untuk menyampaikan berita] bahawa Allah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu keranaNya.'

[h.r. Muslim]


pernah terfikir yang kadang-kadang kita tidak menyenangi sahabat kita entah kenapa. terasa jauh, cepat tersentuh walaupun tiada apa pun yang berlaku. walaupun kawan kita itu tiada apa salahnya.

teringat sabda Rasulullah SAW

tidak beriman seseorang itu sehingga dia menyayangi saudaranya melebihi dirinya sendiri.


terpana. iman? betapa Rasulullah mementingkan ukhwah di antara sahabat. bersaudara.

setiap orang mempunyai ujian atau dugaan dalam hidup. setiap episod mempunyai kisah tersendiri. ada yang di uji dengan masalah kewangan, ada juga dengan masalah pelajaran, masalah kesihatan dan banyak lagi.

bagi seorang yang dikelilingi dan hidup dengan kawan-kawan bermasalah dengan hubungan antara sesama kawan. ada orang diuji dengan orang yang membencinya, tapi Allah boleh menguji seseorang dengan sahabat yang paling dia rapat. oh, bagi saya ini sangat menyedihkan. seorang yang rapat dengan kita tiba-tiba jauh. lebih-lebih lagi musim periksa. semua beremosi dan semua mudah tersentuh.

apa solusinya?

lihat pada diri
cari sebab dan rawatannya
lapangkan dada walau apa pun berlaku

HATI

dimana letaknya hati. iman.

tidak beriman seseorang itu sehingga dia menyayangi saudaranya melebihi dirinya sendiri.

saya sering melihat tulisan-tulisan di status dan di blog-blog tentang kemanisan ukhwah sesama muslim, ukhwah di jalan Allah. berukhwah kerana Allah. *tersenyum*

buat saya terfikir sejenak. hubungan satu ikatan itu setakat manakah keberkesanannya sekiranya ianya sekadar satu hala. maksudnya, adakah satu persahabatan itu terasa manisnya sekiranya satu pihak memberi kasih dan satu pihak hanya menerima?

tidak beriman seseorang itu sehingga dia menyayangi saudaranya melebihi dirinya sendiri.


lebih-lebih lagi satu ikatan persaudaraan yang bersama dalam berjuang di atas satu jalan yang sama. kata seorang naqibah, adab dan cara bercakap dengan sahabat seperjuangan sepatutnya lebih baik dan lebih lembut berbanding dengan kawan-kawan biasa. fuiyo~

saya juga sering tersilap. mungkin kerana karat jahiliyah itu belum cukup dibersihkan. cuba untuk berlembut 110%. dan selalu bimbang sekiranya diri menjadi fitnah dalam dakwah. bila jauh dari sahabat, terasa sangat diri sangat lemah.

satu kemanisan ukhwah itu dapat dirasa apabila kita bersama. solat bersama dan hati bergetar ketika solat berjemaah bersama. mendengar salah seorang sahabat mengimamkan dan berzikir bersama. dapat rasa diri semakin dekat dengan Allah apabila kita sebaris dan saling mendukung satu tanggungjawab bersama. kerana KITA adalah SATU.

ya Allah, kukuhkan lah ikatan kami. kekalkanlah rabithah ini hingga akhir hayat kami.

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayaMu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

kata abu saif "erti hidup pada memberi" dan siapakah yang dulu 'memberi' dalam satu ikatan hati?

p/s: sengaja ulang hadith untuk ingatkan diri banyak kali ketika menulis

p/s2: maaf susunan penulisan agak tunggang langgang kerana menulis di waktu berbeza dan bersambung-sambung mood pun berbeza. ^^

p/s3: saya sangat sayangkan sahabat-sahabat saya.

klik untuk besarkan gambar

Ghibah

just sebagai peringatan~

Berdasarkan dalil-dalil berkenaan Ghibah, para ulama dan sebahagian besar mereka bersepakat bahawa secara umumnya mengumpat(Ghibah) adalah haram .


Ghibah dibolehkan untuk tujuan yang sah mengikut syari’at, di mana ada permasalahan yang tidak dapat diselesaikan kecuali hanya dengan melakukan ghibah tersebut. Ini adalah berdasarkan kepada perbuatan Rasulullah yang membenarkan dan tidak melarang Ghibah pada keadaan tertentu seperti yang disebutkan dalam dalil-dalil di bawah. Terdapat enam situasi yang membolehkan Ghibah dilakukan:

1. Mengadukan kezhaliman (at-tazhallum).

Boleh bagi orang yang dizalimi untuk mengadukan kezaliman yang menimpa dirinya kepada penguasa, qadhi, atau yang memiliki kekuasaan hukuman ataupun pihak yang berwajib lainnya. Ia dapat menuntut keadilan ditegakkan, misalnya dengan mengatakan Si Fulan telah melakukan kezaliman terhadapku dengan cara seperti ini dan itu

2. Permintaan bagi membantu mencegah kemungkaran dan mengembalikan pelaku maksiat ke jalan yang benar (al isti’ânah ‘ala taghyîril munkar wa raddal ‘âshi ila ash shawâb).

Seseorang itu boleh menceritakan kepada orang yang boleh diharapkan untuk mencegah kemungkaran dengan cara menerangkan si Fulan telah melakukan itu atau ini dan sekaligus menyelamatkan fulan tersebut dari kemaksiatan dan kemungkaran. Dengan kata lain, maksud penceritaan itu mesti menuju kepada terhapusnya suatu kemungkaran. Jika pengaduan itu tidak bertujuan untuk mencegah kemungkaran, maka hukumnya adalah haram.

3. Permintaan fatwa (al istiftâ`).

Misalnya, seseorang mengatakan kepada seorang mufti (pemberi fatwa), ayahku (atau saudaraku atau suamiku atau fulan) telah menzalimi aku dengan cara begini. Lalu apa yang harus aku lakukan padanya?; Bagaimana cara agar aku terlepas darinya, mendapatkan hakku, dan terlindung dari kezaliman itu? Atau apa sahaja pertanyaan yang seperti itu. Maka hukumnya boleh jika diperlukan. Tetapi lebih tepat dan lebih afdal jika ia mengatakan, bagaimana pendapat anda tentang orang atau seseorang, atau seorang suami yang telah melakukan hal seperti ini? Oleh itu, ia akan dapat memperoleh jawapan tanpa perlu menceritakan perinciannya iaitu tanpa perlu menyebut siapa orangnya dan sebagainya. Meskipun demikian, tetap dibolehkan untuk melakukan perincian (at ta’yîn).

4. Mengingatkan kaum muslimin agar sentiasa berwaspada terhadap suatu keburukan dan menasihati mereka (tahdzîrul muslimîn min asy syarr wa nashîhatuhum)..

Terdapat beberapa situasi antaranya adalah:-

~ menceritakan keburukan sifat orang yang memang perlu disebutkan keburukannya (
jarhul majrûhîn) iaitu dari kalangan para perawi hadis dan saksi-saksi (di pengadilan, dsbnya)

~ meminta pandangan atau pendapat (
musyawarah) tentang seseorang calon suami/isteri yang bakal di nikahi (mushâharah), kerjasama, memutuskan kerjasama, mua’amalat dan lain sebagainya, atau tentang hubungan kejiranan.

~ jika seseorang melihat orang lain yang belajar agama pada orang yang berbuat bidaah atau orang fasik dengan niat untuk mendapatkan ilmu dari pelaku bidaah dan orang fasik tersebut, lalu dengan itu dikhuatiri ia akan mendapat kemudaratan, maka ia mesti menasihatinya dan memberikan penjelasan mengenai keadaan sebenarnya.

5. Seseorang yang memperlihatkan secara terang-terangan (al- mujâhir) kefasiqan atau perilaku bidaahnya

Memperlihatkan perbuatan minum arak, merampas barangan, mengambil ufti( memberi wang, emas dan sebagainya kepada yang berkuasa), pengumpulan harta secara zalim, memimpin dengan sistem yang batil iaitu selain dari sistem Islam dan sebagainya. Maka ini boleh untuk disebutkan kerana perbuatan itu dilakukan secara terang-terangan (mujâharah). Namun bergitu, hal-hal lain yang merupakan aib yang disembunyikan tidak boleh untuk diceritakan melainkan tujuannya adalah seperti yang telah disebutkan sebelum ini.

6. Panggilan nama atau gelaran(at-ta’rîf).

Jika seseorang itu telah dikenali dengan nama
laqab (panggilan atau gelaran) seperti al-A’masy (Si Mata Rabun) atau al-A’raj (Si Tempang), atau al- Ashamm (Si Pekak), al-A’maa (Si Buta), al-Ahwal (Si Juling), dan sebagainya maka mereka boleh digelar dengan panggilan tersebut namun diharamkan untuk menyebut kekurangannya yang lain. Akan tetapi adalah lebih baik sekiranya gelaran-gelaran ini tidak di gunakan untuk memanggil seseorang dan dihindari dari di gunakan.

so..kesimpulannye, kalau tade sebab takperlu laa kita isi masa lapang kita dengan mengumpat/ghibah ni..sebab orang-orang yang suke mengumpat ni sangat dicela..

bole refer surah Al-Humazah
dan salah satu hadis Nabi,

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata: “Tahukah kalian apa itu ghibah?”, Mereka menjawab: “Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu.” Beliau bersabda: “Yaitu engkau menceritakan tentang saudaramu yang membuatnya tidak suka.” Lalu ditanyakan kepada beliau: “Lalu bagaimana apabila pada diri saudara saya itu kenyataannya sebagaimana yang saya ungkapkan?” Maka beliau bersabda: “Apabila cerita yang engkau katakan itu sesuai dengan kenyataan maka engkau telah meng-ghibahinya. Dan apabila ternyata tidak sesuai dengan kenyataan dirinya maka engkau telah berdusta atas namanya.” (HR. Muslim)


"sampaikanlah walau sepotong ayat"

p/s:waaaaaaaaaa~ dah hari isnin!!

ZAHRA







Sayup suara tangisan Hussien dari kamar sebelah mematikan tumpuan gadis itu. Satu keluhan kecil dilepaskan. Usai menghabiskan bacaan ayat suci al-Quran, Zahra melipat mukena putih-hijau yang baru digunakan tadi. Kemas lipatannya. Dia melihat jarum jam yang elok terletak di sudut meja kecil itu. Sudah jam 4 pagi! Suara tangisan Hussien, adik bongsunya semakin perlahan. Laju derap kakinya mengatur langkah ke kamar sang adik.

Daun pintu yang sedikit terbuka ditolak perlahan. Lampu bilik dinyalakan. Anak matanya tertancap pada satu tubuh kecil yang terduduk lemah di atas kerusi kayu di pojok kamar itu. Perlahan-lahan dia menyusun langkah ke arah tubuh kecil itu. Mata anak kecil itu bengkak. Sisa air mata masih berbaki di kolam matanya. Jelas, anak kecil itu baru lepas menangis.

“Hussien..”dipanggil adiknya lembut.
Belum sempat Zahra bertanya, anak kecil itu seraya memeluk erat sang kakak.

“Kak, tadi Hussien mimpi jumpa ayah dengan ibu. Hussien rindu.. Hussien nak jumpa ibu dengan ayah. Dalam mimpi tu, ayah dan ibu senyum, mereka pandang lama wajah Hussien. Tiba-tiba mereka pergi tinggalkan Hussien.”
Kata-kata Hussien menambahkan sayu di hati Zahra. Kolam matanya mulai bergenang. Namun, dikuatkan hati menahan air mata yang hampir menitis. Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan anak kecil yang baru menginjak usia 7 tahun.

“Hussien, itu tandanya, ibu dan ayah juga rindu pada kamu, tapi mereka dah pergi jauh. Pergi mereka, pergi yang tak akan kembali. Allah lebih sayangkan mereka. Tapi walaupun mereka tidak ada di hadapan kita, ibu dan ayah tetap hidup di hati kita. Selagi kita tak lupakan mereka, selagi hayat masih ada, selagi itu, mereka ada di hati kita. Hussien budak baik kan? Hussien sayang mereka kan?” kata-kata Zahra membuatkan sang adik mengangguk laju.

“Kalau begitu, jangan lupa sedekahkan al-Fatihah untuk mereka, bacakan ayat-ayat suci al-Quran untuk mereka. Bukan sahaja untuk ibu dan ayah, sedekahkan juga untuk semua umat Islam yang telah kembali menemui Allah. Doakan semoga mereka semua dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.”
Nasihat Zahra disambut baik. Anggukan kepala Hussien dan senyuman manis yang terukir di wajahnya menghilangkan duka yang menyelubungi anak kecil itu.

“Hussien takkan lupakan nasihat kakak. Hussien akan selalu ingat ayah dan ibu. Ustaz Imran pun pernah cakap, anak yang baik itu adalah anak yang selalu mendoakan kesejahteraan ibu bapanya,” petah Hussien menyusun kata.
Zahra tersenyum. Dalam hati kecilnya, dia bersyukur dikurniakan adik yang cerdas pemikiran dan mendengar kata.

“Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah! Engkau telah mengurniakan sebuah keluarga yang bahagia kepadaku. Ya Rahman, ikhlaskanlah hati kami dalam menerima ujian-Mu. Aku redha Ya Allah. Malah, aku sangat bersyukur kerana Engkau telah mengurniakan ibu bapa yang baik untuk kami. Sungguh, mereka hanyalah pinjaman yang Engkau berikan kepada kami adik beradik. Ku mohon pada-Mu Ya Salam, tempatkanlah mereka bersama orang yang beriman. Amiin.. hati kecil gadis itu tidak putus-putus mengucapkan syukur dan mendoakan kesejahteraan ibu bapa yang telah pergi menghadap Ilahi.
************************************

Seawal jam 7 pagi, rumah itu kembali sepi. Riuh rendah suara kanak-kanak yang sering memecah keheningan pagi itu hilang bersama perginya mereka meninggalkan rumah itu. Pandangan mata gadis itu masih di jalan, melihat adik-adiknya keluar berjuang- menuntut ilmu untuk bekalan dunia akhirat. Setelah bayangan mereka lenyap di pandangannya, baru gadis itu masuk semula ke rumah dan mula mengemas meja makan. Sarapan yang masih berbaki disusun elok di atas meja. Alas meja berwarna hijau muda itu dirapikan kedudukannya. Dapur dan ruang tamu dikemas. Kain baju yang kotor segera dicuci. Setelah berpuas hati dengan kondisi rumah itu, dicapainya tudung dan topi besar di balik pintu dapur. Langkah kaki dihayun ke arah belakang rumah. Satu senyuman manis terukir di bibir gadis itu. Hatinya berbunga riang melihat hasil usahanya setelah hampir dua minggu berbudi pada tanah. Sayuran yang ditanam mula membuahkan hasil. Hanya menunggu masa untuk dituai. Diperiksa tanamannya satu persatu. Mana-mana parasit yang memusnahkan sayurannya dibuang. Tanaman yang sudah masak sempurna dituai. Batas yang kosong diisi dengan benih baru. Sebentar lagi sayuran itu akan dibeli oleh Pak Mail, peruncit kampung itu. Zahra mempercepatkan kerjanya. Setelah selesai membersihkan sayuran itu, terdengar bunyi hon dari motor merah yang baru tiba di laman rumahnya.

“Assalamualaikum,” kedengaran suara salam diberikan.
Seorang lelaki lingkungan 50-an turun dari motor merahnya.

“Zahra, Pak Mail datang nak ambil sayuran yang kamu janjikan kelmarin,” lelaki tua itu menuturkan bicara.

“Waalaikumsalam. Semua sayuran tu ada di dalam bakul ni Pak Mail,”
Seraya bakul besar coklat muda itu bertukar tangan.

“Nah, wangnya, bagus sayuran ni. Minggu depan Pak Mail akan ke sini untuk beli sayuran kamu lagi,” seraya lelaki tua itu menghulurkan empat keping not RM50.
Riak wajah terkejut jelas terpamer dari wajah polos anak itu. Baginya, wang itu terlalu banyak dibandingkan dengan sayuran yang diberikan kepada lelaki tua itu

“tapi Pak Mail..,” belum sempat Zahra menghabiskan kata, peruncit tua itu mencelah,

“Zahra, ambillah wang yang tak seberapa ni. Arwah ayah kamu dulu banyak membantu Pak Mail. Arwah yang banyak mendorong dan membantu Pak Mail sewaktu Pak Mail hidup susah dulu. Sekarang, giliran Pak Mail pula bantu kamu adik-beradik. Pak Mail harap sangat kamu terima wang ni. Lagi pula, sayuran yang kamu tanam bagus dan segar. Memang patut kamu terima wang ni,” pujuk lelaki tua itu.
Kata-kata Pak Mail menyebabkan Zahra berbelah bagi. Dengan berat hati, kepingan not RM50 itu bertukar tangan.

Bahang hangat matahari sudah mula terasa. Manik-manik keringat yang mula membasahi dahi dikeringkan. Setelah selesai bertani, langkah kakinya dihalakan ke dalam rumah. Usai membersihkan diri, segera dia ke dapur menyiapkan makan tengah hari sebelum adik-adiknya pulang dari sekolah. Ikan sungai pemberian Ustazah Kauthar pagi tadi digoreng. Kailan ikan masin kesukaan adik-adiknya siap terhidang di atas meja. Lima ekor ikan goreng lengkap dengan sambal kicap melengkapkan hidangan tengah hari. Sambal tumis ikan bilis yang merupakan menu wajib disusun elok di atas meja kayu itu.
Selesai mengemas, Zahra teringat surat yang diterima kelmarin. Diambil surat itu dari kamarnya. Dibelek-belek dan dibaca berulang kali.

“Ya Allah! Bantulah hamba-Mu dalam membuat keputusan. Jangan Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri. Sungguh Ya Karim, aku redha dengan takdir yang Engkau tetapkan. Hanya Engkau yang tahu apa yang terbaik untuk kami. Ya Rahim, tunjukkanlah kami jalan yang lurus dan kurniakanlah kami petunjuk dan hidayah-Mu. Amiin..” bisik hati kecilnya. Zahra nekad. Keputusannya sudah bulat. Mungkin bukan rezekinya untuk menyambung pelajaran buat masa sekarang. Surat tawaran melanjutkan pengajian di Jordan dipandang sepi. Satu ketika dahulu, dia sering mengimpikan untuk melanjutkan pengajian di sana. Namun, tawaran yang diterima terpaksa ditolak. Dilipat kembali surat itu dan disisip kemas di dalam fail biru. Solat istikharah dan doa yang dipanjatkan kepada Ilahi menambahkan lagi keyakinannya. Mungkin ini pengorbanan yang perlu dilakukan demi sebuah ukhwah yang terjalin atas nama persaudaraan.
Kebajikan adik-adiknya yang lebih utama. Hadi bakal menghadapi SPM, Hambali pula pasti resah memikirkan persediaan sebelum menduduki PMR hujung tahun ini. Hakim juga pasti memerlukan perhatian dari sang kakak untuk memandunya menghadapi UPSR. Manakala, si bongsu, Hussien juga tidak boleh diabaikan. Anak kecil itu harus dididik dan dipandu hidupnya supaya membesar menjadi seorang pembela agama.

“Ya Allah, sungguh berat tanggungjawab yang aku pikul sekarang ini. Bantulah hamba-Mu yang sangat lemah ini dalam menghadapi ujian dan cabaran sepanjang perjalananku sebagai khalifah di bumi-Mu. Hanya pada-Mu tempat aku mengadu. Sungguh, Ya Allah, akan aku laksanakan tanggungjawab ini sebaiknya. Berikanlah Hamba kekuatan, doa demi doa dipanjatkan memohon kekuatan dalam menghadapi dugaan hidup.

‘Doa itu senjata orang mukmin.’ Kata-kata Ustazah Kauthar masih segar di ingatannya. Kata-kata itu juga menguatkan lagi pengharapannya kepada Allah, pemilik seluruh alam.

Fikirannya menerawang pada peristiwa dua minggu lalu. Peristiwa yang menyebabkan Hakim dan Hussien menjadi yatim piatu. Peristiwa yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. Petang Jumaat itu, dia dikejutkan dengan berita kemalangan yang meragut nyawa kedua orang tuanya. Sebuah kebetulan, kejadian itu berlaku sebelum sempat mereka meraikan ulang tahun kelahiran adiknya, Hadi yang ke-17. Ayah dan ibunya dalam perjalanan dari sekolah tempat mereka mengajar untuk pulang ke rumah. Hari itu, ayah dan ibunya pulang lewat gara-gara kelas tambahan percuma yang diwujudkan oleh arwah bapanya. Arwah ibu bersama-sama dengan Ustazah Kauthar dan Ustaz Imran juga turut sama mencurahkan ilmu kepada anak didik mereka melalui kelas tambahan itu. Lebih memilukan hati, arwah ibu dan ayahnya tidak sempat memberikan sendiri hadiah yang sudah sediakan untuk putera sulung mereka. Hadiah yang masih terletak elok di dalam plastik masih sempurna keadaannya. Hadi yang pilu menerimanya terus memeluk erat hadiah terakhir itu.

Zahra masih ingat tika mana Ustazah Kauthar memanggil mereka adik-beradik untuk menatap dua jasad yang tidak bernyawa itu untuk terakhir kali. Hadi yang dahulu mencium wajah kedua-dua jasad itu menahan sebak. Hambali pula, seperti tidak mahu melepaskan dakapannya kepada kedua-dua arwah ibu bapanya. Hassan dan Hussien, lama sekali mencium pipi kedua jasad. Zahra yang terakhir mendakap mereka. Dia cuba menahan air matanya. Dengan lafaz Bismillah, dipeluk dan dicium insan yang tidak bernyawa itu.

Ketukan pintu rumah diiringi dengan suara orang memberi salam mengejutkan Zahra dari lamunan yang panjang. Seraya pintu dibuka dan salam disambut. Hadi, Hambali, Hakim dan Hussien terpacul di depan pintu dengan wajah yang masam mencuka. Seolah-olah dilanda masalah yang maha berat. Senyuman kecil terukir di bibir Zahra, cuba mengembalikan keceriaan di wajah adik-adiknya. Namun, usahanya sia-sia. Terdengar keluhan kecil keluar dari mulut Hambali. Hadi pula diam seribu bahasa manakala Hakim dan Hussien masih dengan riak wajah mereka.

“Mahu ditegur atau tidak?” berulang kali persoalan itu menerjah mindanya, melihat
kondisi semua adiknya yang kelihatan tidak bersemangat.
Dibiarkan semua adiknya melayan emosi masing-masing. Usai makan dan solat zuhur, Hadi dan Hambali bersiap untuk kembali ke sekolah, menghadiri kelas tambahan percuma yang diadakan untuk calon-calon PMR dan SPM. Sesekali terdengar rungutan Hambali yang mengadu letih belajar. Adiknya yang satu ini bukanlah ulat buku seperti Hadi. Hambali yang merupakan atlet sekolah, lebih suka melakukan persediaan untuk ujian pada saat-saat akhir. Namun, berkat kesabaran sang kakak mendorong dan menasihati si adik, Hambali sudah mulai mahu mengikuti kelas tambahan itu. Hakim dan Hussien yang tertidur di ruang tamu dikejutkan. Diarah adik-adiknya untuk membersihkan diri dan bersiap-siap memakai uniform baju melayu putih yang siap digosok, lengkap dengan samping hitam dan songkok. Rutin hariannya tidak pernah berubah- menghantar Hakim dan Hussien ke sekolah agama yang terletak di kampung sebelah dengan motor biru arwah ayahnya. Sebelum ke sekolah, Zahra tidak pernah lupa menitipkan semangat kepada sang adik.

“Allah sayang pada orang yang bersungguh-sungguh berjuang dalam menuntut ilmu. Orang yang beramal dengan ilmunya dipandang mulia oleh Allah. Betulkan niat kalian menimba ilmu. InsyaAllah, mudah ilmu meresap masuk di hati kalian. Dengar cakap guru dan berbuat baik sesama teman,” Zahra sempat menitipkan kata-kata itu pada si adik. Doanya agar nasihat itu tetap tersemat di hati kecil mereka.
Zahra merebahkan diri di atas kasur empuk di kamarnya. Sesekali dia memicit-micit badannya yang lenguh setelah selesai mengemas rumah.Tanggungjawab yang baru dipikul dua minggu ini sudah cukup berat untuk ditanggung. Baru dia sedar, amanah mendidik dan membentuk saudara-saudaranya menjadi pembela Islam tidak mudah. Pasti banyak cabarannya. Namun, dia pantang berundur sebelum kalah. Hati kecilnya tetap tegar untuk meneruskan perjuangan ayah dan ibunya mencorak dan mendidik sang adik.

Bunyi cengkerik diselangi dengan sahutan burung memecahkan keheningan malam itu. Zahra tekun melihat Hambali mengerjakan soalan Matematik sambil pensel di tangannya laju menari di atas buku latihan itu. Hadi masih tekun membuat nota ringkas. Hakim dan Hussien pula sudah mula menguap. Tanda mengantuk sudah mula menguasai diri. Zahra menepuk pundak adik kecilnya itu dan memeriksa kerja rumah Hakim dan Hussien. Setelah berpuas hati, disuruh kedua anak kecil itu tidur di dalam kamar.
Langkah kaki gadis itu berjalan menghampiri Hadi. Persoalan petang tadi masih bermain di benaknya. Pelik memikirkan sikap Hadi yang dahulunya sangat peramah dan sentiasa gembira. Jarang adiknya itu mempamerkan riak wajah yang kelat.

“Macam mana dengan sekolah kamu tadi?” Zahra memulakan bicara.
Soalannya tidak dijawab oleh Hadi.

“Hadi ada masalah ke? Kenapa kakak tengok kamu selalu murung dan tak gembira sejak pulang dari sekolah tadi? Kalau ada masalah, luahkanlah. Mungkin kakak boleh tolong,”
Zahra cuba memujuk.
Hadi meraup muka. Satu keluhan kecil dilepaskan.

“Kenapa mereka benci keluarga kita? Apa salah kita pada mereka?” soalan yang dibalas dengan soalan. ‘Mereka’? siapa mereka?

“Salina dan Saad, anak Pak Mail yang selalu dengan motor merah tu,” Hadi menyambung kata bagai mengetahui persoalan yang bermain di fikiran kakaknya.
“Mereka cakap, kita sengaja menagih simpati orang kampung sejak ibu dan ayah pergi. Katanya, Ustazah Kauthar, Ustaz Imran, Pak Mail dan orang kampung yang selalu bantu kita, semuanya bodoh kerana membantu kita. Hadi tak kisah kalau mereka nak menghina Hadi, tapi janganlah libatkan keluarga dan menghina orang yang dah banyak berjasa pada kita. Hadi tak suka mereka!” kata-kata Hadi seolah-olah bagaikan satu tamparan hebat bagi dirinya. Salina dan Saad? Dia bagai tidak percaya yang sahabat baiknya sanggup menghina mereka. Esok dia harus menemui mereka. Harus! Dia harus mendengar penjelasan sahabatnya itu sebelum dia mengambil sebarang tindakan.

Sang suria masih malu menampakkan diri. Seperti biasa, Zahra akan ke kebun kecil di belakang rumah melihat tanamannya. Hatinya panas melihat seluruh tanamannya rosak. Diperiksa keadaan sekeliling kebun kecil itu. Terdapat kesan tapak kaki pada tanah di sekeliling kawasan itu. Telinganya mendengar suara orang ketawa kecil di belakang kebunnya. Disusun langkah kakinya ke arah suara itu. Rimbunan pohon yang memagari kebun itu menyukarnya untuk melihat insan itu dengan lebih jelas. Didekatkan dirinya pada rimbunan pohon itu. Salina? Saad? Dia bagai tidak percaya melihat teman-temannya yang bersembunyi di balik pohon itu. Kesan tanah jelas kelihatan di pakaian mereka. Namun, tiada riak terkejut di wajah mereka berdua.
Malah, tawa mereka semakin kuat. Mungkin sebagai tanda puas hati kerana merasa dendamnya terbalas. Salina akui bahawa dia sangat mencemburui Zahra. Gadis itu cantik, pintar dan disenangi orang kampung. Walaupun hidupnya lebih mewah dari Zahra, dia tidak pernah merasa cukup dengan apa nikmat yang diberikan. Hatinya lebih panas apabila dia mendapat tahu bapanya, Pak Mail membantu dan membeli sayuran daripada Zahra. Pagi itu, rencananya merosakkan tanaman bersama adiknya, Saad berjalan lancar. Di hadapan Zahra, mereka dengan gembira mengaku bahawa mereka yang merosakkan tanaman itu. Ingin sahaja Zahra menjerit. Melepaskan segala yang terbuku di dadanya. Namun, cepat-cepat dia beristigfar.

Sejak kejadian itu, pelbagai cara dilakukan oleh Salina untuk menghuru-harakan kehidupan Zahra. Teguran demi teguran diberikan kepada Salina. Namun, segala teguran itu tidak diambil pusing. Hanya kesabaran dari Allah yang menjadikan dirinya kuat untuk melangsungkan hidup. Pada adik-adiknya, dia sering menyematkan nasihat kepada mereka agar tidak ambil hati dengan pandangan masyarakat yang benci pada keluarganya. “Kebenaran pasti dapat menewaskan kebatilan”. Kata-kata yang pernah diungkapkan oleh arwah ibunya suatu ketika dahulu, disemat erat di lubuk hatinya.

**********************************

Hari ini, genap sepuluh tahun ayah dan ibunya pergi menghadap Ilahi. Alhamdulillah, sepanjang tempoh itu Zahra tidak lupa menitipkan doa untuk mereka. Riuh rendah suara Hussien menyakat Hambali. Hakim dan Hadi turut sama menceriakan suasana. Majlis konvokesyen di UPM sangat meriah. Tidak putus-putus ucapan tahniah yang diterima oleh Hambali. Menjadi pelajar terbaik dan kejayaan menggenggam segulung ijazah dalam bidang Sains Sukan menjadikan hari ini merupakan hari yang sangat bermakna untuknya. Namun, sayang, kejayaannya tidak dapat dikongsi bersama ibu dan ayah yang sangat dikasihi. Pak Mail, Ustazah Kauthar dan suaminya, Ustaz Imran turut sama meraikan kejayaan Hambali. Tanpa sedar, kolam mata Pak Mail mula bergenang. Cepat-cepat lelaki tua itu mengesat pipinya. Hatinya sebak mengenangkan nasib anaknya sendiri. Argghh! Mungkin ini ujian untuk dirinya. Pasti ada hikmah di balik ujian yang Allah berikan.

Ingatan lelaki tua itu serta merta terbang ke Pusat Rawatan Sakit Jiwa, Tanjung Rambutan. Rumah sakit yang menempatkan anak perempuannya, Salina. Tempoh 5 tahun berpisah dengan anaknya itu menerbitkan rasa rindu dalam diri peruncit tua itu. Wahai anak, apa khabar kamu di sana? Hari ini, seperti biasa ayah dan ummi tidak lupa menjenguk kamu. Walaupun kamu sudah lupakan kami, ingatan dan kenangan bersama kamu akan tetap tersimpan erat di hati ini.
Saad? Sudah lama dia tidak bertemu dengan anak bongsunya itu. Pusat pemulihan itu menjadi saksi permohonan ampun seoang anak kepada sang bapa. Akibat salah memilih teman, Saad terjerumus dalam lembah yang hina. Rasa keinsafan membekas di hatinya. Janji anak muda itu, dia tidak akan sekali-kali kembali kepad najis dadah lagi. Cukuplah dengan derita yang ditanggung selama ini. Dia tidak mahu mengecewakan bapanya lagi.

Zahra membiarkan Pak Mail melayan perasaan. Mungkin lelaki tua itu perlukan masa bersendirian. Hatinya tidak putus berdoa agar peruncit tua itu diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan-Nya.

“Alhamdulillah ya Allah! Terima kasih di atas kuniaan-Mu ini. Engkau telah memberikanku kesempatan melihat adik-adikku berjaya membina kehidupan mereka sendiri, melihat mereka membesar dan belajar berdikari di depan mataku. Ku mohon pada-Mu, Ya Rahman, jangan Engkau biarkan kami alpa dengan nikmat dunia. Hiasilah hidup kami dengan redha dan keberkatan dari-Mu.
Ya Rahim, selamatkanlah ibu dan ayah dari seksa kubur dan azab neraka. Berikanlah mereka kebahagiaan hidup di sana. Ya Karim, berilah kesembuhan kepada sahabatku, Salina dan berikanlah kesedaran kepada Saad. Tunjukkanlah mereka jalan yang Engkau redhai. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Amiin..”
bisik hati kecil gadis itu.

Meniti usia 28 tahun, Zahra berjaya memahatkan namanya sebagai salah satu usahawan wanita yang berjaya. Perniagaan berasaskan pertanian dan penternakan yang diusahakan membuahkan hasil. Segala pengorbanan dan kesabarannya selama ini benar-benar berbaloi. Syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah. Hadi berjaya mengecapi impiannya menjadi jurutera kimia di sebuah syarikat swasta. Hakim pula membantunya menguruskan perniagaan keluarga. Manakala Hussien masih mengejar cita-cita untuk menjadi seorang ahli farmasi.
Benarlah janji Allah, setiap peristiwa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sesungguhnya, redha dan penggantungan harapan hanyalah pada Allah.

‘dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasul-Nya berikan kepada mereka sambil mereka berkata: Cukuplah Allah bagi kami, Dia dan Rasul-Nya akan berikan kepada kami kurnianya, sesungguhnya pada Allah kami menuju.’
(At-Taubah:59).

p/s:
kpd pembaca, maaf sgt sbb olahan & susunan ayat kurang menarik..wktu menulis ni, idea cam biskut, skejap ada,skejap xde..
*moral of da story---> 'berkorban demi cinta' (setuju??)
slmt mmbaca! =)
 
TNB