Subscribe News Feed Subscribe Comments

heal the world

Michael Jackson {MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.


Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.


“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.


Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.


Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.


Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.


Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.


Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.


Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia.


Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.


Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.


Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.


Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.


“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.


Pelik kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?


Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.


Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

sumber:panji islam dari timur

p/s-tidak pasti sejauh mana kebenaran ttg kisah ini..namun apa yg perlu ditekankan di sini adalah tntg kewujudan pihak2 yg sntiasa cuba untuk mnjatuhkan islam

p/s 2-untuk pengetahuan heal the world adalah lagu yg dinyanyikan oleh MJ

tahun baru semangat baru!

Bismillah..

tahun baru menjelang kembali.peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w bersama-sama para sahabat berlegar-legar di kepala. tak terbayang besar jenis pengorbanan, meninggalkan keluarga tercinta, kampung halaman, harta dan wang. mereka taat kala perintah Allah mengunjung tiba. mereka patuh kala kehidupan semakin mencengkam. mereka yakin akan benarnya jalan yang mereka tuju. sebenar-benarnya mereka beriman dengan Allah yang satu serta RasulNya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sejarah tidak pernah mengecewakan. sebab dan akibat pasti menjadi pengajaran berharga bagi masa hadapan. orang yang rugi tidak akan mengenal makna sejarah. ada alasan yang dicipta. ada rawan yang terasa.ada sejarah yang cukup pahit dikenang.ada kenangan yang memelitkan mata. tak lupa juga yang sangat manis bila ditafsirkan kembali. sejauh mana penghayatan tergantung kepada individu masing-masing. bila mana kita melihat sejarah dengan mata hati...

"sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang akan menguatkan hati"
~Imam Abu Al-Qasim Al-Junaid~

......................................................

setahun berlalu
sejarah berlalu
imbasan berlalu
sedar tak sedar
titian jalan semalam telah lama meninggalkan
rungkaian demi rungkaian telah banyak mengajarkan
pengalaman mematangkan
mengajar mencari erti makna hidup sebenar

dan hari ini
kita berganjak ke helaian baru
lembaran baru
buku baru
hati ini tertanya-tanya
akan bagaimanakah hari yang mendatang?
akan ada apakah yang bakal menerjah
corak apa lagi yang akan dilakar
warna apa lagi yang akan dilukis
ceritera-ceritera apakah yang akan dinukilkan?

pemergian semalam melambaikan kedatangan hari ini
kesyukuran berlabuh kerana masih diberikan ruang
tetap diberikan peluang
masih kembali bernafas
menghirup udara segar di bumi bertuah
untuk terus melebarkan sayap dalam dunia dakwahnya
untuk tetap melangkah pada jalanNYa
menyambung nafas-nafas orang terdahulu dalam fikrah perjuangan

selamanya perjuangan ini tak akan selesai
selagi darah mengalir pantas di setiap pembuluhnya
selagi nyawa masih belum ditakak kematian
selagi jiwa di atas panji-panji nan satu
selagi kekuatan perjuangan Rasulullah jadi sandaran
sesekali tidak kami berhenti
sesekali tidak langkah ini berpaling ke arah yang lain
sesekali tidak hati ini mati
sesekali tidak
kerana pasti
janjiNya tidak pernah mungkiri
di kampung akhirat hati terbeli

pada jalan ini
diri cukup sedar
betapa banyak pengorbanan diperlukan
betapa jalan ini tidak mudah
betapa perjuangan ini tidak akan pernah sunyi
liku-liku dugaan akan membadai datang
alamatnya tak terlihatkan
deruannya tak terdengarkan
sekali melanggar tak terjangkakan
tapi
diri ini tidak akan gundah
diri ini tidak akan pernah lemah
diri ini akan selamanya gagah
kerana pasti
sebenar-benarnya yakin akan janjiNya
segores luka di jalan Allah
kan menjadi saksi pengorbanan.....

wahai pejuang-pejuang tersayang
teruslah melanglang di jalan cinta para pejuang
menebarkan kebajikan mematikan kejahilan
setiap titis peluh dan darah
takkan sirna di telan masa
setiap keringat takkan kering semata dek usia
setiap tumpahnya darah takkan hilang tanpa bekas
biarlah lelah biarlah payah
kerana
syahid di jalan Allah
adalah cita-cita yang tertinggi

duhai nurani
teruslah menyucikan diri
perdengarlah suara hati
biar jasad mati
jangan biar mati hati
biar cintaNya jadi penyeri
kasih pada RasulNya jadi inspirasi

kita hanya istimewa
andai jalanNya yang dituju
jalan seorang Muhammad
yang menuntun ke syurga
insyaAllah..



semangat yuk! :)


uhuh,terlalu lama menyepi kat sini. sempena tahun baru nak bagi ucapanlah kiranya. ^_^
teman-teman, sahabat-sahabat, kawan-kawan (semuanya sama), teruskan perjuangan.
haaaaa, nak tanye.apa azam tahun baru ni??? sama-samalah kita perbaharui niat dan matlamat dan tujuan hidup sempena tahun baru ni ye..moga segalanya dipermudahkan. moga lembaran baru ini akan menyinar indah, akan memberi cahaya baru dalam kehidupan. pengalaman semalam adalah guru yang terbaik. jadi jangan lupa tu!

bersyukurlah atas apa yang kita ada sekarang. esok tak pernah menjanjikan kesenangan berpanjangan.

dear u,,you are never alone, just reach into your heart and Allah is always there.. :)

p/s:terasa terlalu sedikit sumbangan diri pada agamaNya kalau nak dibandingkan dengan nikmat iman dan islam yang telah dianugerahkan..huhu

p/s2:tahun baru semangat pun kena baru! ayuh bersemangat! ^_^

hak-hak ukhwah


assalamualaikum... apa khabar iman semua orang? sihat tak?

perasan tak sekarang dah masuk bulan 12!! dah nak penghujung tahun 2009. dah nak dekat awal muharam!!! (tetiba excited) pejam celik pejam celik dah setahun. terasa masa sangat laju je berjalan. apa pun. teringat kata-kata pujangga yang agak feymes juga.

masa itu ibarat pedang, bila kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotongmu.

apa lagi, jangan bagi masa potong kita!!! cekodok pisang senyap sunyi je. nak ucap selamat hari raya aidiladha pun dah terlambat rasanya. semua geng kat sini punya berbagai-bagai urusan sampai tak ter catch up.

tapi sebenarnya saya bukan nak cakap pasal masa. saya nak cakap pasal lain. selama ini, kitorang jarang jumpa selalu. sebab tuntutan dunia yang menekan-nekan. tapi bila jumpa rasa macam tiba-tiba kasih sayang macam timbul. macam rindu je.

kalau nak jumpa pun melalui usrah online je kadang-kadang. nak jumpa, jadual terlalu menekan. tak sempat. tapi apa pun, saya sayangkan semua sahabat-sahabat saya di sini. bila dengar suara masa conference pun dah terasa rindu pula. pelik rasanya sebab baru kenal. tapi perasaan macam pernah jadi kawan baik masa darjah tiga dulu.

pertama sekali dalam berukhwah saya baru tahu tentang ukhwah ini ada haknya.

bersikap lemah lembut dengan sahabat-sahabat. adalah seorang ustazah dalam satu daurah karipap pernah pergi. dia kata camni

lemah lembut dalam ukhwah fllah bukan kerana keturunan dan kehebatannya, tapi kerana iman yang memenuhi jiwa dan akidah salimah yang menghiasi qabunnya

teringat hadith yang berbunyi

tidak beriman seseorang itu melainkan dia menyayangi sahabatnya seperti menyayangi dirinya sendiri

ahha dan lagi satu

“Orang-orang beriman itu Ikhwah (adik beradik), maka baikilah hubungan diantara kamu dan bertaqwakan kepada Allah …”

dia ada beberapa bahagian

1) hak terhadap harta

penuhi keperluan lebih dari keperluan sendiri. maksudnya dia tak berkira pun harta dia kalau beri kepada sahabat atau saudaranya
"seseorang mengatakan mengatakan jika kamu meminta wang dari saudaramu, lantas ditanya untuk apa, ini bererti hak persudaraannya telah hilang"

uish2 kadang-kadang tu bukan nak tahu sangat, tapi curious je. (err?)

tapi itulah. tinggi kan darjat kasih sayang dalam berukhwah. beri separuh harta pun tak kisah. macam sahabat-sahabat zaman rasulullah dulu.

2)haknya terhadap dirimu

hak ini kalau tahap yang paling rendah, kalau ada masa lapang, dia tolong sahabat dia. kalau tahap paling tinggi; dia akan utamakan keselamatan sahabat dari diri sendiri.

3)hak terhadap lidahmu

*bersikap diam terhadap aibnya
*cakap something yang disukainya tapi tak tipu. macam contoh, nampak something yang baik terhadap dirinya. puji supaya dia lebih istiqamah.
*doakan. doakannya baik semasa hidup atau mati sebab doa adalah tanda kecintaan dan keakraban.

tapi bila tak jumpa hati still ada bond. apa pun, doakan mereka supaya sentiasa kuat

apabila seorang mendoakan saudaranya dari jauh, malaikat akan berkata kepadanya: untukmu seperti itu pula" [HR muslim]

marilah kita mendoakan sahabat-sahabat kita. jauh mahupun dekat.

4)hak saudara terhadap hatimu

hanya dengan 2 perkataan iaitu

*kemaafan
sebelum apa-apa, set in mind yang sahabat kita ni bukan maksum.
*kesetiaan
kesetiaan pada waktu saudara kita melakukan hak-hak yang mesti ditunaikannya kepada kita.

nampaknya, karipap kena minta diri dulu. assalamualaikum!!

kita juga manusia

"Suatu bangsa tidak akan maju, sebelum ada di antara bangsa itu segolongan yg suka berkorban untuk kepentingan bangsanya"


Sekarang kita memasuki zaman di mana banyak orang menyedari perlunya menghadapkan diri kepada Allah. Banyak dai'e yang lahir bak cendawan di musim hujan. Oleh kerana itu, mereka memerlukan orang yang mampu menunjukkan berbagai kesalahan mereka dan mengingatkan mereka dari penyimpangan. Petunjuk inilah yang akan menghindarkan mereka dari penyimpangan hingga mereka dapat memberikan pencerahan kepada masyarakat (objek dakwah).


Hari ini masalah dai'e lebih kompleks. Para dai'e menjalankan dakwahnya dengan pelbagai cara. Pertanyaan yang diajukan kepada mereka lebih rumit dan memerlukan metode pendekatan. Hal ini membuatkan para dai'e menghabiskan malam mereka dengan berfikir dan belajar lebih giat kerana mereka harus serius menjalankan dakwah.


Kita membutuhkan para dai'e yang mampu berbicara dengan jelas dan tidak menyebarkan keraguan. Kita membutuhkan para dai'e yang mampu berbahas pelbagai masalah dengan teliti dan mendalam, bukan mereka yang hanya mampu menyampaikan materi dakwah dengan ilmu yang tidak memadai. Kita membutuhkan para dai'e yang mampu menemukan substansi dari segala sesuatu, tidak hanya terpaku pada aspek parsial. Mereka harus mampu memperbaiki pelbagai perilaku keliru. Mereka harus mampu membentuk kemampuan masyarakat berbuat baik. Yang diperlukan bukan hanya para dai'e yang pandai berwacana.,..


Sumber: Dai'e juga manusia (Muhammad Abduh)

tak penat ke BERORGANISASI??

Assalamualaikum..

Topik yang ingin saya kongsi bersama hari ini adalah mengenai keterlibatan kita dalam sesebuah organisasi ataupun committee.

Tidak kiranya organisasi di sekolah , un
iversiti mahupun tempat kerja anda.


Kita ada 2 pilihan = sama ada melibatkan diri dalam sesebuah organisasi bagi memudahkan pelancaran program atau memilih untuk tidak melibatkan diri langsung dari mane-mane organisasi dan hanya menjadi pemerhati.

Itu adalah 2 pilihan yang akan menentukan cara hidup anda selepas ini.

Bagi yang ingin berorganisasi dan sudah pun melibatkan diri,saya ucapkan syabas dan tahniah!
Kerana ia keputusan yang memberi cabaran dalam hidup anda dan mungkin membawa perubahan dalam diri seseorang
.Bagi yang masih belum bersedia atau ragu-ragu,anda masih mampu lakukan perubahan.

Jadi,apa yang ingin saya kongsikan hari ini adalah bagi mereka yang melibatkan diri dalam `arena` ini. Apabila sesuatu program akan dijalankan,sebuah committee akan dibentuk yang terdiri daripada:



Pengarah
Penolong Penga
rah
Setiausaha
Bendahari
Biro Acara
Biro Logistik
Biro Makanan
Biro Tugas-tugas Khas
Biro Kebersih
an
dan lain-lain l
agi..

Once anda dah bersetuju untuk memegang mana-mana jawatan di atas,ingatlah!Anda ada amanah dan tanggungjawab terhadap tugas dan anak-anak buah.


Jangan bersikap lepas tangan!

Anda harus tahu persis skop kerja anda sup
aya tidak akan ada kerja yang bertindan dengan biro yang lain.

Anda harus tahu persis cara untuk anda membahagikan masa dan meletakkan mana prioriti anda.

Anda harus tahu persis adakah prog
ram tersebut adakah membawa kebaikan atau keburukan

Ini cabaran an
da!

Dalam sesebuah organisasi,KERJASAMA teramat penting.. KOMITMEN perlu diberi sepenuhnya.

Analogi Sebuah kapal layar yang besar ingin merentas samudera memerlukan nahkoda kapal serta anak-anak kapal untuk mengemudi. Tetapi,bagaimana jika anak kapal yang ramai tetapi tidak ada yang bertanggungjawab untuk menjaga generator,tidak ada yang menurunkan atau menaikkan layar,tidak ada yang menyediakan makanan untuk orang-orang di kapal..dan tidak ada yang dapat memberi arahan sebaiknya...dapat anda bayangkan apa yang terjadi? Sekali ombak pukul,anda akan KARAM!...ya..karam...
Betape pentingnya peranan ketua itu sendiri dalam memberi arahan dan bukan sekadar memberi arahan tetapi turut turun padang membantu memudahkan kerja.

Jangan hanya tahu memberi arahan.Jangan hanya tahu terjun tetapi belajar untuk menyelam dan timbul di permukaan.

Kalau kita singkap kembali sejarah zaman Nabi Muhammad s.a.w masih hidup,Pernahkah nabi menyuruh umatnya berdakwah dan baginda hanya goyang kaki?? Pernahkah baginda hanya menyuruh umat manusia berperang dan nabi hanya bersenang-lenang di rumah?? Sebaik-baik kepimpinan adalah melalui tauladan.

Bagi saya sendiri,bila anda berorganisai,anda akan belajar banyak perkara.. Anda dapat belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan orang,bagaimana untuk mengawal emosi,bagaimana untuk membahagikan masa,menjalinkan ukhwwah,dan ini mampu menjadi medan dakwah anda..

Apa yang perlu ada dalam setiap dalam diri kita adalah rasa ingin melibatkan diri,ingin membantu,ingin mengutip pengalaman,dan dari sini anda dapat menguji tahap kesabaran anda,dan bersedia menghadapi apa jua cabaran..saya CABAR anda turun padang melibatkan diri! Make a step..

Mari sama-sama kita fikirkan. Ambil pengajaran dan kutiplah sebanyak pengalaman. Bekerjalah dan jangan pernah rasa give up sehingga kaki anda bertapak di syurga Ikhlaskan hati anda.. Jangan takut untuk maju ke hadapan Jangan takut untuk melakukan perubahan. Manis nikmatnya andai perjuangan anda mencapai sasaran..

Bagi yang sudah melibatkan diri..teruskan..jangan mundur..walau apa pun cabaran,that`s what we call LIFE!!..jangan terlalu memanjakan diri..belajar dan mengajar..

Bagi yang baru melibatkan diri, atau mahu ingin cuba..welcome to the club!



~Islam itu Indah~

p/s=thanx to Allah mengilhamkan saya untuk menulis entry ini.

p/s 2 = bahasa saya agak rojak.supaya lebih mudah disampaikan.hehe~

p/s 3 = mengambil kesempatan mengncapkan Salam Aidil adha buat semua Muslim walau di mana anda berada.moga bertambah ketaqwaan dan keimanan kita..amin..

p/s 4 =sebagai seorang Islam,saya menyayangi anda!..

p/s 5 =sangat penat berorganisasi tapi tidak akan pernah lari dari medan perjuangan ini.
insyaAllah... =)

are u ready to face this??



Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.

Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.

Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam.

"Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," kata Siti Amynur Ain Putri dengan linangan air mata.

Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun. Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.

Pada April lepas, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan.

Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.


Guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur Ain Putri meninggal dunia, berkata: "Siti merupakan ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang. Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin.

"Saya nekad untuk mendapat keputusan cepat dan sampaikan sendiri ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya dikebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said," katanya.

Beliau dengan ditemani seorang guru hampir sahaja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur Ain Putri menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.

Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan murid Tahun 6 itu, Noreha berkata suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: "Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang".

Noreha, yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha untuk membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

"Siti ini tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum meninggal dunia. Semasa Siti patah kaki pada April lepas, dia mendapat cuti sakit selama dua bulan tetapi masuk bulan kedua, dia berazam untuk datang ke sekolah," katanya.

Katanya Siti Amynur Ain Putri mahu mengubah kemiskinan keluarganya dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah.

-sebak..

-sabarla dik..kuatkan semangatmu..sungguh ALLAH lebih tahu apa yang terbaik tuk kamu

-semoga kita semua dapat mengambil iktibar dari kisah ini.

-marilah kita berusaha menjadi muslim yg terbaik

-dan sesungguhnya kematian itu satu kepastian

-and last but not least-rajin2kan diri sedekahkan al-fatihah utk mak ayah(samada masih hidup atau yg sudah kembali)

p/s:jangan lupa jawab soklan!


Tengah MARAH ke??

sekian lamanya..saya terasa ingin mencoret sesuatu di blog ini..

sesuatu yang menyedarkan dan me`refresh` kembali apa yang kita lakukan saban hari..

kali ini,saya nak berkongsi sedikit tentang satu perasaan yang saya yakin dialami oleh semua di kalangan kita iaitu sifat MARAH..ehem..

Marah menurut pandangan saya adalah luahan perasaan tidak senang dengan sesuatu keadaan dan meluahkannya nada yang tinggi (pitching lari la kiranya...) dan menyesali kemudiannya.

sebenarnya marah ni di ade 4 kategori :

Kategori A : Cepat marah dan cepat reda

kategori B : Cepat marah dan lambat reda

Kategori C : Lambat marah dan cepat reda

Kategori D :Lambat marah dan lambat reda.


Yang paling susah sekali kita nak dapat adalah yang kategori C.
so,anda yang mana satu??

Sebenarnya perasaan marah ni banyak keburukannya.
Antaranya :

1)Kita akan buat orang sekeliling kita turut terluka.makan dalam wo...

2)Kalau nak taw,muka orang marah ni memg serius x comey..ada setengah orang muka merah menyala..ada yang muncung sampai boleh boleh sangkut baju.. dan ada juga yang bila pandang tu macam nak makan orang.

3)Kita sure akan menyesal lepas marah dan kita sendiri akan malu dengan diri kita sebab marah tak tentu pasal.

4)Nanti cepat tua..ahaks..




Kalau budak kecik marah pun dah x comey,apatah lagi kita yang dah `tua` nie..ahaks



Ada orang pernah kata, "Kalau tak marah,sampai bila orang nak buat kerja sampai betul..kalau tak tunjuk kat orang tu yang kita tengah marah,nanti dia tak taw yg kita tengah marah..."

Maaf saya katakan,saya tidak setuju dengan pandangan ini.

Kalau anda duduk di tempat orang yang kena marah,apa yang akan anda rasa?
"Apahal nak marah-marah?Silap sikit je..Ingat bagus sangat la tu"

Tapi terkadang perasaan marah tu perlu ada jika ad orang yang melanggar hukum-hukum Allah dan menghina agama Islam.Namun,penyampaian kita perlu cara yang betul.

so..
kali ini saya ingin memberi sedikit tips cara untuk mengatasi perasaan marah..
check this out..mungkin boleh membantu anda..hehe..

1)Istighfar banyak2x.Sebab masa ni lah syaitan paling senang nak masuk.(plz jangn bagi syaitan menang lagi kali nie...)


2)Bila ade seseorang yang tiba-tiba mem`provoke` anda atau membuat anda marah,sabar..jangan melawan.sebaiknya jauhkan diri anda daripada orang tersebut.


3)Bile tiba-tiba ada orang tiba-tiba nak emo dengan anda,tarik nafas panjang2 dan lepas...(mungkin dia tengah ada masalah ataupun ade masalah hormonal imbalance @ ketidakstabilan hormon..biasa la tu..hee~)


4)Ambil wuduk.Marah itu api dan air adalah penawarnya.Jangan kita pula yang jadi minyaknya.


5)Jerit dan menangis la sepuasnya..(tapi tolong cari tempt yang sesuai ye.kang lain jadinya..)


6)Tulis segala perasaan marah anda dalam diari atau kalau tak de diari,coretkan kat mana2 kertas..bila da reda marah,tengok balik kertas tu..konfem malu..haha


7)Ade orang kata,kalau nak kurangkan terbitnya rasa marah,tengok muka bayi @ baby.Ye la,baby kan masih suci.insyaAllah hati akn mudah tenang.(if susah nak cari baby,tgk muka kawan korang yang baby face...errrkkk..)


8)Kalau time marah tu tengah berdiri,cuba duduk sekejap..relax jap..


so,itulah serba sikit tips yang boleh saya kongi..sesiapa yang nak tambah,dipersilakan.

Sebenarnya,yang menulis ni bukanlah seorang yang penyabar sangat tetapi sedang belajar untuk mengawal emosi juga.Semakin meningkat usia,kita perlu melakukan perubahan demi kepentingan bersama

Jika ada kawan2 anda yang suka marah2,tegurlah..
Tapi jika ada kawan anda yang jarang marah dan tiba2 marah,mesti ada sesuatu yang merunsingkan fikirannya..jadi,sabar je la..

Kita manusia memang tak sempurna.
Tapi kita kena berusaha untuk menjadi yang terbaik.

Dari Abu Hurairah r.a,ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. "Berikanlah aku wasiat.Rasulullah s.a.w bersabda, "Jangan marah!" beliau mengulang-ulang beberapa kali ucapan,"Jangan marah!"
(HR Bukhari)



Renung2kan ya apa yang disampaikan..
Berapa ramai dah orang yang dah menjadi mangsa kemarahan kita..
Meminta maaf dan memaafkan adalah yang terbaik..

*Islam itu indah*

p/s = maaf kawan2 kalau saya pernah termarah anda.saya sayang anda.

p/s 2 = baru lepas abih exam.so.manfaatkan masa yang ada ya.

p/s 3 = saya akan cuba untuk senyum bila orang memarahi saya.Gambatte.huu~

p/s 4 = orang kata kalau marah cepat tua??betulke...huhu..
 
TNB