Subscribe News Feed Subscribe Comments

salam eid



salam aidilfitri to all muslim
maaf zahir batin~

semoga Allah menerima amalan kita semua

p/s: moga segala ujian dan dugaan sepanjang bulan ramadhan dan menjelang hari raya ni, menjadi penghapus dosa buat kita semua..

p/s2: hari raya is not about 'duit raya' or eating kuih raya n lemang..tapi lebih kepada mensyukuri kejayaan kita sebagai umat islam menempuhi sebulan ramadhan yang insyaAllah membuahkan hasil yang terbaik! dah tamat madrasah ramadhan, sama2 kita tengok natijahnya!

bila hati dirudung sedih

assalamualaikum wbt.

banyak betul habuk. nak lap-lap sikitlah habuk sawang segala. heh. segala yang ada di dunia ini adalah milik Allah. seeeeemuanya! termasuk ilham. ilham yang ada ini jika Allah nak bagi, macam air mengalir ia mengalir..jrusssshh... okay, untuk elakkan dari mengarut-karut. saya nak kongsi sesuatu di sini.

sejak kebelakangan ini. dalam beberapa minggu ini. banyak sangat perkara berlaku. bayi dibuang. bayi dibakar di tong sampah. bayi disepak terajang hingga mati. nau'zubillah. sedih sangat-sangat. manusia apabila dikuasai nafsu. boleh buat pelbagai lagi teruk dari itu

tapi...

siapa kita untuk menghakimi. hanya Allah. yang kita boleh buat. mendoakan mereka peroleh hidayah. teringat kisah umar al khatab yang ketika jahiliyahnya membunuh anak perempuannya. tapi setelah kembali kepada islam. dia adalah khalifah dan di antara sahabat yang hebat di samping rasulullah. siapa tahu. Allah yang memegang hati setiap manusia. makanya kita sebagai manusia biasa, tiada layaknya menjadi judgmental.

sedangkan Allah sendiri menghakimi hamba bila nyawa telah dicabut. siapalah manusia untuk menghakimi manusia lain ketika hayatnya ye tak?

makanya bila sedih-sedih cuba lihat dunia luar yang lebih teruk dari kita. itulah bila nampak dunia sendiri je. tak tengok luar kotak nampak diri sendiri lah dugaan yang paing teruk. buat malu je. T___T nak kongsi satu kata-kata

jika engkau mengahadapi dunia dengan jiwa lapang, engkau akan memperoleh banyak kegembiraan yang semakin lama semakin bertambah, semakin luas duka dunia yang makin mengecil dan menyempit. engkau harus tahu bahawa bila duniamu terasa sempit, sebenarnya jiwamu yang sempit bukan dunianya,

(ar rafi'i, wahyul qalam, 1/50)

hmmm.. buka minda dan hati, lihat dunia luar. semoga Allah tenangkan hati kita semua. nak sangat-sangat hati tenang. naaaaaaaaak sangat masuk syurga, sebab dekat syurga hati tenang je. takde sedih-sedih kan.

wallahua'lam

p/s: sebenarnya ingat nak kongsi pasal lain. lain pula yang ditulis. heh :) nantilah tulis lagi banyak2 insyaALLAH.

duduk

assalamualaikum wbt pemilik hati sekelian!

melihatkan cekodok pisang sudah semakin sepi, saya rasa sayu sedikit. semuanya sedang menghadapi peperangan besar sekarang ini iaitu exam. wah2... jia you semua!!!

tapi tak apa. sy nak berkongsi satu ayat. sebenarnya refresh satu ayat yang betul-betul beri kesan kepada sy sekarang. iaitu ayat ini:

Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak ikut berperang) yang tidak mempunyai 'uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar
(yaitu) beberapa derajat dari pada-Nya, ampunan serta rahmat. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

An-Nisa':95-96
sebenarnya, kita adalah apa yang kita fikirkan. kalau minset kita macam itu, kita akan jadi camtu.

kita takkan naik kalau tak paksa diri

masa sangat berguna untuk meningkatkan keimanan kita

bila jadi orang yang duduk, kita akan selesa duduk

buah kepada ilmu, amal. ilmu--> buat!

Allah melebihkan orang yang pergi berjihad daripada duduk. melalui ayat ini pun dapat kita lihat Allah tak kata pun Allah tak suka orang yang duduk dan sebagainya. tapi Allah gunakan ayat nasihat yang lembut sebegitu. struktur ayat pun dah cantik. ini kan pula isinya.

dalam kita sedang menghadapi apa jua cabaran. kita perlu ingat yang dakwah ini sentiasa berjalan walaupun kita sedang duduk. hmm...

tapi ingat yang adakah kita mahu berada di antara orang yang berada dalam kenaikan islam itu. sedang terfikir sebaik-baiknya. duduk itu bukan bererti kita duduk bergoyang kaki. duduk maksudnya kita berhenti dari menjalankan gerak dakwah.

apa jua cabaran yang kita hadapi, ingat yang Allah sentiasa ada. ingat ayat ini cukup buat kita lega sikit.

"Wahai orang2 yang beriman! jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." [muhammad:7]


yakin apa yang dibawa. belajar untuk dakwah.
*refresh semua*

analogi pen. cheesecake mungkin lebih tere tentang analogi ini :p

makanya, kita boleh! semua orang boleh kalau mindset kate boleh. makanya. jangan risau semua. (tetiba tulis dengan penuh perasaan)

apa pun, semoga thabat semua!
semoga Allah berkati masa kita semua.
jangan lupa doa.

salam sayang

monolog di subuh hari yang sunyi sepi

sedang sebuk diri ini membaca doa bangun tido,
sambil membilang jari tangan,
cuba menghitung berapa banyak sudah masa dipergunakan untuk tujuan merestkan cerebrum serta pasukan2nya(dari berpikiran jer,bkn shut down) ,
teringat satu kisah ketika perang badar
sepertimana yang telah ALLAH gazetkan dalam surah 8:11
tentang di mana tentera islam diberikan rasa ketenangan dgn ALLAH mengurniakan mereka rasa mengantuk

heh,sebenarnya cuba cari sbb nk tenangkan diri-menyesal sungguh,tapi apakan daya teraccident(tertidola)

my hipotesis-semakin nak exam,semakin banyak tido(hanya tertakluk kepada individu2 tertentu)

hah encik2 scientist,kalo anda nak bangkang sila beri saya bukti

adoi..apa benda la aku(saya) bebel nih
sorila,sedikit tertekan mungkin

baiklah

di pagi yang indah, damai lagi tenang ini,sambil diiringi angin sepoi2 bahasa jiwa bangsa..
satu persoalan tiba2 memunculkan diri
mengenai sejauh mana diri ini BETUL2 mahukan tempat di syurga

Rasulullah,fatimah,ali,umar,khadijah
semuanya ahli2 syurga

siapakah mereka?

ya..mereka adalah manusia2 hebat

syurga hanya tempat untuk org2 yang hebat

so,kalo nak syurga dan bukan ke tempat yang lagi satu tu(takot nk sebut)
do we have choice
selain dari menjadi manusia HEBAT?

"kamu(umat islam) adalah umat TERBAIK yang diLAHIRKAN untuk MANUSIA,(kerana kamu) MENYURUH yang Maaruf,dan MENCEGAH yang Mungkar,dan Beriman kpd ALLAH.."
(3:110)








 
TNB