Subscribe News Feed Subscribe Comments

Showing posts with label rotiSardin. Show all posts
Showing posts with label rotiSardin. Show all posts

are u ready to face this??



Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.

Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.

Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam.

"Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," kata Siti Amynur Ain Putri dengan linangan air mata.

Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun. Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.

Pada April lepas, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan.

Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.


Guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur Ain Putri meninggal dunia, berkata: "Siti merupakan ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang. Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin.

"Saya nekad untuk mendapat keputusan cepat dan sampaikan sendiri ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya dikebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said," katanya.

Beliau dengan ditemani seorang guru hampir sahaja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur Ain Putri menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.

Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan murid Tahun 6 itu, Noreha berkata suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: "Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang".

Noreha, yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha untuk membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

"Siti ini tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum meninggal dunia. Semasa Siti patah kaki pada April lepas, dia mendapat cuti sakit selama dua bulan tetapi masuk bulan kedua, dia berazam untuk datang ke sekolah," katanya.

Katanya Siti Amynur Ain Putri mahu mengubah kemiskinan keluarganya dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah.

-sebak..

-sabarla dik..kuatkan semangatmu..sungguh ALLAH lebih tahu apa yang terbaik tuk kamu

-semoga kita semua dapat mengambil iktibar dari kisah ini.

-marilah kita berusaha menjadi muslim yg terbaik

-dan sesungguhnya kematian itu satu kepastian

-and last but not least-rajin2kan diri sedekahkan al-fatihah utk mak ayah(samada masih hidup atau yg sudah kembali)

p/s:jangan lupa jawab soklan!


wayang


Dua tiga minggu yg lepas,telah diadakan satu iftar bertempat di bale 4(cam asrama) yg di organized oleh budak2 batch 08..program iftar ini kalo ader yg blum tahu.. adalah di mana kita berbuka puasa ramai2..biasanya dibuat hari khamis...(ala2 karangan laporan lak)

Biasanya kami akan makan berkumpulan atas daun pisang(sbb xde talam)..tapi hari tu sbb mcm2 hal yg berlaku..terpaksa makan dgn gaya nasi bungkus

Sebenarnya main agendanya adalah program lepas tu...iaitu tayangan

Tayangan ini diminta oleh senior utk dipertontonkan...sudah agak lama sebenarnya...dan iftar ni pun dah banyak kali ditunda

Pada awalnya pihak yg uruskan bahagian tayangan nk buat tayangan lain(xnk pasang crita nih..mgkin sbb rasa x sesuai kot)..tapi disaat2 akhir...Alhamdulillah filem WAYANG dpt jua ditayangkan

Cerita ni mengisahkan wayang kulit..dan dia punye language pun unik..menggunakan dialek kelate sbg bahasa perantaraan

Dari awal sampai habis ..memang yang dilihat kepincangan demi kepincangan..pengajaran yg baik yg boleh diambik pun rasanya..adalah sebijik dua(kalo yg leh dilihat secara direct)

Namun sbg seorang manusia yg dikurniakan akal..seharusnya kita perlu bijak ...kene pandai berfikir...fikir out the box...bukan hanya secara direct .

Begitu juga dalam berdakwah..x boleh hanya dgn satu hala jer...sempit,terlalu rigid dan sungguh membosankan

Asal nama jer program keagamaan...mesti nk buat ceramah agama(dan yg dtg pun muka2 sama)..bukannya salah..Cuma kadang2 kita perlu kreatif..sbb yg kita nk tarik nih dari pelbagai background..dan kita nak tarik seramai yg mgkin

Kalo dilihat spt apa yg dibuat oleh HASAN AL BANNA...bliau keluar berdakwah dekat kedai2 kopi..asal x pegi jer berdakwah kat masjid..msti org kat situ nk dgr,,kan?

Sebab buat apa kita nk berdakwah pada org yg sudah berpegang pada ajaran islam(baik)..sedangkan ramai lagi kat luar tu yg namanya islam tapi x kenal islam.

baik

wayang ini mengisahkan tentang pak awe yg begitu mempertahankan seni wayang kulit..mempunyai sorang isteri dan 3 orang anak yg dua daripadanya adalah anak angkat..dua anak angkatnya(melor dan..luper lak nama mamat nih) begitu meminati wayang kulit dan mereka dilatih utk main wayang kulit...manakala anak lelaki kandungnya(skolah agama)tidak berminat malah slalu meminta ibunya menasihati ayahnya berhenti main wayang kulit...watak antagonist dalam filem ini adalah sorg ustaz yg juga berhubungn darah ngn pak awe yg kerjanya selalu mnsabotaj..

utk ketahui kesudahan cerita ini....silalah anda menontonnya

Berbalik semula ngn wayang kulit

wayang kulit ini terkenal di area pantai timur..lebih spesifik lagi di negeri Kelantan darul naim..

selepas 1990..iaitu slepas beralih kuasa pemerintahan...kerajaan Kelantan telah mengharamkan terus permainan wayang kulit

ramai yg mempertikaikan memandangkn ini adalah warisan nenek moyang turun temurun

mengharamkannya bererti membunuh satu lagi seni warisan org melayu

bak peribahasa biar mati anak jangan mati adat

namun harus diingatkan wahai hamba2 ALLAH sekalian...

mana yg lebih utama

islam@adat

sekiranya kita singkap kembali sirah nabi junjugan kita..sekiranya adat nenek moyang itu yg lebih utama...mengapa baginda menghancurkan semua berhala2 di sekelilng kota mekah..itukan warisan sejak nenek moyang lagi..

kenapa???

Kerana

Ia bercanggah dgn islam

Cerita yg dimainkan dalam wayang kulit ini berkisarkan tentang kisah Ramayana mahabrata...cerita yg terkandung dalam kitab2 hindu..yg dicedok tanpa diubahsuai

Tambahan lagi biasanya seblum wayang kulit ini dimainkan,akan diadakan upacara pemujaan

Sememangnya asal2nya wayang kulit ini ....x salah dimainkan

Namun ia jadi haram setelah bercampur dgn unsur2 yg bertentangan dgn islam

Seperti sekawah gulai daging lembu,namun tiba2 dicampakkn seketul daging khinzir yg sebesar dadu

Daging lembu..meskipun halal dimakan...namun hnya kerana dging khinzir trsebut maka menjadikannya haram dimakan..

Walau sekecil manasekalipun,namun skiranya ia bercanggah dgn islam..maka haram lah hukumnya

Pengiat2 seni x usah memberontak...yg harus difikirkan sekarang bagaimana cara utk mengolah kembali seni wayang kulit..supaya ia dapat diterima dalam islam

Perlu lebih kreatif..bukan sekadar mencedok seratus peratus...malah diperhalusi agar sesuai ngan islam dan ciri2 ketimuran

Bukan kah lebih baik skiranya kisah sejarah kegemilangan tamadun islam yg diketengahkan..kita ada tamadun uthmaniah,abbasiyah ,umayyah..terlalu banyak

Begitu juga dgn para pendakwah..sesuatu harus difikirkan...dalam keadaan masyarakat yg terlalu suka berhibur..agak sukar rasanya sekiranya masih lagi menggunakan method2 lama

Perlu tingkatkan lagi kesedaran terhadap keadaan sekitar dan tingkatkan kefahaman kita terhadap berbagai teknik dan taktik masa kini

Kita tingkatkan lagi pengetahuan kita tentang peradaban dan budaya masa kini dan mempraktikkan peradaban dan kebudayaan/tradisi itu dgn tujuan utk menguji dan memilih

KERANA

Mana mungkin kita dapat tentukan sesuatu yg patut kita ambil dan sesuatu yg patut kita tinggalkan melainkan setelah kita kuasainya dgn pengetahuan dan pengalaman

Seharusnya kita tingkatkan pengetahuan kita tentang hakikat kehidupan manusia dan keperluannya yg hakiki yg sentiasa berubah2.

Kita tolak apa yg patut ditolak dari kebudayaan(tradisi) itu dan kita ambil apa yg patut kita ambil..

Masyarakat kita adalah masyarakat yg suka berhibur

Jadi mungkin kita boleh lakukan sesuatu dgn memanipulasikan hiburan itu sendiri...??


cantik x gambar???

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan
, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!:
Ada apa dengannya?
Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?
Muslimahku,
Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.
Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….
Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!
Gambar adalah bayangan realiti.
Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!
Penyelesaiannya
Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat.
Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.Ingat, wajah anda, anugerah Allah.
Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.
dipetik dari blog wewr iaitu ~Khabar Dari Urdun~ dalam entri bertajuk Muslimah & Gambar -
sungguh menikam jiwa rasanya...hehe
namun ada kebenarannya...
kadang2 rasa malu kalau muka terpampang lebih2 lagi kalau gambar tersesat masuk dlm sbrg slide/video yg ditayangkn didepan rakan2 berlainan jantinanya
dan
terlalu sukar rasanya untuk diri ini menerima tatkala melihat lelaki2 khusyuk melihat(gambar2 muslimah) sambil terkekeh2
mgkin pandangan ini lebih bersifat peribadi..
kekadang terfikir adakah diriku ini yg bersalah?terlalu kolot?yg jauh ditinggalkan arus pemodenan..
atau..
entahlah
mungkinkah pandangan kita berbeza???

aku,dia,sahabat......


Assalamualaikum!!!....laung monica sambil tangan kanannya membuka pintu bilik suraya...kelihatan suraya masih lagi bergelimpangan di tmpat tidurnya..ruang dibiliknya tiada langsung menunjukkan tanda2 ada ruang yg boleh dijadikan tmpat melabuhkn duduk walau seketika..mklumlah exam tinggal beratus2 jam saja lagi..3 meter dari katil suraya,kelihatan satu makhluk yg tidak asing lagi sdg sibuk membilang jari di tangan..mgkin sedang membilang sudah berapa jam waktu digunakan tuk melaksanakan ibadah senyapnya ..beliau adalah teman sebilik suraya,hanya mampu memperhatikan suraya..monica sama spt hari2 yg lain tidak mempedulikannya...
ah,malas la nk layan dia’hatinya berbicara...xde masa aku nk mencampuri urusan hidupny’monolog monica sendirian dlm gaya bahasa yang agak skema...monica terus menggerakkan jari jemari mendekati sasaran...tapak kaki suraya...sebagai satu method yg terbukti keberkesanannya dalam misi menggerak sahabatnya ini, sedar dari tidurnya yang lena..walau dia kurang pasti etiologinya..ah,terlebih reseptor agaknya...
Suraya tersedar..terkumat kamit mulutnya membaca doa bangun tido sambil melihat jam hello kitty ditangan.. menunjukkan tepat jam11 pagi...alamak hari ni hari ahad!...tidak!...PAUN ku(pasar unpad habis jam 11pagi).....monica tersengih...

Tamat.....

Adeh....terbuat karangan berpandu la pulak!...

Hah....agak2nya apalah yg cuba diri ini sampaikan....

Kalau tgk kisah di atas agaknya berapa persen kah yg serupa dgn diri kita....yg pernah berlaku kat diri...dan jgn bandingkn secara keseluruhan...maksudnya bandingkan dgn perilaku kita...

Jom kita kupas sama2...cari kat mana kepincangannya...

Pertama...monica bagi salam ...itu benar tapi part yg x bestnya dia terus bukak pintu...dalam islam ada adab2nya...seharusnya monica kene bagi salam dan tunggu kebenaran tuan rumah bagi masuk...kalo xde reply.. bagi salam lagi sampai 3x....dan kalo masih xde jwpan maka silalah anda berlalu pergi....dan mgkin ada kes yg kita dgr bnyi org brcakap kat dalam,tapi masih x bukak2 pintu,.masih lagi xde hak tuk kita masuk....myb dia mmg xnak bukak pintu kot...tapi apa2 pun itu hak tuan rumah...(pengecualian kalo bagi yang pasti dah dapat izin)

Kita kene hormati hak tuan rumah...dan sbg mnjaga aibnya...sbb takut time kita bkk pintu dia tgh pakai baju ker...tau bilik tgh berselerak...tau tgh makan pizza yg dia nk makan sorg2 ker....tau pepe lagi la yg dia x nak kita lihat dan tau.....kan cantik gitu!

Lagi satu bagi salam betul2...sbb itu adalah satu doa....dan jangan pandang ke dalam rumah yg terbuka

Kedua..dalam bilik tu kan ada org lain...yang jugak tuan pnye bilik tu....tapi monica tadi x pun bertegur sapa ngan dia...seolah2 x iktiraf yg dia pun tuan pnye bilik...nampak cam buat bilik sndiri pulak....x baik begitu...apalah perasaan dia agaknya...ginilah analoginya....
jeman sedang beramah mesra ngan kak jenab,iaitu jirannya...’kak,sedap la nasi kerabu yg akak buat smalam”...kongsilah skit resepinya,...kak jenab tersenyum kambing,,ditepi kak jenab kelihatan suaminya yg sedang menjirus pokok kaktusnya dgn air mutlak sambil memandangnya...
kak,anak akak ada berapa org?skolah kat mana??best ker cikgu diorang ajar kat skolah???bertalu2 jeman menanyakan soalan sbg tanda keramahannya tanpa menghiraukan suami kak jenab itu tadi ...agaknya apalah perasaan suami kak jenab....ketua rumah tapi lgsg x disapa jeman...
tidak ada penghormatan...
hah begitulah....seharusnya ringankn mulut skit,tnyakan khabar....jgn sombong....jadilah seorang yg peduli...

bnyak lagi sebenarnya yg tersurat dan tersirat...yg kita leh ambik pngajaran...itulah hidup kita sbg seorang muslim...stiap aktviti ,stiap kisah,stiap cerita/movie...semuanya ada hikmah dan pengajaran..menonton movie contohnya...jgn tgk movie semata2..rugi!...carilah atau galilah pngajaran darinya... pastikan stiap apa yang kita lakukan ada matlamatnya...yg tidak sia2 pastinya...

itulah bezanya bila kita bergelar seorang MUSLIM......
 
TNB